Saturday, April 11, 2009

esok


siapa2 nak tengok saya berlakon, jemputlah datang ye :-)

semoga Engkau beri setitik cahaya terang sebelum masa hilang dari pandangan..

Friday, April 10, 2009

cuti untuk aku?

Easter break is here.10 days off.

Perkara yang kena siapkan sepanjang cuti:

1.Prepare slides untuk presentation molecular aspects of cell biology.A paper from nature cell biology.Baru faham 2% daripada essay tu.

2.Prepare untuk mid sem test functional genomic pada 21 april.

3.Assignment lain yang perlu perhatian yang deadlinenya awal mei.

Setiap kali cuti kawan kawan akan bertanya ke mana next destination nak travel?

No, I am not going anywhere this easter break, seperti cuti cuti saya yang lepas2..saya akan berada di Melbourne...

Memang betul..kalau ikut hati yang tak pernah puas ingin sahaja saya keluar dari Melbourne..pergi mana2 yang saya suka..bercuti dan berehat macam orang lain...apatah lagi banyak lagi tempat yang saya tak sampai kat australia nih.Takpun, boleh saja saya buat keputusan untuk terperap di bilik membuat segala assignment dan belajar untuk test.Boleh saja saya belajar dari pukul 8 pagi sampai 11 malam tanpa gangguan.

Tapi menyedari hakikat banyak kerja lain yang perlu dibuat, terlalu banyak hak yang perlu ditunaikan, dan sementara saya masih ada kudrat untuk membuat kerja..biarlah saya terus di sini..dan saya mahu terus di sini.

Untuk pengetahuan semua, sekarang kat Melbourne Uni tengah berlangsung the 2009 Annual Australian Islamic Conference(AAIC) yang menghimpunkan speakers yang best2 ber"conference" mengenai isu isu yang best. Petang tadi saya missed lecture yang best sebab tertidur kepenatan jalan jalan explore melbourne hari ni. And I knew I'm going to miss this great event esok dan jugak hari ahad.Sesungguhnya perancangan Allah itu berbeza dan tarbiyah dari Allah juga berbeza untuk setiap hambaNya.

Easter break bermula..semoga langkah bermula hanya keranaMu..semoga tiada lelah dan penat yang akan dikeluhi nanti kerana aku mahu segalanya keranaMu..tetapkanlah niatku sampai akhir.

bismillah..dengan namuMU Ya Rahman Ya Rahim aku bermula..

Wednesday, April 8, 2009

tadop tajuk

I realised this..

Bulan lepas, aku pergi ke rumah junior..aku selalu ada masalah memulakan perkenalan..aku anak sulung yang garang dan tegas..aku bukanlah anak sulung yang berlemah lembut,yang selalu bersama adik adik di rumah.Aku lebih menjadi penjaga kepada adik adik daripada menjadi tempat berkongsi apa apa.Bila sekarang ada juniors yang kena tengok2 kan, aku agak sukar mendekati mereka walaupun hakikatnya mereka sangatlah mudah didekati....aku baru sedar sebenarnya aku ada masalah bersosial...

Bila aku bersama mereka yang lagi muda dari aku..2,3,4 tahun lagi muda dari aku...aku baru perasan aku semakin kekok untuk nak join sekali..kadang kadang pelik pulak diorang ketawa atas sebab sebab pada aku tak lawak pun..hehe..ke aku yang slow nih..Bila melihat mereka bersuka ria, gelak ketawa aku teringat aku juga pernah melalui period begini..teringat tahun pertama dulu..kitorg selalu kumpul lepas makan,cakap cakap kosong sampai malam..Sekarang, bila aku bersama adik adik aku ada masalah nak adapt skit..huhu.. sedangkan aku pernah seperti mereka..

Dulu dulu masa sekolah menengah, masa umur 14-16 tahun selalu dengar orang cakap pasal transisi alam remaja..konon2 nye waktu tu baru nak kenal hidup..waktu tu memang betul2 kena tahu mana yang baik, mana yang buruk..

Tapi aku pun rasa aku dalam tempoh transition nih..aku makin dah tak boleh terima perkara perkara yang remeh..perkara perkara yang entah apa apa..cerita budak budak pun malas nak dengar..hehe..

aku berubah kah?

beginikah rasa bila umur dah semakin meningkat?

ke ni petanda pape ni ye? :-)

tapi satu hakikat, tarbiyah itu mengubah..

(mungkin susah untuk paham post ini...)

Tuesday, April 7, 2009

freezing

Melbourne semakin sejuk.

Siang semakin pendek.

Daun daun mula kekuningan.

Musim luruh semakin hampir.

It is April people, autumn is coming..

I'm looking for extra socks, extra sweaters, extra coats.

Dan heater sudah bersiap sedia untuk di "on" at anytime and anywhere.

got quiz tomorrow :-)

Sunday, April 5, 2009

nur ini

Dihempas gelombang dilemparkan angin
Sekisah ku bersedih ku bahagia
Di indah dunia yang berakhir sunyi
Langkah kaki di dalam rencana Nya

Semua berjalan dalam kehendak Nya
Nafas hidup cinta dan segalanya

Dan tertakdir menjalani segala kehendak Mu Ya Robbi
Ku berserah ku berpasrah hanya pada Mu Ya Robbi
Dan tertakdir menjalani segala kehendak Mu Ya Robbi
Ku berserah ku berpasrah hanya pada Mu Ya Robbi

Bila mungkin ada luka cuba tersenyumlah
Bila mungkin tawa cuba bersabarlah
Karena air mata tak abadi
Akan hilang dan berganti

Bila mungkin hidup hampa dirasa
Mungkinkan hati merindukan Dia
Karena hanya dengan Nya hati tenang
Damai jiwa dan raga

Dan tertakdir menjalani segala kehendak Mu Ya Robbi
Ku berserah ku berpasrah hanya pada Mu Ya Robbi
Dan tertakdir menjalani segala kehendak Mu Ya Robbi
Ku berserah ku berpasrah hanya pada Mu Ya Robbi
Hanya pada Mu Ya Robbi


(takdir by opick)



Thursday, April 2, 2009

malam masih muda

Pelican feeding, San Remo 125 kilometres south of Melbourne

Hari ini hari khamis, giliran saya memasak untuk ahli rumah.Saya masak nasi ayam.Kebetulan jugak hari khamis ialah hari rumah kitaorg,maksudnya setiap orang kena ada kat rumah hari khamis dan malamnya kita buat sesi bersama.Lepas jemaah maghrib, baca surah kahfi dan ada tazkirah special ataupun sharing session.

Sharing session tadi mostly semua cakap pasal subjek masing masing.Pharmacy,biochemistry, immunology dan fizik.Hu hu.Saya tidak percaya dengan apa yang saya belajar sekarang.Semuanya terlalu complex!

****
Sebenarnya hari ini plan untuk belajar dengan bersungguh sungguhnya, minggu depan ada test dan quiz tapi biasalahkan...Sekarang pukul 9.49 malam, baru nak bermula acara belajarnya.Semoga secawan nescafe dapat menghilangkan rasa mengantuk malam ni.

:-)

...dan demi malam apabila telah sunyi,Tuhanmu tidak meninggalkan engkau (Muhammad) dan tidak pula membencimu..(ad duha 2-3)

Wednesday, April 1, 2009

last breath

An old man asked me, "how old are you sister?"

and I paused for 5 seconds, "22" (dalam hati :21 ke 22 ar?)

30

40

50

60 tahun

berapa lama lagi aku akan hidup?

1 saat,1 minit,1 hari,1 minggu,1 tahun?

yang paling dekat itu ialah mati..