Thursday, September 30, 2010

of purpose

menyuap makanan ke dalam mulut..

tetiba terfikir selama ini apa niat aku makan?

ikhlas ke tadi aku makan?

kerana apa aku makan?

tujuan aku makan?

***

"dan tidaklah Aku jadikan Jin dan Manusia melainkan supaya mereka beribadah dan mengabdikan diri kepadaKu" (Surah al-Dzariyat ayat 56)

ayat di atas seperti mengejutkan aku dari lena yang sangat panjang.

adakah makanku tadi menjadi satu ibadah yang membawa redha Allah atau bagaimana?

jika kita lupa dan mencari kenapa dan untuk apa dan tujuan sebenar kita hidup,ayat 56 surah al-dzariyat itulah jawapan hakiki.

Wednesday, September 29, 2010

i wish i were a doctor

semalam:

pergi kedai pukul 9.30 malam untuk beli bekalan susu dan yogurt.teringin makan pasta di secret recipe tapi malas dan mahal,berakhir dengan beli carbonara sauce,mushroom dan bowties.balik terus masak dan makan walaupun kami berdua baru sudah makan nasi buka puasa (hubby puasa).

pukul 12 tidur.pukul 2 pagi terbangun sebab kepala sangat sangat sakit.biasanya loya dulu baru sakit kepala.agak risau takut2 tekanan darah yang tak kena sebab tak rasa loya.kejut suami cakap sakit kepala sangat2 aih dok bangun pulok.sapu minyak angin tak hilang,cuba tidur tak boleh tidur.pukul 3 pagi terus muntah.oh mushroom keluar.pukul 4 lagi 2 kali muntah.

serik makan mushroom.

hari ini:

appointment pukul 8 pagi di klinik kesihatan.giliran no 42 walaupun sampai pukul 7.45.tekanan darah ok ( syok sendiri berdasarkan bacaan),hb ok (syok sendiri gak berdasarkan bacaan),berat 44 kg (tak ok kot).apa yang pasti nurse ambik bacaan je.tak explain langsung ok ke tak ke.aku agak agak sendiri je la.masuk jumpa doktor and scan.doktor diam sediam diamnya.scanner pulak blur habis.malas nak tnya mana kepala,mana kaki,mana jantung."ok dah".malas nk tanya pape aku keluar jela."27/10 ni datang lagi ye"

yang paling tak paham sampai sekarang asik bagi folic acid je.aku ingat hari ni dapat obimin ke,kalsium ke,vitamin B ke.entahlah.hospital semenanjung aje kot diorang bagi,hospital kat sini dok bagi kot.argh,nak balik semenanjung!!!!dah la aku tak paham bahasa iban.

masuk kereta aku bagitahu suami nak pergi hospital KPJ pulak.tak puas hati kononnya."sekarang?tak bawa cash guna kad kredit kalo gitu".he he..kalo masuk KPJ ni,keluar hanguslah rm100 lebih.bila fikir balik takpelah next time lah pergi KPJ,bila baby beso sikit.

setiap kali diri ini ke hospital,setiap kali itulah aku menyesal tak amik medicine dulu.ha ha.

bercakaplah sikit doktor yang bijak pandai oi!ni sikit pun takde explanation!

Monday, September 27, 2010

moments

akhir akhir ini tandas merupakan tempat yang selalu dilawati.

have you ever pee like 7 times within 5 minutes?

i had last night and we were actually on the way back home after attending rumah terbuka isma sarawak.

what do you expect me to do??????tak sempat ok!

i was actually a bit scared to tell hubby because he just got his car washed in the afternoon.ho ho.

pundi kencing mungkin tersesak oleh uterus yang semakin membesar methinks.

****

soalan daripada suami sebelum tidur beberapa hari lalu.

K:dalam english rahim panggil apa?

M:uterus

K:mende?

M:uterus

K:bakpe bahasa melayu panggil rahim?pelik gile..bakpe x rashid ke..?rashid ok sket..

M:+_+

Saturday, September 25, 2010

this is truly a reminder.

pernah tak kita terfikir bagaimana kondisi kita apabila mati?

saya merasakan mati merupakan satu peringatan yang sangat besar kepada diri ini,given that bila kondisi iman di tahap yang betul,dengan hati yang tidak kering.

kami kehilangan moyang yang dicintai pada awal pagi khamis yang lalu.sebelum meninggal tok yah menghidapi pelbagai penyakit dan yang paling kronik ialah alzheimer(ntah eja gane).bagi yang mengenali beliau ketika 3,4 tahun terakhir ini, pasti merasakan beliau hanyalah seorang tua yang tidak ingat apa apa,malah menakutkan kadang kadang.tapi bagi kami anak,cucu dan cicitnya pasti akan mengingati kebaikan,ketabahan dan kehebatan beliau semasa sihatnya.

tiada yang lebih diinginkan oleh setiap mukmin melainkan satu kematian/pengakhiran yang baik dan sempurna.namun jauh di satu sudut saya amat yakin kepercayaan yang total kepada Allah,hubungan yang baik dengan manusia,akhlak yang menyenangkan dan segala perbuatan yang bersandarkan sunnah dan alquran akan menghampiri husnul khatimah(pengakhiran yang baik).

