Friday, September 19, 2008

untitled

"cinta yang tersulam tulus,ku rasakan pupus"

to be continued...

sakit kepala

2 hari baring dan tidur sebab demam.Ingatkan demam biasa boleh hilang dengan telan paracetamol.Mungkin viral fever jadinya paracetemol tidak berkesan.Kepala berdenyut,sakit sakit seluruh badan.Pusing kepala sikit, berdenyut.Hanya tidur pilihan yang ada untuk hilangkan rasa sakit kepala sebab tak makan ubat.

Pagi ni dengan separuh sedar,mata berpinar pinar sebab tidur banyak sangat dan kepala yang masih lagi berdenyut, saya pergi mid sem test biotech dengan hati separuh rela.Tak stadi dan tak prepare langsung.

bila sakit,motivasi tergugat sedikit.

10 malam terakhir kini bermula.

Wednesday, September 17, 2008

=(

cuaca sejuk,panas,sejuk,panas,sejuk,panas

sakit tekak
sakit kepala
demam

=(

Sunday, September 14, 2008

sobahal khoir

14 Ramadhan 1429,2.50 pagi.

slow dan steady membuat assigment(dah sejam rehat nih).

pertengahan Ramadhan equal to pengampunan.

masih lagi mencari nasuha, sebenar benar nasuha.

menyesali,meninggalkan,tidak mengulangi dan mendekatkan diri kepada Rabb.

semoga Ramadhan kali ini aku bertemu nasuha.


**baru sudah makan hati.Hati ayam masak sambal.Gembira dapat makan hati sahur pagi ini.

Friday, September 12, 2008

hmm

Semalam test mid sem biochem yang susah,makanya minggu ini tido macam tak tentu.Tido pukul 10 malam bangun pukul 12 pastu tido balik pastu mulalah terlepas sahur.Momentum Ramadhan semakin menurun.Oh Allah,give me strength supaya tetap fokus Ramadhan ini.Lemahnya diri ini.Supaya doa untuk berpuasa penuh kali ini dimakbulkan.Nak sangat2 puasa penuh.

***

2 hari lepas rumah kami ada ahli baru nama dia chesty(eja gini ke?).Seekor kucing yang comel dan manja,tengah bunting sekarang.The best thing ialah dia dah berak atas katil saya semalam.Dalam pukul 1 pagi masa nak tarik quilt terasa macam something sejuk je kat tangan...waaa..menjerit aku tengah2 malam semua orang bangun..

***

ermm...dan yang best jugak saya raya kat kampung kali ini..=))

Tuesday, September 9, 2008

hari ke 9

pagi 9 Ramadhan 1429.

sedikit semangat untuk diri terus berjuang di bulan mulia ini.

***

ayat famous puasa,al baqarah 183:

"Wahai orang orang yang beriman di wajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan kepada orang sebelum kamu agar kamu bertakwa"


Takwa itu takut dan berhati hati.

Takut hantu kita lari,takut cikgu kita tak pegi sekolah,takut slug kita geli geli.

Tapi takut Allah...lagi takut lagi dekat,lagi sayang,lagi rindu,lagi cinta,lagi best.

Feel free to see surah at talaq,akhir ayat 2 hingga 5.Ganjaran yang sangat best untuk al muttaqun(orang orang bertaqwa).Ada 4 point best from the ayaat.

wassalamualaikum w.b.t.

Monday, September 8, 2008

qolilan

She felt a bit upset.

(hormone perempuan kah?she didnt think so)

She opened al furqan and found this ayaat,directly touched the vulnerable heart of hers.

An-Naml(27),ayaat 60 to 64.

Feel free to read and ponder those ayaat..See the last part of ayat 62?

"Little is that you remember"

qolilan.

Friday, September 5, 2008

21:92

Weekend is here.

Banyak kerja yang perlu dibereskan.Essay 2000 words agak memeningkan,rasa macam tak reti pulak nak link kan point2 essay tuh.Next week, mid sem test biochem menanti.Satu lecture pun tak baca lagi.Selepas itu,mid sem test biotech pulak menanti dan sampai sekarang macam blurr je subjek biotech nih..

****

Ni tengah rehat jap dari buat assignment..pastu tengok gambo2 salam perantauan dekat utusan dan berita harian.Last year hantar gak 2 keping gambo tapi rasanya tak masuk newspaper pun.Tak kesahlah.Entahlah rasa tak excited je nak hantar gmbo kt salam perantauan.

****

Hari ini 5 Ramadhan dan setakat ini baru sekali buka puasa kat rumah sendiri.Hari lain semuanya memenuhi jemputan iftar kawan kawan.Alhamdulillah.Rindu kat Malaysia takyah cakaplah.Kalau ikut hati sanubari ni,mahu saje beli tiket flight balik malaysia raya ni.Lagi pulak kebetulan kitaorang cuti spring 2 minggu time raya ni.huhu.

Apa apa pun, mujahadah Ramadhan diteruskan.Terlalu banyak tawaran tawaran hebat bulan ini.Jangan lepaskan!

Salam Ramadhan dari kami berlima( with housemates tersayang)
I left you with this sweetest ayat from HIM..surah al anbiya' ayat 92:
"Sungguh,(agama tauhid) inilah agama kamu,agama yang satu,dan Aku adalah Tuhanmu,maka sembahlah Aku"

Ya Allah, Engkaulah Tuhanku,Engkaulah yang satu,tidak beranak dan tidak diperanakkan.Aku redha islam agamaku,maka redhailah daku.

Thursday, September 4, 2008

2 orang KP

Tetiba ada mood nak tulis tapi kena pergi hospital japgi(cey,macam budak medic lak padahal sendiri sakit).

Baru dapat berita zaujah KP(L) shams 04(akh imran) selamat melahirkan mujahidah sangat comel.Nama baby mereka 'iffah mardhiyyah( nak jugak mention nama hehe).Tahniah.

Tak lupa jugak buat KP(P) shams 04,Nurul Nadiah yang dah selamat jadi puan.Awak bila lagi nak ada baby?=))

**tumpang gembira dengo kawan2 bina baitul muslim dan dapat anak.

oh,selamat berpuasa jugak!!

=))

*KP:ketua pengawas