Friday, January 30, 2009

kolbun

Sudah lama tidak menulis.Kata orang bila menulis mesti dari hati baru orang lain baca sampai ke hati.Kalau menulis main tangkap muat je,takut tulisan sia sia.Bercakap soal hati,aku terfikir tentang hati sendiri.Setakat 22 tahun ini,yang aku tahu aku mempunyai sekeping hati yang keras tapi sensitif juga.Aku kata hati aku keras kerana aku tidak mudah merajuk,tidak terkesan sangat dengan orang dan keadaan di sekeliling aku dan aku juga tak suka layan sesiapa yang merajuk.Tapi keras tidak bermaksud kuat,ini aku amat akui.Keras tapi rapuh buat apa.Keras macam kaca tapi bila jatuh berderai.

Aku juga sensitif.Ada orang tegur kesalahan sikit aku mudah terasa tapi aku buat tak kesah je,tak tunjuk pun aku terasa.Nanti bila nak tidur,setiap teguran dan kritikan orang lain aku muhasabah balik.Kalau betul aku yang salah,aku akui.Kalau betul aku tak salah,dia lah yang salah.

Kalau ikut personality research,setiap orang ada dia punya dark side di mana orang ni akan sensitif dan tak suka bila orang lain tegur kelakuan dia.Untuk improve diri,setiap orang kena cuba turunkan level dark side tu.Tiada cara lain nak turunkan level tu melainkan ada orang yang mengkritik kita.Bila orang kritik kita (untuk positif la),kita akan tahu kekurangan diri dan kita bersedia berubah.Berubah,itu paling penting.

Bila dah macam besar sikit sekarang,aku semakin terbuka terima kritikan orang.Dulu,masa sekolah orang tegur sikit,aku asyik nak lawan.Nak lawan jugak aku betul.Bila dah dewasa sikit ni,baru aku sedar teguran dan kritikan dari orang lain amat amat aku perlukan.Dan sementara bujang ni,ibu aku adalah pengkritik setia aku.Kadang kadang sedih dikritik,sedih tu sebenarnya emosi semata mata.Sejam lepas tu,bila emosi dah stabil,memang tepat pun kritikan emak aku.Emak aku ni agak perfectionist orangnya,tak kena dengan mata dia,dia tegur.Emak selalu kata anak emak,suka hati la nak tegur,takkan dengan anak sendiri takut nak tegur.he he.Bila dia tengok aku pakai baju ketat sikit,dia tegur direct,time tu juga kena tukar baju.

Aku tahu hati aku keras tapi amat rapuh.Tiada lain aku minta dari Allah supaya menganugerahi aku hati yang lembut tapi tegar,kuat,tidak rapuh,tidak mengeluh dengan perkara yang remeh.Hati yang tak memberontak,hati yang tak sombong,hati yang selalu merendah diri dan yang paling penting hati yang bersih.Orang kata kalau nak hati bersih kena ikhlas dan sabar.

Sabar bukan sikit sabar tapi secantik cantik kesabaran.Sabar yang paling cantik.Amin.

Monday, January 19, 2009

go lady

Today is 19th January.I just cant believe I am 22.I feel old,and now I know why some people just dont like to talk about age and life.What more, I feel a bit upset because I dont feel like perceiving life as what a 22 year old lady should see life.I should change for a far better person.

Anyway,thank you everyone for all the wishes and surprises.=))))

Friday, January 16, 2009

updates

sekarang ni menghitung hari,menghitung hari 27 feb 2009 sebab saya tak nak balik melbourne.sob sob.ada sebulan lebih lagi sebelum bermula balik kehidupan pelajar.hu hu.

Rabu lepas mak mintak tolong saya bagi ceramah palestin dekat budak budak darjah 6.hu hu.Bukan taknak tolong tapi tak reti nak cakap macamana dan info apa yang sesuai dengan budak budak darjah 6 ni.Taknak mengecewakan mak saya pergi jugak.Sesungguhnya saya amat dan sangatlah tidak reti berkomunikasi dengan budak budak ni.Sepanjang saya cakap kat depan diorang bising je,lagi kuat dari saya cakap.2 kali je diorang diam bila saya kata saya belajar kat melbourne dan bila saya cerita sejarah palestin.Adik adik ni sangat minat dengan palestin,bulat mata mata bila start cerita pasal palestin.Last tu,mak saya pergi depan dan cakap dengan diorang,ish diam pulak budak budak ni.Aura cikgu kot.

Alhamdulillah,ramai ahli keluarga saya dah start boikot barangan US dan israel walaupun tak lah keseluruhannya.Mak cik saya tengah duk fikir nak ganti milo dan barangan nestle yang lain dengan apa(ada cadangan tak?).Teringat kat melbourne.Yela kitaorg student kalau boleh nak cari barang2 yang harga murah tak kesahlah brand apa asalkan murah dan sedap.Nasib baik ada brand aldi.Milo aldi,nescafe aldi,sabun aldi.Hehe.

Esok pilihanraya kecil parlimen kuala terengganu.Saya tak mengundi walaupun layak mengundi sebab tak sempat daftar.Tak terfikir la pulak ada pilihanraya kecil kecilan ni.he he.Harap harapnya pilihanraya berjalan dengan bersih.Dunia bukan kekal pun.Tak adil kat sini nanti dekat akhirat jumpa jugak.

Tengah menghitung hari ni....hari jadi.=))

Tuesday, January 6, 2009

;-(

Tak tahu nak tulis apa dah berkenaan isu palestin dan zionis.

Sedih,kecewa,geram dan macam macam lagi.

Jugak cemburu sebenarnya kepada mereka yang terpilih syahid di medan perang.They are chosen to be one,they are chosen to be palestinians.Subhanallah.

Baru baru ni ada baca satu surat pembaca yang dihantar ke utusan malaysia.Dia cakap penduduk palestin dan semua umat islam kena redha dengan pencorobohan israel dan iktiraf aje la penubuhan israel.Perang pun dah tak guna.Lebih baik duduk secara aman dan berdamai saja dengan israel.Bila berdamai,xde la budak budak kecil yang tak berdosa mati.Xde la pertumpahan darah.

Huhu.Orang islam tulis macamni dekat utusan malaysia.Kepada orang orang yang fikir macam ni,sila lah baca balik sejarah palestin ni.Analoginya,kalau kita sedap sedap duduk dalam rumah yang memang milik kita,tengah tengah dinner dengan mak ayah dan adik adik,tetiba ada pencoroboh masuk dalam RUMAH KITA,TANAH KITA.Pastu diorang bunuh mak ayah kita,rogol adik adik kita,rosakkan semua harta barang kita,kita nak tengok je penceroboh buat macam tu?Fikirlah sendiri kan.

Dan kepada sesiapa yang fikir ramai budak budak kecil yang tak berdosa mati,ketahuilah mereka sebenarnya tidak mati,mereka hidup...di syurga kekal abadi..insyaallah.Dan satu lagi penduduk palestin tu diorang kalau boleh nak dapat anak ramai.Diorang memang dah niat dapat anak,anak mereka pergi ke medan perang lawan zionis.Apa susah kalau ada sebelas orang anak,sebelas anak syahid?BEST SANGAT

Friday, January 2, 2009

discern

seminggu di kuala lumpur.

tahun baru hijrah dan tahun baru masihi bermula minggu lepas.

and I lost in my own world(as if I have one),I forget everything.

I dont need any new dreams for any new years.

I keep promising and renewing my promises atleast five times daily.Still,I keep breaking it many times.Too many.

"The best of sinners are those who frequently repent"-hadith

I wish to be one.


Happy new year everyone.