Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Saturday, March 14, 2009

syafiyyah

tahniah untuk adik,syafiyyah atas kecemerlangan dalam spm 2008.

dia baru tulis blog.

she has a soft heart and she loves to cry.



syafiyyah is the second one from right

Tuesday, February 10, 2009

adikkkkkk

Beberapa minggu lagi masa tersisa di tanah air sebelum pulang bemusafir di perantauan.Tipu saya tak rindu melbourne tapi sedih juga nak tinggalkan keluarga.Hampir 3 bulan saya di rumah,adik saya yang bongsu menceriakan saya.

Saya akan merindui setiap telatah ikmal yang menceriakan tetapi kadang2 rasa nak marah jugak.Antaranya:

1.Bila naik je kereta dia akan pakai seat belt,tak kira la duk depan ke duk belakang.Nampak skema tapi comel.Pastu dia kata panas la pakai seat belt sebab apa?sebab dia tak boleh rasa air cond terus macam duk kat tengah2.he he.

2.Dia suka menonton tv dekat astro saluran 611.Lepas satu,satu cerita dia tengok tapi satu je cerita yang dia tak suka iaitu tom tom bak.Bagus2.

3.Dia ni pelat ( 4 tahun).Pelat dia sebab dia akan sebut setiap perkataan bermula dengan huruf K."saya nak susu" dia sebut "kaya nak kucu".

4.Dia suka buku tapi tak reti membaca lagi.sian adik.Dia suka belek belek buku cerita.

5.Dia suka kenakan saya ,"kak ma bucuk".

6.Dia suka makan roti tapi kena buang tepi kulit roti tu.Dia nak makan yang putih je.

7.Hari tu dia ada cakap kat saya "Kak ma kadok kekgi kape nk kage adik?"maksud dia kak ma takde nanti siapa nak jaga adik?...

ni sedih ni nak balik melbourne ...huhu

Monday, December 15, 2008

mak

Semalam masuk 2 minggu aku bercuti musim panas di rumah.Di rumah,jarang sekali aku tidur selepas subuh.Mak memang pantang anak anak dia tidur selepas subuh.hu hu.Kalau kat melbourne aku tidur lebih kurang 3 jam jugak lepas subuh.hihi.

Sambil2 bercucuk tanam anggur di rumah ini,aku banyak menilai pengorbanan seorang ibu (lenkali ayah pulak).Mak aku wanita berkerjaya.Mak adalah bekas guru sekolah menengah sebelum beliau naik pejabat agama bahagian pendidikan.Pada pandangan aku mak suka bekerja dan aku tahu bila mak di pejabat,mak merupakan pekerja yang hebat.Kerja mak menjurus kepada pemantauan sekolah sekolah hak milik kerajaan terengganu.Setiap kali peperiksaan besar seperti upsr,pmr dan spm tiba setiap kali itulah hujung minggu mak sentiasa padat dengan kerja kerja yang tak pernah habis.Dan setiap kali keputusan peperiksaan nak diumumkan,mak adalah antara orang yang tak boleh tidur malam,bimbang dengan prestasi pelajar pelajar kerajaan negeri.

Di rumah,mak bangun sebelum subuh.Selepas solat subuh,mak ke dapur sediakan breakfast untuk anak anak.Bukan breakfast yang simple seperti roti tapi mee goreng,nasi goreng ataupun nasi lemak.Selepas masak breakfast,mak terus masak lauk untuk lunch.Kadang kadang kalau tak sempat masak lauk untuk lunch pada waktu pagi,mak akan balik tengahari sekejap untuk masak.Lepas siap masak, mak kejutkan adik adik aku untuk mandi,pakai baju dan sedia pergi sekolah.Pukul 7 pagi,on the way pergi pejabat mak hantar adik adik pergi sekolah.Tiap tiap hari mak balik pukul 5 tapi kadang kadang kalau ada kerja luar boleh sampai malam.Kadang kadang lepas balik kerja petang pulak,mak terus masuk dapur masak untuk dinner pulak.

Kadang kadang tak tahu camana nak luahkan pengorbanan seorang ibu ni.Rumah aku ada orang gaji indonesia yang kitorang panggil cik hani.Kalau ikutkan boleh saja cik hani masakkan tiap tiap hari tapi mak tak bagi.Mak kata biar anak anak makan makanan air tangan mak sendiri.Itulah sebabnya juga mak tak suka beli lauk di kedai.Kata mak,entah siapa yang masak makanan anak anak dia makan.Mak aku sangat pentingkan kebersihan dan kesucian bila menyediakan makanan.Mak memang tak boleh tengok ikan,udang disiang dengan tak bersih.Sebab tu mak tak pernah bagi kitorang beli udang celup tepung di kedai sebab kata mak udang kat kedai tak buang kulit sampai habis dan sebenarnya najis udang memang banyak di celah celah kulit udang.Tak percaya,sila siang udang.Banyak najis2 dekat kulit udang.

