Friday, October 30, 2009

is this for real?

the uni i went to get a degree

my favourite lecture theatre


30.10.2009


I finished class today at 9 am and if I pass this semester , Cheng's class will be my final class of undergrad life. I cant believed myself the 12 weeks of hectic life is about to finish, still got another lab notebook to submit tho.

For now I am okay but not too good.Swot Vac (study week) starts next week and then examinations period and like any previous semesters, it is never easy for me to pass the subjects.

Praying hard people,let us together.

Tuesday, October 27, 2009

awak tahu,satu perasaan yang boleh menghantui saya siang dan malam?

guilty.

Monday, October 26, 2009

i want a diary now

what left now:

(jika panjang umur dan masih lagi bernafas)

29/10 : poster presentation (orang lain la present,malas i pls pls)
30/10: plant lab report
2/11 : biochem lab report

exams:

12/11: neurochem, developmental biology (2 in a row dik,akak dah penin pk nih)
16/11: plant molecular biology and biotechnology
25/11: advances techniques in molecular science

11/12: result out! and abah & adin datang!!!

kalau result semua lulus (doakan ye rakan rakan):

17/12: convocation ceremony (depends on result tho)

24/12: pulang ke malaysia,selamat tinggal melbourne

19/1 : umur bertambah lagi

oh banyaknya tarikh!so,what date is missing now? *wink2*

Saturday, October 24, 2009

ianya tidak pernah lewat

Weekend terakhir sebelum menamatkan semester akhir ini.Masih ada 2 presentations berbaki,satu lab report dan satu summary presentation.Semua belum dibereskan lagi,masih ada slide yang perlu diedit,summary yang belum disentuh walaupun isnin ini kena hantar,presentation khamis ini juga belum dihadam.Lab report untuk dihantar pada hari terakhir sebagai pelajar undergrad(semoga) iaitu jumaat depan masih belum dilihat.

Mahu stay up malam ni kerana esok subuh berseorangan,teman berjemaah tiada.Aku kebiasaannya ambil peluang untuk stay up bila mana tidak solat ataupun tiada teman berjemaah solat subuh.Bukan apa,kalau by pukul 4 pagi masih tak tidur,aku akan tunggu subuh terus.Masuk aje subuh terus solat dan terus tidur.Kalau ada teman berjemaah,masa untuk subuh agak lambat sedikit.Pukul 6 gitu baru boleh tidur.Ape2 la mar,asal gembira. He he.

Hari ini terasa panjang buatku,mungkin summer makin mendekat jadinya siang makin panjang.Hari ini aku sedikit lapang despite of kerja yang masih menimbun.Mungkin aku boleh mengagak sebenarnya kerja itu mampu dibuat dalam masa yang sekejap,yang penting fokus.Hari ini aku habiskan masa aku dengan membaca blog2 rakan2,yang kenal,tak kenal langsung,blog2 tokoh.Juga singgah tengok kawan2 lama di facebook,kawan2 satu kelas,lain kelas masa di SHAMS.

Pertamanya,aku bukanlah manusia yang layak untuk bercakap soal ini,tapi iman yang lemah ini masih lagi terkesan bila melihat kawan2 satu sekolah mula tidak bertudung ataupun sekejap pakai sekejap hilang.Aku mengakui terlalu banyak kesilapan lalu yang menghantui diri tapi hati ini masih lagi mampu sedih dan kecewa dengan kawan kawan yang mula entahlah taktau nak describe apa.

Aku juga muda,nak masuk 23 bulan january ni (ingat ni besday ni) aku amat dan sangat2 faham dengan selera dan rasa orang muda (ces budget ah mar).Aku juga pernah (atau selalu)tewas dengan hawa nafsu dan dunia.Dan aku amat yakin disebalik kesilapan kesilapan lalu dan juga masih banyak berbaki sekarang,Allah selalu ada di sisi untuk mengampuni dan menghapuskan segala dosa dosa itu.Dan aku sangat sangat yakin dengan sifat Allah yang Maha Pengampun.Sebab itu aku amat kecewa apabila melihat rakan seperjuangan yang seakan tahu kesilapan diri tapi terus terusan berada dalam belenggu itu.

