Wednesday, June 30, 2010

nanti,

kalau ada anak,make sure gap anak sulung dengan anak bongsu jangan berbelas2 tahun.

seksanya.

rindu adikku yang bongsu.

seriously.

Tuesday, June 29, 2010

malam pulak

bubur nasi


cheesy wedges


demam selsema.x tahannya kalau demam selsema ni.tisu kena melekat dkt hidung memanjang.sakit tengkorak (sinus part ler).rumah dah 2 hari tak sapu,rambut gugur,bangkai nyamuk dan debu debu semua.sakit mata memandang.

satu masalah bila demam tak suke tgk cadar katil.nak tukar yang lain.erk.

petang tadi suami balik cakap lapar.heh.takde santapan petang arini sebab hingus ni.sori ye cik abang.ada sebenarnya wedges la dalam peti sejuk.tak keluarkan apa lagi mesti beku xleh nk goreng/bake terus.

saya kalau demam memang mengade2.ianya berakhir dengan encik KN masak bubur nasi,goreng bilis dan telur dadar.dan goreng wedges jugak letak cheese.mekaceh eh.:))

hopefully esok selsema ni hilang so that boleh kemas rumah dan sental pape yang patut.oh ya wedges tu unhealthy fastfood so cakap dekat encik KN pasni xde dah wedges ke,daging burger ke,nugget ke dan seangkatan dengannya.

"pastu nk makan burger gane?"

"saya buat daging burger sendiri,homemade!"

mimik muka encik KN penuh dengan syak wasangka macam "yelah tu"

he he.aku pun rasa cam tak mungkin je.ha ha ha cummm! *tisu tisu*

cerita pagi buta

dalam pukul 3.30 pagi gtu,bunyi alarm handphone.

KN tergesa gesa bangun dari tidur nak tengok bola,M pulak tergesa gesa bangun tidur nak pi toilet.
Keluar toilet...

KN:M,tengok ni subhikin (ke ape name die) pengadil malaysia ni!

M yang mamai: mana2?

KN:x dang doh.tadi camera tunjuk kat dia.

M yang mamai:dok mengantuk ke subhikin tu jadi pengadil pagi pagi buta ni?

KN:=_=

M sambung tidur balik..zzz

updates

1)ikut suami pergi outstation selama 6 hari.suami kata saya dah boleh balik semenanjung sebab dah cover satu sarawak.oh how i wish that.he he.gmbo kt fb.

2)sekarang demam ler pulak.runny nose.x laratnya tapi still kena masak lunch arini.

3)aritu pergi Lawas,ada kenalan bagi beras bario yang harga rm20 satu kilo.dia bagi 3 kilo bario putih 3 kilo bario merah.semalam dah masak yang putih.hari ni nak try beras kaler merah pulak.bestnye makan nasi mahal ni.lembut dan periuk pun senang nk basuh sebab takde kerak2 tu.

4)oh encik suami beli camera olympus sebelum pergi jalan aritu.amik gmbo sakan la pastu.ek,kad kredit yang bayo kata encik suami.

5)adikku syafiyyah dapat masuk monash uni @subang untuk degree.good on you.:)

6)oh mak nk datang kuching jumaat ni!! canne nk kemas umah demam ni.

7)sebab mak nk datang,kitorang beli tikar sarawak 2 bidang (ke apa penjodoh bilangan dia).satu letak dekat ruang tamu,satu letak bilik tengah so that mak nk solat selesa sikit ada tikar.

8)tengah fikir nk tukar langsir sliding door depan ni sebab mak nk datang kan.langsir bawak dr semenanjung tapi still tak guna2.hmm.

9)kesimpulannya,nasib baik duk kuching sedara mara susah nk dtg rumah.kalau duk dekat2 je kena beli macam2.ha ha

10)tengah berusaha untuk tukar cara masakan.sebab kitaorg suka makan pasni kena kurangkan minyak,gula,garam dalam masakan.makan yang berkhasiat iye.kurus keding tak sihat buat apa.no more pudding2 dah.telur2.susu pekat byk sgt.aih.

11)tengah cari kerja tapi takde lagi yang panggil interview.kang apply kpli jadi cikgu pun ok.tapi down la nk masuk kpli xleh pregnant.apekah?

12)is working hard to have a baby.huehue.sebab tahun depan encik suami outstation sepanjang tahun!!doakan ye rakan rakan.

ok dah.nk bersin.

alamak janji dgn noi nk upload gmbo kain.tunggu eh noi.xpun i email aje u.:))

Monday, June 28, 2010

soup for the soul

selalunya saya selalu menyusahkan kehidupan dengan berfikir bukan bukan ataupun fikir banyak sangat.sampai pening dibuatnya.

suka beno buat hidup ni complicated kan.camane nak hidup dengan gumbira dan lapang dada kalau berfikiran jauh sangat ni(fikir bukan bukan maksud saya).hmm

dah beso ni boring nya dengar nasihat2 ni kan tapi saya suka nasihat Rasulullah kepada Ibnu Abbas ni.Ringkas saja.jangan buat complicated iye.

heh tukar english jap.