Inilah salah satu sebab aku habiskan cuti 3 bulan musim panas ni di rumah.Sekurang kurangnya aku boleh tolong mak uruskan adik adik.Aku tahu mak sangat gembira kalau aku ada di rumah.Bukan apa,pagi pagi aku boleh hantar adik ke sekolah dan biasanya bila aku di rumah,memang mak serahkan tanggungjawab memasak untuk aku.

Hari ini adik adik aku tak makan sangat,asyik makan biskut je.Petang tadi mak balik kerja tengok laksa yang dia buat untuk breakfast masih banyak bawah saji.Mesti mak sedih,dah masak penat penat tapi tak makan.hmm...

Sunday, November 23, 2008

adik adik

ikmal(adik bongsu) dan imam(adik no 5) dekat TER

adik yang ketiga,adin yang kurus dengan unta

adik bongsu,ikmal hakim(xde kaitan dengan entry ni pun)

Adik aku yang kedua namanya Syafiyyah,sedang menduduki SPM.Kami sempat pergi sekolah sama sama.Masa tu aku form 5 dia form 1.Dia ni sangatlah lain dengan aku.Seorang yang sensitif,pemalu dan tak pandai masak (ha ha).Kelebihan yang paling ketara ialah suara dia memang sangatlah best bila mengaji.Kat rumah kitaorang kongsi bilik.Kalau time dia mengaji aku memang suka dengar,memang best la dengar dia mengaji.Tapi pura pura tak dengar lah,mana macho cakap aku suka dengar dia mengaji.he he.Dulu lepas dia PMR,aku pernah cakap kat dia baik awak masuk maahad tahfiz pastu pergi sambung belajar agama tapi mungkin kena duk asrama mak macam tak setuju sikit.Takpe2,lepas spm ni nak pujuk dia masuk Darul Quran.Satu gi kelebihan Syafiyyah dia punya bahasa arab mantap.Tiap tiap bulan kot dapat 90++.

Baru baru ni tanya dia nak sambung belajar kat mana lepas spm,dia kata nak datang melbourne dan nak buat biotech jugak.hu hu.Tak berkembang la cik kak.Aku selaku kakak sulung memang mengharap sangat dia sambung belajar agama lagi lagi bidang al quran.Tadi sms dia duk mengeluh SPM susah.

"Semua soalan keluar topik yang tak baca.Tak boleh jawablah.Kesian kat mak abah mengharap kat saya"

"Eh,awak ni belajar sebab mak abah ke?kita belajar sebab Allah lah.Bila belajar sebab Allah awak dapat result teruk ke,result ok ke,awak tetap istimewa di sisi Allah.Awak kena kuat.Nama awak Syafiyyah tau tak.Syafiyyah tu nama isteri nabi tau tak"

"baik sis..love u"

***

Dia juga istimewa sebab dia ada masalah kesihatan sikit.Semoga Allah mengumpulkan kami adik beradik di syurga nanti.Aminn..


(esok lusa saya nk privatekan blog ni,sudi lah ye kasi email.=))

Tuesday, November 18, 2008

we choose

Semalam jumpa sepupu saya,my second cousin actually.She's doing masters in genetics counselling at melbourne uni.We never been close before because masa kecik kecik dulu kitaorang sepupu2 dia malu kalau nak jumpa dia kena speaking english.She is half malay and half australian.She grew up in KL and when she was 17 she went to OZ furthering on her studies( now she is 23).I think she is more like an asian.Dia selalu pelik kenapa orang putih berjemur tengah panas.Dia panggil locals orang putih.he he.Her favourite food are durian, nasi ayam,laksam,ketupat sotong,nasi lemak dan banyak lagi.She is lucky because her dad is malay and been exposed with malay's cuisine is the most thing she's appreciated.OZ mana ade cuisine,harap labanese,italian cusine adalah.Dia faham orang cakap bahasa melayu tapi tak reti sangat nak reply in bahasa and this really2 make her feeling bad everytime balik kampung in terengganu.Dia nak get around with people susah bila nak cakap melayu,lagi2 terengganu accent dia tak faham langsung!See, sometimes language can be a barrier.

She admits she is muslim but not really practicing.I have no idea with this but I reckon her mother (revert) has a big influence on her.Deep inside, I knew she wants to know more about islam apalagi she can read quran masa kecik2 dulu.Back in Terengganu, we as a family never isolated them apatah lagi melabel2 her family.She said to me she feels a bit malu because everyone wears hijab dan bila raya ke ada wedding ke dia akan jadi perhatian sebab she is not wearing tudung and her face yang sikit macam orang putih walaupun rambut hitam (her mother is perfectly blond).

