Masa untuk balik Kuching.Badan semakin tidak fit dan rasa sangat tidak selesa.Restless on and off.Sehari sebelum(atau beberapa hari lupa) balik kuching aku terjatuh semasa keluar dari bilik air.Memang betul2 tulang pinggul menghentak lantai.Memang nangis la selepas jatuh tu,sakit campur risau dengan baby kat dalam sebab sangat2 awal apa apa boleh jadi.
Perut mula berangin dan silap makan sikit memang terus muntah dan lembik.Di tambah dengan painful headache.Rasanya sebab banyak sangat gas dalam badan.
Balik kuching sorang diri naik flight,tak kuasa dah nak heret laptop naik flight tinggal dekat rumah aje.Jalan sikit berhenti duduk rehat,jalan rehat jalan rehat.Memang penat,muka pucat dan serabai habis.
Sampai Kuching lusanya dah puasa.Memang tak boleh puasa,gas banyak sangat kalau tak makan naik angin dan lembik dan nanti muntah.Satu lagi aktiviti masak memasak sangatlah minimum.Banyaknya hubby yang masak dan aku beri arahan aje.Sepanjang hari berbaring aje dan mulut ni kerjanya nak mengaduh aje (huhu ke mengeluh).Semua benda tak buat!mandi pun terpaksa.
Selera makan turun dengan mendadak.Tengok nasi putih rasa loya,tengok ayam,ikan semua lauk rasa loya,memang tak boleh telan.Deria bau jadi sangat sensitif.Tak boleh bau sabun,bau dapur,bau minyak rambut suami,perfume suami,bedak dan macam macam lagi la.Semua benda macam ada bau yang meloyakan.Sudahnya baring dan tidur.Semua benda menyerabutkan hati sanubari ni.Yang paling kelakar bila tengok tv rasa pening.adoi.
Hujung minggu tu aku agak panic bila bangun pagi ada spotting keluar.Walaupun bukan bleeding rasa agak risau then pergi jumpa doktor.Doktor relaks aje dan doktor kata normal ada spotting in early pregnancy.Kali ini scan lagi dan dapat tengok rumah baby dan dah nampak skit heartbeat nya walaupun tak clear.Subhanallah walhamdulillah.
3 comments:
:))))))))))))))))))))))))))))))))
muna,rindu awk.i shout dkt blog u.u x reply pun.x cukup sopan ke shout i.haha
alahai mummy.. i pun rindu kat u..i dah reply dah hahahaa
takde mood nak blog.. skrg tgh 'busy' tulis thesis.. project sangat slow jugak..
Post a Comment