Tuesday, March 16, 2010

rindu


I miss melbourne so badly

My love will lead me back to you

Tuesday, March 9, 2010

dari kuching

akhirnya menulis di sini..

alhamdulillah,kini berada di bandaraya Kuching mengikut suami bekerja di sini..sebelum ini di melbourne sekarang di kuching..rindu pada melbourne hanya Allah yang tahu..kini di kuching walaupun suasana berlainan realitinya tetap sama..mencari kedai makan yang benar2 halal serasanya lebih mudah di melbourne..katanya di sini pelayan diwajibkan pakai tudung dan songkok semata2 nk nampak kehalalan makanan tapi dekat dapur orang bukan islam yang masaknya..hanya Allah yang tahu..anyway,tak kisah sgt bab makanan..tiap2 hari masak..lagipun mmg tak kena selera dgn makanan di sini.

setakat ini masih lagi suri rumah tangga sepenuh masa..encik suami dah mula risau saya belum berusaha pergi ke unimas mencari kerja yang patut dan meninjau2 peluang menyambung belajar..

ramai yang bertanya bagaimana selepas berkahwin...

hampir sebulan berkahwin dan hidup berdua..saya mencari rahmah,mawaddah dan sakeenah yang dijanjikan Allah kepada pasangan suami dan isteri..sering mencari di mana kasih,sayang dan ketenangan yang di janjikan dalam rumah tangga ini...secara jujurnya pada saya, rahmah itu mawaddah itu dan sakeenah itu benar benar saya rasai bilamana kami berdua dekat kepadaNYA.

apabila dahi kami sujud kepadanya,apabila mendengar ayat ayat alquran dibaca oleh suami dan isteri,apabila mendengar bait bait doa suami dan isteri,apabila dikejut isteri atau suami dari tidur untuk solat subuh,apabila mendengar nasihat suami (bukan leteran ye)..pendek cerita apa sahaja kondisi yang mendekatkan kami kepada Allah,di situ kami bertemu kasih,sayang dan ketenangan yang dijanjikan.

pernah tak baca alquran di mana kita rasa taknak berhenti..rasa best baca alquran taktau kenapa rasa best taknak berhenti..begitulah serasanya ketenangan itu hadir..lagi dekat dengan Allah lagi rasa best..best..tenang..tenang..tak kesah apa nak jadi..apa2 pun aku tenang!

pergi dating shopping2 dan sesaje jalan2 dkt shopping mall pun best gak tapi xleh menyamai rasa best solat jemaah dgn suami.=p..satu gi bila dah berkahwin hati ini makin terjaga..tak sempat nak sibuk2 gosip hal orang lain,nak sangka2 buruk kat orang..

apa2pun bila berkahwin medan amal itu terlalu luas..perlu kesabaran yang tinggi..perlu ketaatan yang tinggi..dan yang paling mencabar diri ini..ego perlu zero..oh satu gi dh xleh malas2..dlu bleh malas sorang2..malas2 sendiri yang tanggung..sekarang malas2 kesian la dekat pasangan..

satu perkara yang dipelajari...yakinlah bahawa kebahagiaan sebenar hanya mampu digapai bila hati ini dibawa dekat pada Ilahi.

semoga ikatan ini mendekatkan kami padaMu..mahu merasai mawaddah,rahmah dan sakeenah sampai syurga...

p/s:sakeenah dekat singapura buat pe tu?hehe

Tuesday, February 2, 2010

kisah adik

kak mar kawen bile?

"hari jumaat"

yeay!!!!takyah gi mengaji quran.eh,pagi ke petang?

"petang"

ahhhh.........muka down sebab mengaji quran waktu pagi.


moral: memang begini bebudak ni...

Saturday, January 23, 2010

updates

1)Busy with the preparations.SO glad that I am one penganggur terhormat for the time being.Belajar,kawen,baru cari kerja.Takdak duit nak kawen?simpan duit scholarship banyak2 ok.I did this and managed to save rm7000 in one year.Final year baru menyimpan dan saya pelajar sepenuh masa.Yang kerja part time lagi la kan.Yang dapat pound,euro lagi la kan.

2)Have to start doing a resume,a very convincing one.I have no idea how to calculate my final result..hmm..

3)Will be going to kuching on third march.

4)The plan so far : go to uni (either unimas or uitm),get a job (either RA or tutor),get to know lecturers and apply for masters.

5)oh my wedding card is finally done.

6)in and noi are coming to visit terengganu.big grin.

Friday, January 8, 2010

say it.

Singgah di blog cik in,tup tup lagu Maher Zain barakallahu lakuma.Teringat Hannan sebelum ini dengan semangatnya suruh dengar lagu ni."Best mar..dengarlah".Sekali dengar ala ala hindustan kurang berminat tapi lirik amat best.Meaningful.Sekarang,macam best pulak lagu ni.Suka doa doa dalam lagu ni..