This is the fact.Islam is not inhereted apatah lagi iman.No,we need to find ourselves why,why and why we choose islam as our way of life.We dont wear hijab because our mother told us so.No,we dont do solat because our housemates do so.We dont do puasa because kalau tak puasa malu la.We dont do for people.We dont change because of people.We do everything to please ALLAH.Bila Allah jadi matlamat kita,campaklah ke mana2 we still wear hijab,we still solat,we still puasa.This statement is not a point: "my parents both muslim,so saya muslim la".No,its not that simple,you need to find yourself,kena belajar pasal islam,kena tahu hukum,kena tahu,bukan ikut je semata mata.

So,reflect diri sendiri and find our turning point.As my ownself, I inhereted Islam from both my parents (like most of us here), but sometime somewhere I have found the reason why I chose Islam as my way of life and alhamdulilllah I have be chosen to be born in muslim family and make everthing easy for me to practice Islam.When we found the reason,we strong.Jual lah tudung bienda ke,tudung siti nurhaliza ke,we dont mind because we wear hijab bukan sebab trend,sebab Allah (contoh kelakar skit but practical).

And when we found where are we in this beautiful religion,we dont label people.We dont underestimate others.We dont say "awak ni tak baiklah mana boleh join kitaorang ni".We dont categorise people "orang baik" ,"orang biasa", "budak2 usrah","saya tak kawan dengan orang orang camni".Our life is a journey.How many people yang kafir,yang tak tahu apa2 pasal islam turn out to be seorang yang sangat taat pada islam when he or she embraced Islam?Berapa ramai orang yang dulu dia tak pakai tudung tapi when she discovered dia sepatutnye pakai tudung and now perfectly covers her aurat?No one can guarantee what future brings but insyaallah selagi kita tetap di jalan Allah dengan niat yang ikhlas Allah akan membenarkan niat kita.

My friend said this is the biggest issue in muslims today.We dont unite and we like to label others.We weak because we dont unite.Kita terlalu sibuk dengan percanggahan yang kecik2,percanggahan mazhab lain2,percanggahan jemaah,dan macam macam lagi yang sangatlah kecik.We always point yang zionis tu jahat yes they bloody are, tapi kalau kita kuat zionis akan lemah.Its either one.

okay,back to my cousin.Hopefully, she finds her way in islam.I dont want her to admit she is muslim just because she is a daughter of muslim's father.I want her to know how beauty islam is.Saya mahu dia rasa betapa bahagia dan indahnya memilih islam sebagai way of life.Saya mahu dia rasa betapa nikmat dan bestnya when she wears hijab.Saya mahu dia rasa betapa tenangnya bila setiap kali dahi ini sujud mengadap Ilahi.Saya mahu dia rasa betapa indahnya bercinta dengan Allah.

oh Allah,permudahkan jalan pencarian untuk sepupuku dan campakkanlah hidayah islam di dalam hatinya..

oh Allah,make it easy for her..make it easy..please,make it easy for her.

Thursday, November 6, 2008

mek yang (ganu accent)

"(remember) When the wife of 'Imran said :" O my Lord!I have vowed to You what(the child that) is in my womb to be dedicated for Your services (free from all worldly work to serve Your place of worship), so accept this from me.Verily, You are the All-Hearer, the All Knowing"

"Then when she gave birth to her (child Maryam), she said :"O my Lord, I have given birth to a female child"-and Allah knew better what she brought forth-"And the male is not like the female, and I have named her Maryam, and I seek refuge with You (Allah) for her and for her offspring from syaitan, the outcast"

(ali imran:35-36)

I came across with these beautiful ayaah and pondering how beautiful Allah's plan is.He knows what is the best for us.Subhanallah.

***

Everytime reciting surah Ali Imran or Maryam or whenever I come across with the name of Maryam, I always remember my second younger sister back at home.She is special in every ways.She was named Maryam because during 9 months of mother's pregnancy, everyone kept telling my mother that the baby was a boy (this include mak bidan hehe).At that moment, we only have one and only hero in the house so mother was looking forward to have another son this time.As a preparation, mom had a few names for the baby and all were boy's names( my mother never waste her money to do ultra sound to know baby's gender anyway) .

Well,everyone was wrong.On 8th of March 2000, we got a baby girl.And a problem arised when we were not prepare any names for girl.She was two weeks old when my mother finally told us her name is Maryam( sebab teringat sejarah mak Maryam yang nak sangat anak lelaki tapi Allah bagi anak perempuan, refer to the ayaah).Anyway, her full name is Maryam Nadhirah (Nadhirah was my idea because at that moment I thought Maryam aje sounded like an old fashion name hehe).

Maryam is 8 years old now (we call her nana) and she is so different from her two other sisters (me and syafiyyah f5).She is "tomboy",doesnt like wearing baju kurung, tak mainla masak masak ni and a bit degil(ke banyak?).She doesnt like doing her school homework but she is a fast learner one.She memorises things very fast especially phone numbers.Oh, I miss home.


Maryam and I at secret recipe in July last year.