Thursday, June 17, 2010
alkisah
encik suami cuti 5 hari (2 hari weekends+3 hari cuti).
kami ada satu hobi yang sama iaitu makan.kerja kami 5 hari itu ialah masak dan makan.bayangkan 1 minggu kami berdua boleh habiskan 1 tray telur ayam.buat apa dengan telur2 tu?puding buih,puding karamel,puding roti.
setiap hari ada sahaja idea yang nak dimasak.kalau orang lain pergi jalan2 tengok alam ke,gi pantai ke,gi muzium sarawak ke (dengar cerita muzium tu best),taman buaya ke,tapi kami lain pulak cerita.jalan2 pergi pasar,jalan2 gi groceries compare2 harga,jalan2 gi cari ketam tepi jalan la,gi shopping mall gi tengok barang dapur,survey2 harga oven la,pinggan mangkuk la.
encik suami cuti saya masak special sket..masak nasi minyak dan sup tulang.special pasal apa?sebab ada pembantu kat dapur.sambil masak sambil keluar arahan:ok,amik kicap jap,amik sos jap,amik itu ini.yang lagi best sinki selalu kosong dan bersih.haha...kalau sorang2 masak saya cuba sedaya upaya memaksimumkan kekotoran di dapur dan apa2 memerlukan cucian selepas itu.
selain masak sendiri kami selalu termakan di kedai2..haha..boring duk rumah punya pasal pergi jalan2 dekat mall..nampak sushi king aje,sengih2 antara satu sama lain,tup2 dah kat dalam kedai sushi..amik makan..adoi..boleh pulak tengah makan sushi terbayang2 nandos..since kuching takde nandos kitaorang tetiba nak makan kenny rogers pulak.tak semena mena kaki melangkah pergi kenny rogers.huhu.makan lagi.keluar kenny rogers ayat last suami "seb baek ler kuching xde nandos,kalo ade xtau ler gane"
semalam xtau nak g mana so kami keluar jalan2 pergi city dekat waterfront..amik gmbo sekeping dua seperti di atas..gmbo x lawo sebab handphonenya camera je..duit x cukup la nk beli camera..he he..jalan2 situ nampak kedai kebab pastu beli kebab pulak..adeh..
pastu odw balik singgah beli roti jap nanti dinner bleh makan dengan sup tulang lunch tadi..makan lagi..
akhirnya,encik suami bersuara:
"apa kata kita kurangkan makan so that duit kita bleh simpan untuk beli camera"
ngeh.ngeh.
so hari ni dapur bercuti,perut pun rehat jap.sempena bulan rejab ni meh kita berpuasa meh.
tata.
(terpk nk masak mee bandung weekend ni kalo suami x outstation kehkeh)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment