Tuesday, July 27, 2010

alhamdulillah

merindui my other half.

alhamdulillah atas pinjaman ini.

isteri solehah itu dicemburui oleh bidadari bidadari syurga.si suami asik bersama isterinya yang dinikahi di dunia.bidadari bidadari syurga dipandangnya sebelah mata aje.

pilihlah aku Ya Allah...

mahu dicemburui bidadari bidadari syurgaMu.

Saturday, July 24, 2010

updates

1) di kuala terengganu untuk 2 minggu

2) suamiku berkursus di nilai 5 hari dan sambung outstation 10 hari di sri aman(3 hours drive from kuching)

3) bekerja di kedai bonda.jumaat baru ni kerja dari pukul 10 pagi sampai 10 malam.balik rumah memang terbongkang la atas katil.

4) berbisnes sikit2.i bawa kek lapis sarawak dan tumpang jual kedai mak.

5) badanku terasa sedikit lain.cepat penat dan perut berangin aje.air liur ini terasa agak lain daripada biasa.macam ada cecair meloyakan keluar dari tekak ni.geli ke.tunggu ajelah ye camane 2 minggu lagi.

6) esok nak ajak best friends makan makan sikit.ingat nak buat roti jala dan kuah kari.

7) berjinak jinak bisnes t shirt muslimah.pasaran utama:pelajar unimas!

8) antara tujuan pulang ke terengganu nak makan durian.tapi excited aje lebih.bila tengok durian depan mata selera xde pulak.aku ke ni?aku ke????????

Tuesday, July 20, 2010

rofiq.companion.

makan2 di rumah sewa kami


dari kiri:suni (sibu),idah(papar),yong(tuaran),mastura(samarahan),izah(kelate),me
belakang: syu (kuching currently adelaide),kak pah(JB dulu brisbane)
duduk depan:jannah(KK)



my borneo friends.he he.bangsa brunei,bidayuh..kawan satu malaysia ni.

lebih dari itu..satu aqidah :)

Friday, July 16, 2010

friday.

heart.

one thing in common.

gloomy.

visitors at 2.30 pm.

pretending to smile.

hopefully they dont read this.

nothing wrong with them.

its me.

Thursday, July 15, 2010

dress as a muslimah

jubah 100% cotton





yang ni extra long.ada satu lagi warna biru tapi ada dalam bakul baju kotor plak.

yang ni jubah seluar.100% cotton


siap ada hoodie tapi xtaulah function dia ape


dah lama nak jual muslimah dress ni tapi since duk kuching cam xtau pasaran.semalam pergi masjid unimas jumpa students sana dan diorang tanya pasal tshirt muslimah.

so teruslah cakap mak saya memang jual tshirt ni.

semua baju di atas adalah collection peribadi.ho ho..

post ni jugak khas untuk anoi..anoi kalo berkenan cakap ler..banyak lagi style baju ni tapi so far ini aje yg ada kt kuching ni..sesiapa yang berkenan pun boleh nak beli.

hari ni bangun pagi cari semua baju ni dan amik gmbo...

Wednesday, July 14, 2010

Ramadhan

Ramadhan is approaching.Dah 2 syaaban harini.

Semoga waktu begini bukan lagi masa nak ganti puasa wajib tapi berpuasa sunat.Saya agak ralat jika diri mengganti puasa di saat saat akhir.Cukuplah saya selalu bertangguh dengan hal hal lain,hutang dengan Allah kena settle cepat2.

Teringat kata kata bonda tersayang dulu dulu yang masih berbekas di hati.

"ada makna ke ganti puasa lambat2?macam dok sudi je"

eheh.

Jika dipanjangkan umur,Ramadhan kali ini agak istimewa.Tahun pertama bagi kami selepas bernikah menyambut Ramadhan dan melaluinya.Ramadhan pada saya bulan sale untuk pahala dan menghapuskan dosa.Bulan untuk meminta.Mintalah apa sahaja.Bulan doa dimakbulkan.Bulan syurga.Bulan pesta ibadah.Bulan al quran.Bulan kembali kepada fitrah.Bulan nak jadi baby balik,nak suci daripada dosa dosa yang menimbun.

Oh tak sabarnya.Menghitung hari ni...teringat time kat melbourne..menjejak sang kekasih...Ramadhan ibarat kekasih yang boleh jumpa sekali aje dalam setahun.macam gitulah kot rasanya..persediaan dan perancangan kena ada.

Lagi special tahun ni ada teman bersama.Semoga kita saling menguatkan,bersama sama mengislahkan (memperbaikkan) diri di bulan ini.Kalau di melbourne mesti penuh dengan iftar setiap hari.Harapnya tahun ini kami berjaya buat iftar jugak walaupun jemputan tak seramai seperti di melbourne.hmm.Plan kena plan ni.

Ya Allah,sampaikan kami kepada Ramadhan..

taktau lagi nak guna perkataan apa untuk Ramadhan.bayangan saya untuk bulan ini seperti dunia dan seisinya hanya dipenuhi dengan pahala pahala...di mana mana..macam bumi dilimpahi salji...putih di mana mana...dan salji turun dan turun tidak berhenti memutihi bumi...dan saya mahu menjadi seperti budak kecil yang berlari lari bermain dengan salji.

it just beyond everything....

dilema

1)Sebenarnya cita cita paling ideal dan paling tinggi bagi seorang perempuan ialah "housewife".

"cita cita saya nak jadi housewife akak" kataku pada kakak M suatu ketika dulu.