saya mungkin merupakan satu satunya ahli keluarga yang tidak pulang ke kampung apabila diberitahu bahawa tok yah sedang nazak.namun segala cerita bermula daripada episod nazak, saat saat akhir nyawa ditarik,episod mandi jenazah,solat jenazah dan sehinggalah proses pengebumian tiada satu yang tidak sempurna pada kami sekeluarga.

tok yah menghembuskan nafas yang terakhir dengan kalimah agung di hadapan berpuluh puluh anak,cucu dan cicit yang pulang ke kampung,dimandikan oleh kesemua anaknya dan beberapa orang cucu,solat jenazahnya diimamkan oleh cucunya sendiri dengan jumlah jemaah yang sangat ramai,dan masa pengebumian yang sangat singkat dan dipermudah.kata emak,wajah jenazah tok yah seperti muda 40 tahun daripada usia sebenar beliau yang berumur 80+.seolah olah tiada apa apa halangan yang melambatkan proses kematian dan pengebumian.semuanya dalam lindungan Allah taala.

begitulah kisah akhir tok yah yang sangat baik,sangat pemurah,baik dalam pergaulan yang kami kenali.dan saya amat yakin setiap daripada kita ada cerita tersendiri menjengah kematian.cara kematian yang mungkin berbeza pada waktu yang berbeza.

persoalan kembali,bagaimanakah kondisi saya ketika mati?

susahkan roh ini mahu terpisah daripada jasad?adakah saya akan mati sakit sendirian?mampukah saya mengucap kalimah syahadah di saat akhir?siapakah yang akan memandikan saya?siapakah akan menjadi imam solat jenazah saya?ramaikan jemaah?mudah atau sukarkan proses pengebumian nanti?

dan yang lebih dari itu,mampukah saya menjawab persoalan persoalan malaikat yang sudah menanti nanti?

adakah amal jariah yang saya lakukan yang berterusan hingga ke sana?

adakah nanti anak anak saya yang soleh solehah yang mendoakan saya?

yang pasti,untuk semua soalan di atas,tiada satu pun yang mampu saya jawab.

dengan diri saya kini,untuk husnul khatimah seakan sangat jauh.

hanya dengan rahmat Allah segala galanya pasti.Rahmat Allah memastikan segala kebaikan di dunia dan akhirat.

Friday, September 24, 2010

tee he

please dont enlarge this.

i'm sorry

1)saya kini seakan tiada mood untuk apa apa.headache 24 hours.saya pening mencari punca kenapa saya selalu pening.tekanan darah setiap kali check normal sahaja.i blame the gas then.

2)saya tiada mood untuk memasak jadinya pemakanan saya sangat tidak seimbang.tidak kiralah betapa saya berazam dan berusaha untuk memberi yang terbaik sepanjang perjalanan ini saya masih gagal.

3)semalam kakiku cramp semasa tidur.saya sebenarnya mencari cari tanda jika saya kekurangan kalsium kerana saya langsung tidak minum susu anmum ( bau pun tidak boleh masakan mau telan susu itu).masuk second trimester ini kalsium sangat sangat kritikal.sumber kalsium saya : mostly yogurt,seb baik bleh telan.harga pun mahal ler yogurt anlene yang double kalsium tu.

4)sekarang ni saya teringin lontong,nasi himpit dan sambal bilis.paling kelakar saya teringin buah buahan musim panas di melbourne. nectarin,cherry,peach,apricot,strawberry,kiwi.aduh seksa mau cari mau bayar harga pun berkira kira.

5)oh,saya akan mula bekerja sebagai seorang tutor biologi sepenuh masa di unimas(uni sarawak) bermula 1 oktober.biologi tu ape ye?huhu.

6)kali terakhir saya menyapu lantai...erm...3 bulan yang lalu..T_T

7)saya sebenarnya kecewa dengan diri sendiri.i did nothing to please others dan diri sendiri.tak kira dalam apa apa perkara.momentum hilang begitu sahaja.

8)yang paling mengecewakan saya ialah apabila encik suami kata dia merindui saya yang dahulu.suatu ketika dulu saya menyambut suami pulang kerja dengan menu minum petang dan dengan muka yang cantik dan semburan perfume yang mewangi (i make up kot setiap kali petang).

can i sigh?