Menghayati lirik lagu ini membuatkan diri melihat kembali rentetan hidup 2,3 tahun ini dan juga terfikir apa di hadapan.Sebulan beberapa hari lagi untuk bernikah.Ada yang bertanya soal perasaan dan persiapan.Soal perasaan merupakan soalan susah buat aku yang kurang berperasaan ini.hoho.Mungkin campur2.Gembira,sedih,takut semua ada.Soal persiapan jugak susah nak jawab.Tipu aku tidak risau persiapan majlis yang lebih kepada menyusahkan seperti gubahan itu ini,langsir,cadar,door gift,tudung,samping dan lain lain.Tapi aku lebih risau persiapan diri sendiri yang terasa sangat kurang ilmu dan macam macam lagi.Aku lagi takut memikirkan sikap diri dan akhlak ini.Mampukah aku menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri dengan penuh sabar dan ikhlas.

Memikirkan realiti alam perkahwinan yang bakal ditempuhi, aku bertanya kembali niatku untuk bernikah.Aku amat yakin manusia yang normal pasti akan cenderung untuk berpasangan,untuk bergelar isteri atau suami kepada seseorang yang disayanginya.Menyoroti kembali episod hidup yang dulu,aku baru perasan soal nikah merupakan satu satunya check list yang aku tak target bila dan pada umur berapa.Tidak pernah terfikir nak kawen umur 30,25,24 mahupun 23.Tidak pernah mensasarkan bila bila mahu menikah.

Sehinggalah ketika berumur awal 21 tahun aku mengambil keputusan menyatakan hasrat untuk menikah kepada ibu bapa.Tidak tahu sebenarnya di mana kekuatan diri menyatakan kepada mak dan abah melainkan hanya daripada Allah.Ibu bapa ku bukanlah seperti sesetengah yang lain yang sangat2 menggalakkan anak anak berkahwin di usia muda.Soal nikah bukan perbualan biasa antara aku dan emak apatah lagi abah.Sehinggalah suatu hari aku menebalkan muka (padahal nikah itu sunnah nabi..tidak perlu tebal muka sama sekali) telefon mak cakap nak kawen.Pada awalnya mak ingat aku main main.2,3 bulan lepas itu aku tekankan lagi sehingga mak dah naik boring aku asik mintak nak kawen aje.Sehinggalah mak memberanikan diri cakap dengan abah tapi abah memang tak bagi sebab masih belajar.Boleh kawen syarat kena habis belajo..fuhh..seb baek akak amik biotech 3 tahun aje..he he).

Awal 22 tahun 25 januari 2009 aku bertunang dan tarikh untuk nikah sebenarnya tidak langsung dibincangkan.Baru bertunang,ada beberapa komen yang mengatakan awal beno nak kawen dan belum lagi berkawen ada yang komen awal jugak nak kawen.Kalau dipanjangkan umur dan diizinkan Allah,aku akan bernikah ketika usia awal 23(ak rasa tua hu hu).Sebenarnya aku memang dah ada jawapan skema untuk soalan ini."memang pun saya nak kawen awal,memang ini yang saya mahukan" (skema sekali bunyinya).

Jujur saja di sini.Sememangnya saya menanti nantikan saat pernikahan.Tidak sabar menantikan ibadah yang dilakukan sebelum bernikah bakal dinaik tarafkan kepada darjat yang lebih tinggi.Kalau selama ini mengejar keberkatan dan kelebihan bersolat jemaah dengan 27 darjat lebih dari solat sendirian kenapa perlu menolak dengan darjat yang berganda ganda bila bergelar isteri?Juga menanti-nantikan keindahan mawaddah dan rahmah anugerah ilahi dalam rumahtangga seperti yang dijanjikan dalam ayat 21 surah ar rum.Dan lebih dari itu saya juga menantikan anak anak anugerah Allah untuk menemani hari hari depan.Tiada yang lain akan menolong saya di alam sana melainkan anak anak soleh yang mendoakan dan amal ibadah yang bermanfaat.Of course nak anak kena kawen dok.Terkesan dengan kata kata mak tempoh hari "setiap anak mak,mak tunggu bila Allah nak bagi..di awal perkahwinan lagi mak tunggu adik kamu ikmal yang bongsu tu".Emak melahirkan ikmal ketika berusia 42 tahun dan emak menikah umur 22 tahun.20 tahun mak menunggu ikmal lahir ke dunia...subhanallah.

Tidak sama sekali aku menulis ini kerana aku bolehlah, Allah dah buka jalan untuk menikah.Tidak kisah lah awal atau lambat jodoh tiba itu bukan soalnya,soalnya bersedia lah dan berdoalah ke arah itu.Insyaallah jika 12 februari datang,aku masih bernafas dan diizinkan Allah,2 tahun lebih sebenarnya aku menantikan saat itu.Mungkin 2 tahun menunggu dan berdoa merupakan tempoh yang singkat dibandingkan dengan orang lain yang bertahun tahun menanti.

