Weekend terakhir sebelum menamatkan semester akhir ini.Masih ada 2 presentations berbaki,satu lab report dan satu summary presentation.Semua belum dibereskan lagi,masih ada slide yang perlu diedit,summary yang belum disentuh walaupun isnin ini kena hantar,presentation khamis ini juga belum dihadam.Lab report untuk dihantar pada hari terakhir sebagai pelajar undergrad(semoga) iaitu jumaat depan masih belum dilihat.
Mahu stay up malam ni kerana esok subuh berseorangan,teman berjemaah tiada.Aku kebiasaannya ambil peluang untuk stay up bila mana tidak solat ataupun tiada teman berjemaah solat subuh.Bukan apa,kalau by pukul 4 pagi masih tak tidur,aku akan tunggu subuh terus.Masuk aje subuh terus solat dan terus tidur.Kalau ada teman berjemaah,masa untuk subuh agak lambat sedikit.Pukul 6 gitu baru boleh tidur.Ape2 la mar,asal gembira. He he.
Hari ini terasa panjang buatku,mungkin summer makin mendekat jadinya siang makin panjang.Hari ini aku sedikit lapang despite of kerja yang masih menimbun.Mungkin aku boleh mengagak sebenarnya kerja itu mampu dibuat dalam masa yang sekejap,yang penting fokus.Hari ini aku habiskan masa aku dengan membaca blog2 rakan2,yang kenal,tak kenal langsung,blog2 tokoh.Juga singgah tengok kawan2 lama di facebook,kawan2 satu kelas,lain kelas masa di SHAMS.
Pertamanya,aku bukanlah manusia yang layak untuk bercakap soal ini,tapi iman yang lemah ini masih lagi terkesan bila melihat kawan2 satu sekolah mula tidak bertudung ataupun sekejap pakai sekejap hilang.Aku mengakui terlalu banyak kesilapan lalu yang menghantui diri tapi hati ini masih lagi mampu sedih dan kecewa dengan kawan kawan yang mula entahlah taktau nak describe apa.
Aku juga muda,nak masuk 23 bulan january ni (ingat ni besday ni) aku amat dan sangat2 faham dengan selera dan rasa orang muda (ces budget ah mar).Aku juga pernah (atau selalu)tewas dengan hawa nafsu dan dunia.Dan aku amat yakin disebalik kesilapan kesilapan lalu dan juga masih banyak berbaki sekarang,Allah selalu ada di sisi untuk mengampuni dan menghapuskan segala dosa dosa itu.Dan aku sangat sangat yakin dengan sifat Allah yang Maha Pengampun.Sebab itu aku amat kecewa apabila melihat rakan seperjuangan yang seakan tahu kesilapan diri tapi terus terusan berada dalam belenggu itu.
Contohnya tentang isu tudung tadi,aku paham aje kenapa mereka kadang2 bukak kadang2 tutup.Dalam hal ini,perkara yang amat penting ialah iman dan ketegasan dengan diri sendiri.Memang benar iman mudah turun dan naik,iman amat mudah digoda oleh hasutan2 dunia tapi paling tidakpun,kita tahu limit sendiri.Kena degil dalam hal ni,kena jadi tegas,kena ada stand sendiri.Jangan impulsive.Dan sesungguhnya tiada siapapun boleh jamin kita tak buat hari ini bermaksud kita tak buat juga esok hari kerana syaitan akan tanpa penat dan jemu untuk memperdayakan kita.
Ya Allah,kuatkanlah iman kami.
No comments:
Post a Comment