Wednesday, September 22, 2010

alkisah

ini kisah semalam.kelakar pun ada tapi kesian la banyak.kesian dekat encik khairul sebab kena layan isterinya yang semakin ntah apa apa setiap hari.

alkisah semalam saya ni lapar dan mood memasak masih belum tiba.lunch tak masak sebab hubby puasa.buka puasa pun saya goreng nasi aje.huhu.memang kesian la dapat bini malas begini.dah lama rasanya saya tak dapat pujian melambung tinggi kes sedap masak daripada suami.sedih bunyinya.

nasi goreng saya tak boleh telan dan saya mula merengek macam si kecil yang mengada ngada (i pun rase menyampah dgn diri sendiri huhu) nak makan tomyam di kedai.lepas isyak pergi kedai order tomyam dan milo ais.dah 2 hari teringat dekat tomyam tup tup tengah tunggu order sampai saya nampak orang sebelah tengah lazatnya makan roti canai.argh,tensennya!!!

teringat ingat pula dekat roti canai.tak boleh tahan punya pasal saya suruh akak kedai bungkuskan tomyam yang saya sedang makan and order roti canai.

ntahlah.rasa bersalah pada semua tapi saya guna excuse paling hebat:layankan aje org berbadan dua.

apa yang pasti encik suami memang tensen dengan saya,ada sedikit marah dan geram kot.nak sedap lagi?i balik rumah tidur terbongkang dengan tak mandi,tak gosok gigi dan berpeluh peluh.

a vacation-2

Masa untuk balik Kuching.Badan semakin tidak fit dan rasa sangat tidak selesa.Restless on and off.Sehari sebelum(atau beberapa hari lupa) balik kuching aku terjatuh semasa keluar dari bilik air.Memang betul2 tulang pinggul menghentak lantai.Memang nangis la selepas jatuh tu,sakit campur risau dengan baby kat dalam sebab sangat2 awal apa apa boleh jadi.

Perut mula berangin dan silap makan sikit memang terus muntah dan lembik.Di tambah dengan painful headache.Rasanya sebab banyak sangat gas dalam badan.

Balik kuching sorang diri naik flight,tak kuasa dah nak heret laptop naik flight tinggal dekat rumah aje.Jalan sikit berhenti duduk rehat,jalan rehat jalan rehat.Memang penat,muka pucat dan serabai habis.

Sampai Kuching lusanya dah puasa.Memang tak boleh puasa,gas banyak sangat kalau tak makan naik angin dan lembik dan nanti muntah.Satu lagi aktiviti masak memasak sangatlah minimum.Banyaknya hubby yang masak dan aku beri arahan aje.Sepanjang hari berbaring aje dan mulut ni kerjanya nak mengaduh aje (huhu ke mengeluh).Semua benda tak buat!mandi pun terpaksa.

Selera makan turun dengan mendadak.Tengok nasi putih rasa loya,tengok ayam,ikan semua lauk rasa loya,memang tak boleh telan.Deria bau jadi sangat sensitif.Tak boleh bau sabun,bau dapur,bau minyak rambut suami,perfume suami,bedak dan macam macam lagi la.Semua benda macam ada bau yang meloyakan.Sudahnya baring dan tidur.Semua benda menyerabutkan hati sanubari ni.Yang paling kelakar bila tengok tv rasa pening.adoi.

Hujung minggu tu aku agak panic bila bangun pagi ada spotting keluar.Walaupun bukan bleeding rasa agak risau then pergi jumpa doktor.Doktor relaks aje dan doktor kata normal ada spotting in early pregnancy.Kali ini scan lagi dan dapat tengok rumah baby dan dah nampak skit heartbeat nya walaupun tak clear.Subhanallah walhamdulillah.

Tuesday, September 21, 2010

a vacation-1

3 bulan lepas aku pulang bercuti di Terengganu.Encik suami pula di Kuching ke luar daerah.Minggu yang sangat memenatkan.Nafas terasa tak cukup untuk menampung oksigen diperlukan badan.Aku sangat mengah seperti baru pecut 100 meter dan cepat penat tak tahu sebab.Perut pula terasa cramp di bahagian ari ari,aku menjangkakan kedatangan bulan tapi jauh di sudut hati janganlah datang.kekgi senggugut pulok(teori lepas kawen senggugut hilang tidak betul,tunggu bersalin plk ye).

Seminggu berlalu,cramping makin kuat terasa.Ke petanda baik nih?setelah meneliti beberapa tanda sepeti kelewatan period aku pergi farmasi dan cek sendiri status diri ini.Tak sabo punya pasal aku check waktu malam ok positif.Pagi esok aku check lagi dengan first urine ok makin terserlah positifnya.Aku tersengih sengih seorang diri dalam bilik air macam tak percaya pun ada.Allahuakbar.

Telefon suami dan aku mengingatkan dia supaya jangan lupa sujud syukur pada Ilahi.Sujud syukur hanya pada Allah penantian kami setelah berkahwin 6 bulan untuk menimang cahaya mata semakin menjadi realiti.Sudah tidak tahan melihat seorang demi seorang baby teman teman lahir ke dunia ini.Sungguh,perancangan Allah mengatasi segalagalanya.

Tengahari itu aku ke klinik nak confirmkan kehamilan.Doktor kata nak buat urine test lagi.Aku seakan menolak "saya dh buat 2 kali doktor".Kalu gitu kita scan la skit.Baru 5 minggu memang tak nampak apa2 selain dinding rahim seakan membengkak baby baru nak buat rumah.

Begitulah alkisahnya di awal perjalanan ini.Apa yang pasti perjalanan ini bukan sesuatu yang mudah untuk kami.Doakan yang terbaik untuk kami.