Once I(ibnu abbas) was behind the Prophet and he said : "Oh boy,I will teach you a few words":

1)Be loyal and obedient to Allah, remember Him always,obey His orders.He will save you from every evil and will take care of you in all the spheres of life.

2)Be loyal and obedient to Allah,you will find Him near(in front of you).He will respond to your requests.

3)If you ask,ask Allah.

4)If you seek help,seek help from Allah.

5)Know that if all the people get together in order to benefit you with something, they will not be able to benefit you in anything except what Allah has decreed for you.And if they all get together in order to harm you,they will not be able to harm you in anything except what Allah has decreed for you.

(hadith :sahih at-tirmizi)

Friday, June 18, 2010

tengok gambar

-suteri asli terengganu
-harga bleh dirunding
-sejuk dan tak nipis
-ni antara koleksi banyak lagi kt rumah
-sesuai untuk hantaran tunang,kawen,hari ibu dll
-boleh pos

jom tengok












sesape yang berminat nak beli.

yang kat singapore,johor or kat mana2,bleh pos ok.

sutera original ni.

kan nak raya dah ni.

kuching

hidup di kuching boleh dikatakan sebagai boring,tidak bergaul,terasa asing di negara sendiri dan apa2 yang sama waktu dengannya.kami tinggal di kawasan perumahan yang agak dekat dengan city.segala2nya sungguh dekat: pasar,hospital,bank,uni.atau lagi specific kami tinggal di kawasan bukan melayu.di kuching, non malay area bukan bermaksud cina dan india sahaja,lebih daripada itu.iban dan seangkatannya.

nama itu segalanya.ahmad bin abdullah,park jingsu atau fidelia anak kepada watan.tapi kadang kadang kata suami ada jugak orang iban ada bin/binti.

language is one big barrier for me.its either people stay away from me or otherwise.sekali cakap orang dah tau kita ni semenanjung ke tak.i hate this.kalo gi pasar cakap bahasa standard "ini ikan ape?" pacik jual jawab "ini ikan blabla,tapi semenanjung panggil blabla".

hmm..sorry kalo ada yang terasa..saya juga merasakan orang sarawak ini agak kuat kenegeriannya.diorang lagi prefer diorang punya brand sendiri (ala ala australian gitu).kat sini instead of kfc diorang ada kedai sebijik macam kfc,namanya sugar bun(dulu ingat kedai roti hehe).kat sini jugak takde roti gardenia,high five.semua roti brand sendiri namanya taka dan mita.hmm apa lagi ye.mungkin bukan kuat kenegerian tapi kuat "integrity"nya.tapi isu awak semenanjung,awak sarawak selalu timbul.

dari segi kerohanian pulak kristian sangat kuat kat sini.gereja di mana mana.orang islam pulak kata suami ala2 macam tanah melayu dulu dulu.islam tapi berjudi,islam tapi tak solat ( macam la semenanjung tak ye dok?ha ha).satu lagi kat sini dah jadi satu kebiasaan di mana satu rumah dikongsi oleh beberapa orang.maksudnya,satu rumah ada 4 bilik.setiap bilik lain pasangan suami isteri yang duduk.oh kalau tak suami isteri pun takde orang kesah pun.macam tak pernah ada tangkapan bersekedudukan ke apa.hmm

hmmm...bila ye kami berdua bleh balik dan menetap di kampung.

suami kata "bila pencen ler"

T_T

Thursday, June 17, 2010

:- )(

misi terdekat: less active with FB

I'll write here then.3 posts per day?see how it goes.

alkisah




encik suami cuti 5 hari (2 hari weekends+3 hari cuti).
kami ada satu hobi yang sama iaitu makan.kerja kami 5 hari itu ialah masak dan makan.bayangkan 1 minggu kami berdua boleh habiskan 1 tray telur ayam.buat apa dengan telur2 tu?puding buih,puding karamel,puding roti.

setiap hari ada sahaja idea yang nak dimasak.kalau orang lain pergi jalan2 tengok alam ke,gi pantai ke,gi muzium sarawak ke (dengar cerita muzium tu best),taman buaya ke,tapi kami lain pulak cerita.jalan2 pergi pasar,jalan2 gi groceries compare2 harga,jalan2 gi cari ketam tepi jalan la,gi shopping mall gi tengok barang dapur,survey2 harga oven la,pinggan mangkuk la.

