hidup di kuching boleh dikatakan sebagai boring,tidak bergaul,terasa asing di negara sendiri dan apa2 yang sama waktu dengannya.kami tinggal di kawasan perumahan yang agak dekat dengan city.segala2nya sungguh dekat: pasar,hospital,bank,uni.atau lagi specific kami tinggal di kawasan bukan melayu.di kuching, non malay area bukan bermaksud cina dan india sahaja,lebih daripada itu.iban dan seangkatannya.
nama itu segalanya.ahmad bin abdullah,park jingsu atau fidelia anak kepada watan.tapi kadang kadang kata suami ada jugak orang iban ada bin/binti.
language is one big barrier for me.its either people stay away from me or otherwise.sekali cakap orang dah tau kita ni semenanjung ke tak.i hate this.kalo gi pasar cakap bahasa standard "ini ikan ape?" pacik jual jawab "ini ikan blabla,tapi semenanjung panggil blabla".
hmm..sorry kalo ada yang terasa..saya juga merasakan orang sarawak ini agak kuat kenegeriannya.diorang lagi prefer diorang punya brand sendiri (ala ala australian gitu).kat sini instead of kfc diorang ada kedai sebijik macam kfc,namanya sugar bun(dulu ingat kedai roti hehe).kat sini jugak takde roti gardenia,high five.semua roti brand sendiri namanya taka dan mita.hmm apa lagi ye.mungkin bukan kuat kenegerian tapi kuat "integrity"nya.tapi isu awak semenanjung,awak sarawak selalu timbul.
dari segi kerohanian pulak kristian sangat kuat kat sini.gereja di mana mana.orang islam pulak kata suami ala2 macam tanah melayu dulu dulu.islam tapi berjudi,islam tapi tak solat ( macam la semenanjung tak ye dok?ha ha).satu lagi kat sini dah jadi satu kebiasaan di mana satu rumah dikongsi oleh beberapa orang.maksudnya,satu rumah ada 4 bilik.setiap bilik lain pasangan suami isteri yang duduk.oh kalau tak suami isteri pun takde orang kesah pun.macam tak pernah ada tangkapan bersekedudukan ke apa.hmm
hmmm...bila ye kami berdua bleh balik dan menetap di kampung.
suami kata "bila pencen ler"
T_T
No comments:
Post a Comment