Kerana ketetapan ini sudah termaktub sebelum lahirnya kita di sini dan kerana apa yang kita dambakan lebih dari dunia dan seisinya.Aku yakin padaMu Allah.

Kerana apa yang kami dambakan lebih dari dunia dan seisinya Ya Allah..

Monday, January 4, 2010

all in one

Akhlak.

Minggu lepas pergi menemani adik ke jamuan kelas tuisyennya.Semua pelajar 5A dan 4A dijemput ke jamuan kesyukuran atas kejayaan mereka.

Tepat pada masanya dengan perutku yang sentiasa terasa kosong ini (walaupun selalu diisi ish ish).Ambil nasi kemudian aku duduk di bahagian perempuan.Betul betul duduk di sebelah budak perempuan.Sekilas pandang aku boleh agak dia murid tahun 6 yang diraikan atas kejayaan mereka.

Dia senyum dekat aku(sweet takpe same2 perempuan).Berbaju kurung, berstoking kaki dan juga di lengan.Duduk bersimpuh (aku duduk bersila ho ho).

"adik dapat 5a?"

hanya senyum lalu mengangguk.

"nanti sekolah mana?"

"tok jiring"

"ohh..(aku ingat shams..he he)"

"dah lama tuisyen kat sini?"

mak dia disebelah mencelah "dia ni suka belajar..dari darjah dua nak pergi tuisyen..mak cik tak suruh pun..mak cik pe lagi ambik lesen kereta sebab dia, dan hantar tuisyen tiap2 malam"

"ohh...bagusnya.."

***

terkesan sebenarnya dengan kisah anak dan emak ini.baru faham apa yang dimaksudkan sejuk mata memandang..sejuk beno tengok penampilan si anak perempuan tadi..nasib baik aku masih bujang dan tiada anak teruna..baru faham nape orang2 tua ni suka jodohkan anak dia dengan perempuan pilihan..hish..berkenannya dengan si anak tadi..pe ni mar..ini sudah lebih..

lagi..terkesan juga dengan pengorbanan si ibu yang sanggup belajo kereta demi anak tersayang..percayalah belajar kereta is the last thing I want to do..hoho..perasaan berjaya dapat lesen P serasa kadang2 sama dengan graduation baru baru ini..

***

apa yang aku nak cakap ni..nak cakap soal akhlak sebenarnya..betapa akhlak sekecil kecil akhlak mampu menggegar hati dan asbab kepada hidayah..pertemuan rancangan Allah antara aku dengan si anak dan si ibu tadi membuatkan aku muhasabah,menilai akhlak sendiri.betapa aku mudah marah,mengeluh,kurang sabar,malas nak senyum,malas nak layan tetamu datang,cakap kaso,stress dan banyak lagi.serasa jauh dengan acuan alquran akhlak Rasulullah.

mahu mencontohi Rasulullah..as a servant,a daie,a daughter,a wife to be, a mother to be,a sister,a friend, a roomate....a blogger.

Saturday, January 2, 2010

updates

1)I was graduated from the University of Melbourne on 17 december 2009 with bachelor of science.I actually completed degree with three majors based on my academic transcript: biochemistry,molecular biology and biotechnology(I thought its only two majors!)

2)I went back for good (well,I might come back tho for honeymoon =p joking =p)on 24 december 2009 with dad and bro who came along for the graduation.

3)seminggu di rumah tanah air tercinta, baru sekali singgah blog sendiri.my bad.my bad.

4)Insyaallah I am going to get married on 12 february 2010(akad).I cordially invite all you guys to terengganu for the walimah on 13 february 2010.Wedding card?still in the progress.hu hu.cuak2.

5)Just got my sijil kursus kahwin this afternoon.2 hari itu dah habis.macam2 orang ada!I saw this one girl,erm..nampak perut sikit.I think she's pregnant but i keep reminding myself dia dah kawen ni..dah kawen ni..kawen overseas kot..baru nak buat surat nikah ni..dah kawen insyaallah.

6)Having a halaqah with kak fatihah, kak aidah,kak shue and farina.Its good to see melbourne people.heh.:))

7)memandu setiap hari di sini and funny thing is that my speed is between 40-60km/h!!!oh,melbourne sgt berjaya mendidik saya supaya tidak speeding!!!!so not me!melbourne juga berjaya mendidik saya berhemah di jalan raya.Memberi laluan dikala kereta nak masuk dengan syarat dia bagi signal ler,berhenti bila ada pejalan kaki melintas,even saya selalu nk singnal ke kanan atau ke kiri awal2 bilamana lampu isyarat masih merah untuk ke kanan atau ke kiri( we have to do this at melbourne)

8)A take home message from kursus perkahwinan: prepare and get married,no time is a right time,contohilah Rasulullah in anything.

till then,see you guys!!