Tuesday, March 9, 2010

dari kuching

akhirnya menulis di sini..

alhamdulillah,kini berada di bandaraya Kuching mengikut suami bekerja di sini..sebelum ini di melbourne sekarang di kuching..rindu pada melbourne hanya Allah yang tahu..kini di kuching walaupun suasana berlainan realitinya tetap sama..mencari kedai makan yang benar2 halal serasanya lebih mudah di melbourne..katanya di sini pelayan diwajibkan pakai tudung dan songkok semata2 nk nampak kehalalan makanan tapi dekat dapur orang bukan islam yang masaknya..hanya Allah yang tahu..anyway,tak kisah sgt bab makanan..tiap2 hari masak..lagipun mmg tak kena selera dgn makanan di sini.

setakat ini masih lagi suri rumah tangga sepenuh masa..encik suami dah mula risau saya belum berusaha pergi ke unimas mencari kerja yang patut dan meninjau2 peluang menyambung belajar..

ramai yang bertanya bagaimana selepas berkahwin...

hampir sebulan berkahwin dan hidup berdua..saya mencari rahmah,mawaddah dan sakeenah yang dijanjikan Allah kepada pasangan suami dan isteri..sering mencari di mana kasih,sayang dan ketenangan yang di janjikan dalam rumah tangga ini...secara jujurnya pada saya, rahmah itu mawaddah itu dan sakeenah itu benar benar saya rasai bilamana kami berdua dekat kepadaNYA.

apabila dahi kami sujud kepadanya,apabila mendengar ayat ayat alquran dibaca oleh suami dan isteri,apabila mendengar bait bait doa suami dan isteri,apabila dikejut isteri atau suami dari tidur untuk solat subuh,apabila mendengar nasihat suami (bukan leteran ye)..pendek cerita apa sahaja kondisi yang mendekatkan kami kepada Allah,di situ kami bertemu kasih,sayang dan ketenangan yang dijanjikan.

pernah tak baca alquran di mana kita rasa taknak berhenti..rasa best baca alquran taktau kenapa rasa best taknak berhenti..begitulah serasanya ketenangan itu hadir..lagi dekat dengan Allah lagi rasa best..best..tenang..tenang..tak kesah apa nak jadi..apa2 pun aku tenang!

pergi dating shopping2 dan sesaje jalan2 dkt shopping mall pun best gak tapi xleh menyamai rasa best solat jemaah dgn suami.=p..satu gi bila dah berkahwin hati ini makin terjaga..tak sempat nak sibuk2 gosip hal orang lain,nak sangka2 buruk kat orang..

apa2pun bila berkahwin medan amal itu terlalu luas..perlu kesabaran yang tinggi..perlu ketaatan yang tinggi..dan yang paling mencabar diri ini..ego perlu zero..oh satu gi dh xleh malas2..dlu bleh malas sorang2..malas2 sendiri yang tanggung..sekarang malas2 kesian la dekat pasangan..

satu perkara yang dipelajari...yakinlah bahawa kebahagiaan sebenar hanya mampu digapai bila hati ini dibawa dekat pada Ilahi.

semoga ikatan ini mendekatkan kami padaMu..mahu merasai mawaddah,rahmah dan sakeenah sampai syurga...

p/s:sakeenah dekat singapura buat pe tu?hehe

3 comments:

victoire said...

sambung master biotech gk ke?
sape lok sponsor kali ni?
gane ek mitok sponsor pas grad, sng x?

About Me said...

keri:is planning to further..tp borang tak isi2..heehe..tp yeah nok smbung..sponsor..rasenye byk je..uni itself pun ade byk biasiswa..mara could be one of it.

About Me said...

anyway,suami kerja geologist dekat jabatan mineral n geosains kuching.(you asked on fb)