Bak kata kata favourite kak hanim "hidup adalah menikmati kelazatan susah".
Kalau dulu dulu belajar sastera BM dengan cikgu Aminah,kata kata ni boleh kita kategori kan sebagai paradoks.Yelakan dahlah susah,pastu lazat?pastu menikmati?hmm...contradict sungguh.
Tapi itulah hidup.Hidup ialah satu perjalanan.Dan amatlah mustahil hidup kita ini hanya gelak ketawa dan indah belaka.Cubaan dan dugaan itu pasti untuk menguji kesabaran dan ketabahan diri.Ujian dan dugaan akan berterusan melanda.Percayalah lepas satu ujian selesai,akan banyak lagi ujian ujian yang hadir mewarnai perjalanan hidup ini.
Tapi Allah itu Maha Penyayang.Dia memberi ujian kepada hamba hambaNYA yang pada fitrah hambaNya itu mampu memikul ujian tersebut.Dia menciptakan aku,meniupkan rohku,mengetahui rasa hatiku,menganugerahi aku akal fikiran,mana mungkin Dia tidak tahu setiap kekuatan dan kelemahan aku.Kalaupun aku lemah,mudah sahaja Dia mencampakkan kekuatan itu.Dia berhak segalanya!Dia juga berhak merentap nyawaku di saat aku menaip kata kata ini.Oh Allah oh Tuhanku,ampunilah daku...
Bohonglah jika setiap yang hidup tidak mahukan ketenangan dan kebahagiaan.Percayalah pada setiap ujian ujian yang mewarnai ini sebenarnya ketenangan dan kebahagiaan dari Ilahi.Ketenangan itu hadir bila sahaja diri dan hati ini menyandarkan segalanya kepada yang Maha Berkuasa.Rasa susah itu sebenarnya ketenangan yang besar bagi orang orang yang bertakwa.Bila kesusahan datang bertemu,orang orang bertakwa menyandarkan seratus peratus kepada Allah untuk menghilangkan kesusahan.Adakah dengan keluh resah,menangis,meminta simpati orang boleh menghilangkan rasa susah itu?tidak sama sekali.Mintalah pada yang menghadirkan rasa susah itu.Tidak sekali kali Allah menghadirkan rasa susah itu untuk suka suka,untuk mempermainkan manusia tapi dengan hanya satu tujuan:DIA mahu melihat manakah di antara hambaNYA mengadu dan merayu rayu kepadaNYA.Bukankah dengan mengingati Allah hati akan merasa tenang?
Makanya,betullah hidup ini menikmati kelazatan susah.Bagi orang orang yang bertakwa,susah itu lazat,susah itu dinikmati.Makin tinggi level susah,makan tinggi rasa tawakal kepada Allah,makin tinggi rasa percaya pada Allah,makin TENANG!!!
Yakinlah,ketenangan dan kebahagiaan itu bukan terletak pada rumah besar,kereta besar,duit berjuta,result best,pangkat,wanita,orang orang yang kita sayang dan apa apa sahaja yang indah di mata ini.Ketenangan itu dapat dinikmati ketika hati ini merayu rayu pada Allah,kebahagiaan itu dapat dirasai bila air mata tak berhenti henti menangis kerana dosa dosa silam dan ketakutan itu hilang bila setiap saat yang meniti hanya Allah hadir di hati,tiada sandaran yang lain.
Hadirlah susah,hadirlah derita,hadirlah ujian jika itu dapat mendatangkan ketenangan untuk diri ini.
Showing posts with label ubat hati. Show all posts
Showing posts with label ubat hati. Show all posts
Sunday, November 16, 2008
Saturday, November 15, 2008
24/7
masa lapang adalah nikmat
orang orang yang beriman itu bersyukur
bersyukur dengan nikmat Ilahi
menghargai masa lapang yang ada dengan perkara kebaikan
tiga hari berlalu dengan sia sia
takde masa lagi main main
its now or never!
bismillah..

Wednesday, November 12, 2008
Saturday, November 1, 2008
RnR
berehat dan merefleksi diri sendiri:
Tanda tanda ujub dan besar kepala:
1.Banyak membicarakan diri sendiri
-suka cakap keistimewaan diri sendiri
-seorang ayah bangga dengan kejayaan anak anaknya
-seorang pelajar bangga dengan kedisiplinan dirinya
-seorang dai' bangga dengan ilmunya,kelebihannya dalam menarik orang lain
2.Antusias meminta pekerjaan
-rasa dia ahli dalam membuat sesuatu pekerjaan contoh: dia lah yang pandai masak jadi dia rasa dia sahaja layak untuk masak,dia pandai mengajar so dia rasa dia seorang sahaja layak mengajar.
3.Sulit menerima nasihat orang lain
-dia rasa dia punya kelebihan dan tak layak ditegur,contoh seorang guru bahasa arab tak boleh terima pandangan dari orang yang bukan ahlinya dalam bidang arab
-taknak terima pandangan orang lain
-menahan diri dari tanya orang kalau dia tak tahu lagi lagi kepada orang yang lagi rendah taraf daripadanya.
4.Meremehkan orang lain
-taknak bergaul dengan orang yang lebih rendah dari martabatnya
-rasa sulit nak bergaul dengan orang miskin
5.membicarakan pemberian
-bagi sesuatu kepada orang lain lepas tu ungkit2
-malah siap tunggu kesempatan untuk membicarakan pemberiannya
-harap orang lain ucap terima kasih dekat dia lepas tu marah pulak kalau tak ucap
6.Angan angan untuk terkenal
-nak terkenal dari orang lain dalam setiap bidang dia ceburi
-nak buat sesuatu yang luar biasa supaya orang kagum terhadapnya
-rasa diri mulia di sisi Allah dengan perbuatan baik yang dia buat
-rasa aman dan lebih khuatirkan orang lain dari khuatir diri sendiri
-rasa dia baik dan orang lain tak baik
-rasa orang lain bodoh dia yang pandai
-rasa orang lain tak rasional dia yang rasional
-rasa dialah yang menuntut akhirat orang lain menuntut dunia
7.Tinggi hati kepada orang lain
-tak nak terima nasihat
-suka orang layan dia tapi benci layan orang lain
-taknak dengar orang lain cakap tapi asyik dia je nak cakap pasal diri sendiri
-takleh dengar orang lain dapat pujian,rasa sakit je dada
-gembira dengar keburukan orang lain
-kalau tanya dia akan jawab apa2 sahaja supaya boleh menyembunyikan kebodohan dia
-jika jawabannya dibantah dia akan marah
dari buku "hancurkan ego diri" ,oleh Dr Majdi al-Hilali.
"sombong itu tidak menerima kebenaran dan menghina orang lain" (HR Muslim)

Subscribe to:
Posts (Atom)