encik suami cuti saya masak special sket..masak nasi minyak dan sup tulang.special pasal apa?sebab ada pembantu kat dapur.sambil masak sambil keluar arahan:ok,amik kicap jap,amik sos jap,amik itu ini.yang lagi best sinki selalu kosong dan bersih.haha...kalau sorang2 masak saya cuba sedaya upaya memaksimumkan kekotoran di dapur dan apa2 memerlukan cucian selepas itu.

selain masak sendiri kami selalu termakan di kedai2..haha..boring duk rumah punya pasal pergi jalan2 dekat mall..nampak sushi king aje,sengih2 antara satu sama lain,tup2 dah kat dalam kedai sushi..amik makan..adoi..boleh pulak tengah makan sushi terbayang2 nandos..since kuching takde nandos kitaorang tetiba nak makan kenny rogers pulak.tak semena mena kaki melangkah pergi kenny rogers.huhu.makan lagi.keluar kenny rogers ayat last suami "seb baek ler kuching xde nandos,kalo ade xtau ler gane"

semalam xtau nak g mana so kami keluar jalan2 pergi city dekat waterfront..amik gmbo sekeping dua seperti di atas..gmbo x lawo sebab handphonenya camera je..duit x cukup la nk beli camera..he he..jalan2 situ nampak kedai kebab pastu beli kebab pulak..adeh..

pastu odw balik singgah beli roti jap nanti dinner bleh makan dengan sup tulang lunch tadi..makan lagi..

akhirnya,encik suami bersuara:

"apa kata kita kurangkan makan so that duit kita bleh simpan untuk beli camera"

ngeh.ngeh.

so hari ni dapur bercuti,perut pun rehat jap.sempena bulan rejab ni meh kita berpuasa meh.

tata.

(terpk nk masak mee bandung weekend ni kalo suami x outstation kehkeh)

Monday, June 14, 2010

friend and wedding

satu perkara yang amat mengujakan bila sudah berkahwin ialah apabila saya menerima jemputan perkahwinan kawan sendiri.perasaan macam "kawin lah kawin lah".hehe.saya masih ingat perbualan saya dengan kawan baik sendiri yang berkahwin ketika berusia 22 dan kini sudah punya seorang anak. "mudanya kita kawen,mu lagi la 23 ada anak sorang" "tu pasal mudanya aku kawen"..diam seketika dan perbualan itu berakhir dengan kesimpulan "aku best je kawen..takde masaloh pun,lagi best ada orang sayang kita"

hehe.

ok,kembali kepada point post.

minggu lepas,semasa menunggu flight seterusnya ke kuching,saya menerima text thru fb daripada seorang kawan nun jauh di cardiff mengatakan dia akan berkahwin july ini.saya hanya tersenyum bersendirian.terlalu gembira dengan berita ini.

bila mengenangkan kembali saya kaya dengan kawan kawan.anis merupakan kawan yang baik dengan saya secara tidak sedar sebenarnya.kami bukan dari satu sekolah.program2 pengawas semasa sekolah dan tuisyen di tempat yang sama menyebabkan kami saling mengenali.walaupun agak jarang berjumpa tapi kami selalu updates hal masing2.

selain anis di cardiff,kawan baik saya raziana kini di london,humaira di dublin dan nadiah di mesir.yang lain ada di malaysia.semua kami saling mengenali ketika di sekolah dan apabila kami terbang ke negara orang,semua dari kami dipertemukan dengan jalan dakwah.

untuk anis,terlalu gembira dengan berita ini.semoga bertemu sakinah,mawaddah dan rahmah Ilahi.kalau tanya mar,beberapa perkara simple sebelum dan selepas majlis nikah:

1)make sure makan pagi masa wedding day.energy kena cukup.nok senyum2,nok salam dengan orang.letih tu.hehe

2)kalo ada mak andam,kena jadi bekeng(garang) sket neh.hehe.biasanya dia nok cukur kening dan nok kita pakai bulu mata palsu.

3)solat sunat and sujud syukur sebelum dan selepas akad nikah.

click

Friday, June 11, 2010

updates



1)hubby is back.now at kuching.

2)sepatutnya bermula 10 jun ada biotech training untuk 6 bulan.tapi ditangguhkan sebab peserta hanya 6 orang.saya suka aje.takde masalah.=p

3)sebab training tangguh sekarang seriously considering untuk mula mencari kerja.baca betul2.mula nak cari kerja!pemalasnya.

itu aje updates nya (suamiku suruh updatekan blog ni.bosan duk office ler tu)

lamanya tak tengok blog ni.bosan pun ada.tukar design sket.