"huih..terlalu tinggi cita cita itu..." (she is now doing phd) (mungkin phd terlalu senang padanya he he)

2)Indeed,she is right.totally right.

3)Dilema( eh ke delima ?)saya mahu berada di rumah,tidak mahu terlalu sibuk,kalau ada anak nanti mahu sendiri membesarkan anak tapi pada masa yang sama mahu juga sedikit wang hasil titik peluh sendiri.

4)Dont get me wrong.Perlu duit untuk keperluan(walau ade skit ler kemewahan ha ha)

5)Mungkin juga naluri perempuan yang kadang kadang (kdg2 aje) malu mahu meminta duit dari suami.hmmm

6)Bukankah material itu salah satu kekuatan ummah?camane nak pergi program besar di semenanjung nk beli tiket flight pun xde simpanan.

7)Bak kata Moon beli kereta la mar senang nak bergerak cari mad'u (suamiku jangan silap baca madu pulak seperti semalam he he)

8)Kalau nak kerja boleh memang boleh tapi kena balik semenanjung!!!!!!!!

9)Nak kerja dan balik semenanjung bermakna meninggalkan suami tersayang di kuching.

10)Ada terfikir mahu kembali ke melbourne buat master di swinburne.Dah tengok requirement eh dah lebih dari cukup ni tapi itulah biasiswa pulak mana nak cari.

11)Kesimpulannya bukan calang calang perempuan boleh pegang post suri rumah tangga sepenuh masa yang cemerlang.

tetiba confuse antara dilema dan delima .pape lah.

Monday, July 12, 2010

ahad

I left home yesterday for usrah at 9 am.baju tak berlipat,vacuum tak habis (tak sempat),dapur xtau la.

8.45 am pergi pasar jap beli barang dapur setelah dua hari makan nasi goreng aje.Pukul 9 am hantar suami balik rumah and I drove myself to rumah Kak Om (naqibah).

Sampai rumah Kak Om pukul 9.40 gitu.Makan makan dulu,sembang sembang pastu pukul 10.30 baru mula pengisiannya.

Pukul 12 gitu habis pengisian (sebenarnya revision sebab dekat melbourne silibus lagi terkedepan he he).

Main main dengan anak Kak Om umur 4 bulan.tak tahannya tengok baby.

Pukul 12.30 gitu bertolak balik rumah pastu suami call suruh belikan ayam dan bekas nak letak ayam.Kitaorang tak beli ayam dekat pasar kerana ragu ragu status halal so beli dekat kedai melayu.

Pastu masuk pasaraya nak beli bekas plastik letak ayam.Dah pergi usrah mestilah saya bawa handbag beso sikit nak letak buku nota,alquran dll.Pastu kena tahan tak boleh bawak masuk beg so kena letak dalam loker.Muka saya masa tu macam apa masalahnya nih!

Hek eleh masuk pasaraya tu belambak kot manusia bawak beg beso!!!bezanya saya pakai baju kurung and tudung 48 inci dan diorang pakai baju,seluar pendek dan ketat.I had enough of this la.

Dahla mar,baru balik usrah kot.ehehhehe.terkena.

Sampai rumah aih pintu pagar terbuka luas ni (saya memang malas buka pintu pagar).Suami buka pintu pastu masuk dalam umah tada!!

Satu rumah di vacuum nya,baju dilipatnya,dapur fuhh licin sinki kering,bilik beradu pun kemas pastu buka laci tudung2 saya yang bersepah pun tersusun rapi.Ikan,sotong yang beli kat pasar tadi dah disiang dibersih.

Memang kena ada award suami soleh la.Insyaallah syurga untuk abang.

Thursday, July 8, 2010

sakitnyaaaaaaaaaa

kali kedua.

pertama kali di melbourne.waktu yang sama.

reason serupa wadah lain tapi tujuan tetap sama.

jatuh susah nak bangun.

inilah dia masanya nak lari jauh jauh cari cinta Allah sahaja.

hmm

Thursday, July 1, 2010

lompat


so you think you can jump.




job description

cukuplah demam kura kura 3 hari.sudah berakhir sudah.

things to be done:

-mop lantai.vacuum tak cukup pulak.ada cam tahi kering lipas ke ape cicak ke kat lantai.so far takde trace tikus lagi.

-basuh cadar.mesin yang basuh maksud saya.

-gosok baju!siannya EKN (E for encik) gosok baju selai sehari tiap tiap pagi sebabnya sian saya demam taknak susahkan.

-masak lunch cam biase lah.demam ke tak demam ke kerja satu ni compulsory.ada request dari EKN untuk lunch harini,nak menu yang ada santan.

esok mak nak datang sini.lawak lah PM( p untuk puan) dan EKN bincang menu sepanjang 4 hari mak kat sini.kitorg memang takde topik yang hangat selain makanan agaknya.tapi memang penting pun untuk estimation kan.nanti gi pasar takde terkebil2 nak beli apa nanti end up membazir.

so menunya:

jumaat: sup tulang
sabtu:gulai terung (ke korang panggil ape?)
ahad n isnin tak bincang pulak.

maknanya esok pagi kena mandi awal gi pasar beli daun sup,potatoes,and terung.oh mungkin tak.EKN boleh pergi singgah pasar jap before balik nk solat jumaat.big grin.

oklah.inilah kerja suri rumah tangga.siapa yang tak berkenan kerja camni sebulan before grad,cari la kerja.