Monday, October 19, 2009

doa

Perasan tak,setiap keinginan kita Allah akan bagi dengan syarat kita bersungguh sungguh.

Sebenarnya dengan kemahuan yang tinggi atas setiap sesuatu itu,insyaallah Dia akan bagi.Sungguh sungguh itu bukan bermaksud berhempas pulas,usaha bagai nak rak baru dapat.Bersungguh sungguh itu cukup sekadar berdoa.Jangan lupa,doa itu senjata terkuat orang islam.

Bila tengok balik apa yang Allah dah bagi dalam hidup ini,setiap impian yang seringkali menjadi realiti,aku terfikir di mana sebenarnya usaha aku.Beberapa hari lepas,aku sedikit tertekan dengan kerja kerja belajar.Sudah usaha setakat yang mampu,sudah fikir macamana nak siapkan tapi masih lagi stuck.Terlupa seketika aku mempunyai senjata untuk berdoa.Ya Allah permudahkanlah apa yang susah,berilah aku kekuatan akal fikiran untuk menyelesaikan apa yang aku tidak tahu, apa yang tidak terfikir oleh akalku.Aku panjangkan lagi doa itu dengan menyuruh mak turut sekali berdoa,semoga tiada hijab doa ibuku.

Bila aku sebut sekadar doa,ianya bukan bermaksud hanya berdoa untuk keputusan akhir.Ianya lebih kepada usaha dan kekuatan di pertengahan itu.Bukan sekadar berdoa untuk syurga,tetapi berdoa supaya kita berusaha ke arah itu.Aku tak tahu orang lain,tapi kalau aku sendiri bila sahaja aku berdoa untuk satu satu keinginan,usaha dan kesungguhan itu datang seiring dengan doa.Masakan tidak sekurang kurangnya 5 kali sehari (lepas solat) kita berdoa,kita ulang ulang apa yang kita inginkan,kesungguhan dan usaha itu datang tanpa kita sedarpun.

Jadinya,bukan soal kita mampu atau tidak,bukan soal kita layak atau tidak.

Tetapi soal mahu atau tidak.

Sungguh sungguh atau tidak.

Doa atau tidak.


erm..boleh la kan aku sambung masters pasni,mampu tak mampu bukan soalnya. :)

1 comment:

V ^_^ v said...

ye mar sambunglh!!!!!

senyuuuuum! =)

^_^