pernah tak kita terfikir bagaimana kondisi kita apabila mati?
saya merasakan mati merupakan satu peringatan yang sangat besar kepada diri ini,given that bila kondisi iman di tahap yang betul,dengan hati yang tidak kering.
kami kehilangan moyang yang dicintai pada awal pagi khamis yang lalu.sebelum meninggal tok yah menghidapi pelbagai penyakit dan yang paling kronik ialah alzheimer(ntah eja gane).bagi yang mengenali beliau ketika 3,4 tahun terakhir ini, pasti merasakan beliau hanyalah seorang tua yang tidak ingat apa apa,malah menakutkan kadang kadang.tapi bagi kami anak,cucu dan cicitnya pasti akan mengingati kebaikan,ketabahan dan kehebatan beliau semasa sihatnya.
tiada yang lebih diinginkan oleh setiap mukmin melainkan satu kematian/pengakhiran yang baik dan sempurna.namun jauh di satu sudut saya amat yakin kepercayaan yang total kepada Allah,hubungan yang baik dengan manusia,akhlak yang menyenangkan dan segala perbuatan yang bersandarkan sunnah dan alquran akan menghampiri husnul khatimah(pengakhiran yang baik).
saya mungkin merupakan satu satunya ahli keluarga yang tidak pulang ke kampung apabila diberitahu bahawa tok yah sedang nazak.namun segala cerita bermula daripada episod nazak, saat saat akhir nyawa ditarik,episod mandi jenazah,solat jenazah dan sehinggalah proses pengebumian tiada satu yang tidak sempurna pada kami sekeluarga.
tok yah menghembuskan nafas yang terakhir dengan kalimah agung di hadapan berpuluh puluh anak,cucu dan cicit yang pulang ke kampung,dimandikan oleh kesemua anaknya dan beberapa orang cucu,solat jenazahnya diimamkan oleh cucunya sendiri dengan jumlah jemaah yang sangat ramai,dan masa pengebumian yang sangat singkat dan dipermudah.kata emak,wajah jenazah tok yah seperti muda 40 tahun daripada usia sebenar beliau yang berumur 80+.seolah olah tiada apa apa halangan yang melambatkan proses kematian dan pengebumian.semuanya dalam lindungan Allah taala.
begitulah kisah akhir tok yah yang sangat baik,sangat pemurah,baik dalam pergaulan yang kami kenali.dan saya amat yakin setiap daripada kita ada cerita tersendiri menjengah kematian.cara kematian yang mungkin berbeza pada waktu yang berbeza.
persoalan kembali,bagaimanakah kondisi saya ketika mati?
susahkan roh ini mahu terpisah daripada jasad?adakah saya akan mati sakit sendirian?mampukah saya mengucap kalimah syahadah di saat akhir?siapakah yang akan memandikan saya?siapakah akan menjadi imam solat jenazah saya?ramaikan jemaah?mudah atau sukarkan proses pengebumian nanti?
dan yang lebih dari itu,mampukah saya menjawab persoalan persoalan malaikat yang sudah menanti nanti?
adakah amal jariah yang saya lakukan yang berterusan hingga ke sana?
adakah nanti anak anak saya yang soleh solehah yang mendoakan saya?
yang pasti,untuk semua soalan di atas,tiada satu pun yang mampu saya jawab.
dengan diri saya kini,untuk husnul khatimah seakan sangat jauh.
hanya dengan rahmat Allah segala galanya pasti.Rahmat Allah memastikan segala kebaikan di dunia dan akhirat.
No comments:
Post a Comment