Contohnya tentang isu tudung tadi,aku paham aje kenapa mereka kadang2 bukak kadang2 tutup.Dalam hal ini,perkara yang amat penting ialah iman dan ketegasan dengan diri sendiri.Memang benar iman mudah turun dan naik,iman amat mudah digoda oleh hasutan2 dunia tapi paling tidakpun,kita tahu limit sendiri.Kena degil dalam hal ni,kena jadi tegas,kena ada stand sendiri.Jangan impulsive.Dan sesungguhnya tiada siapapun boleh jamin kita tak buat hari ini bermaksud kita tak buat juga esok hari kerana syaitan akan tanpa penat dan jemu untuk memperdayakan kita.

Ya Allah,kuatkanlah iman kami.

Friday, October 23, 2009

they say melbourne model


Stay tune sampai akhir ayat,ini bukan post nak bangga diri :)

Teringat masa buat preparation di Intec selama setahun setengah.Dari awal sehinggalah akhir semester aku obsess dengan Melbourne uni.Memang awal2 lagi dah target nak masuk Melbourne uni dan tengok requirement untuk masuk sana.Kenapa Melbourne?sebab pada tahun tu iaitu 2005 Melbourne uni ranking no 1 di Australia dan no 19 in the world.Pendek cerita,aku pilih Melbourne uni sebab it is one prestigious uni.

Alhamdulillah,mimpi aku menjadi kenyataan.Tapi sekarang ranking dah jatuh dah,tak silap 35 ke 36 in the world.

Kalau balik Malaysia, macik2 tanya belajar kat masa ataupun budak2 sekolah tanya akak belajar kat mana,bila jawab melbourne mungkin diorang tak tau pun kat mana,maksudnya tau la luar negara,tapi taktau specifically negara mana.Tapi bila jawab akak belajar kat Australia...adik2 sekolah pun...waaa...bijok ngak (bijaknya).

Kalau kat Melbourne pulak,bila pacik2 dekat victoria market,atau driver taxi tanya awak belajar kat mana,bila jawab Melbourne uni,semua macam fuhhh..you must be a smart girl.hmm..taktau la betol ke tak tapi bagi locals ni Melbourne Uni bukan calang2 orang bleh masuk.Analoginya,macam budak spm straight A aje yang macam layak masuk ni.Kalau ada B pun,EST aje. Yang lain kena score.

eh,ni bukan post nak bangga diri,baca sampai habis.

Tapi kan seriously aku mengaku Melbourne uni ni ada aura tersendiri.Tak reti nak cakap aura amende tapi aura la.Lagi2 jalan2 tepi swaston st tu..wah..hebat bangat uni aku ni.Dan aku mengaku aje aku lebih menumpang nama kehebatan uni ni,nanti balik interview kerja mesti interviewer tak caya aku ni belajar melb uni,macam taktau pape je.Buat malu aje.

Semalam aku ada lab plant.Before mula eksperiment,lecturer pergi depan nak explain pasal size of DNA.

"so,when 1129 minus 114 kb equals to?"

senyap

"how big is that?"

senyap

"guys!!!come on! 1129 minus 114 kb.so,this is third year student?of melbourne uni?come on guys"

students: sengeh2 sesama sendiri termasuk la aku.

hebat beno student melb uni ni. :)

Wednesday, October 21, 2009

mencari semut hitam

jeng jeng (bunyi sms he he)

"wtpe?tadi gi surau,ada tabligh"

reply:

"stadi ler.tabligh?diorang buat apa?wah hebat nya networking diorang eh"

reply:

"ada program dkt surau,diorang ajak gi prog diorang..ada qiam"

reply:

"oh ye ke?qiam tu pergila.tabligh ke?

reply:

"la..bkpe?xleh ke?"

reply:

"pergila qiam tu..takut gok tabligh ni eh..he he"

reply:

"nape?tak kesoh la selagi kita buat ikut agama,no hal lah"

reply:

"aah ek.yang penting ikhlas.apa2pun sebab Allah,kalau sebab perkara lain,buat la amal canne2 pun,kalau sebab perkara lain,Allah x terima"


****

Tidak mahu sentuh soal tabligh kerana aku taktau pasal fikrah diorg tapi yang aku pernah tau Hassan al Banna pernah kata mereka sebahagian daripada kami (kami merujuk kepada ikhwanul muslimin, sebenarnya aku lagi suka dengan pendekatan Hassan al Banna yang berhikmah bila ditanya tentang tabligh)

aku terkesan dengan soal ikhlas..

ikhlas itu seperti semut hitam di atas kayu hitam di tengah pekat malam..

teringat kisah korban pada hari raya aidiladha..

kerana yang sampai kepada Allah bukanlah daging korban itu tetapi taqwa.keikhlasan itu.

mencapai qolbun salim..hati yang benar2 suci,benar2 mulia,benar2 ikhlas...

jauh.fullstop.

Monday, October 19, 2009

doa

Perasan tak,setiap keinginan kita Allah akan bagi dengan syarat kita bersungguh sungguh.

Sebenarnya dengan kemahuan yang tinggi atas setiap sesuatu itu,insyaallah Dia akan bagi.Sungguh sungguh itu bukan bermaksud berhempas pulas,usaha bagai nak rak baru dapat.Bersungguh sungguh itu cukup sekadar berdoa.Jangan lupa,doa itu senjata terkuat orang islam.

Bila tengok balik apa yang Allah dah bagi dalam hidup ini,setiap impian yang seringkali menjadi realiti,aku terfikir di mana sebenarnya usaha aku.Beberapa hari lepas,aku sedikit tertekan dengan kerja kerja belajar.Sudah usaha setakat yang mampu,sudah fikir macamana nak siapkan tapi masih lagi stuck.Terlupa seketika aku mempunyai senjata untuk berdoa.Ya Allah permudahkanlah apa yang susah,berilah aku kekuatan akal fikiran untuk menyelesaikan apa yang aku tidak tahu, apa yang tidak terfikir oleh akalku.Aku panjangkan lagi doa itu dengan menyuruh mak turut sekali berdoa,semoga tiada hijab doa ibuku.

Bila aku sebut sekadar doa,ianya bukan bermaksud hanya berdoa untuk keputusan akhir.Ianya lebih kepada usaha dan kekuatan di pertengahan itu.Bukan sekadar berdoa untuk syurga,tetapi berdoa supaya kita berusaha ke arah itu.Aku tak tahu orang lain,tapi kalau aku sendiri bila sahaja aku berdoa untuk satu satu keinginan,usaha dan kesungguhan itu datang seiring dengan doa.Masakan tidak sekurang kurangnya 5 kali sehari (lepas solat) kita berdoa,kita ulang ulang apa yang kita inginkan,kesungguhan dan usaha itu datang tanpa kita sedarpun.

Jadinya,bukan soal kita mampu atau tidak,bukan soal kita layak atau tidak.

Tetapi soal mahu atau tidak.

Sungguh sungguh atau tidak.

Doa atau tidak.


erm..boleh la kan aku sambung masters pasni,mampu tak mampu bukan soalnya. :)

Sunday, October 18, 2009

kata Umar

I am one big fan of Umar Al-Khattab.

Aku suka kata kata Umar.

Inspirasi Umar:

"Aku mengamati semua sahabat, dan tidak menemukan sahabat yang lebih baik daripada menjaga lidah. Aku memikirkan tentang semua pakaian, tapi tidak menemukan pakaian yang lebih baik dari pada takwa. Aku merenungkan segala jenis amal baik, namun tidak dapat yang lebih baik dari pada memberi nasihat yang baik. Aku mencari segala bentuk rezki, tapi tidak menemukan rezki yang lebih baik daripada sabar "

(Khalifah umar)

sahabat terbaik yang menjaga lidah,pakaian terbaik ialah taqwa,amal terbaik ialah berpesan2 ke arah kebaikan dan rezeki terbaik adalah sabar.

"rezeki terbaik itu adalah sabar"

enough said.