Sudah lama tidak menulis.Kata orang bila menulis mesti dari hati baru orang lain baca sampai ke hati.Kalau menulis main tangkap muat je,takut tulisan sia sia.Bercakap soal hati,aku terfikir tentang hati sendiri.Setakat 22 tahun ini,yang aku tahu aku mempunyai sekeping hati yang keras tapi sensitif juga.Aku kata hati aku keras kerana aku tidak mudah merajuk,tidak terkesan sangat dengan orang dan keadaan di sekeliling aku dan aku juga tak suka layan sesiapa yang merajuk.Tapi keras tidak bermaksud kuat,ini aku amat akui.Keras tapi rapuh buat apa.Keras macam kaca tapi bila jatuh berderai.
Aku juga sensitif.Ada orang tegur kesalahan sikit aku mudah terasa tapi aku buat tak kesah je,tak tunjuk pun aku terasa.Nanti bila nak tidur,setiap teguran dan kritikan orang lain aku muhasabah balik.Kalau betul aku yang salah,aku akui.Kalau betul aku tak salah,dia lah yang salah.
Kalau ikut personality research,setiap orang ada dia punya dark side di mana orang ni akan sensitif dan tak suka bila orang lain tegur kelakuan dia.Untuk improve diri,setiap orang kena cuba turunkan level dark side tu.Tiada cara lain nak turunkan level tu melainkan ada orang yang mengkritik kita.Bila orang kritik kita (untuk positif la),kita akan tahu kekurangan diri dan kita bersedia berubah.Berubah,itu paling penting.
Bila dah macam besar sikit sekarang,aku semakin terbuka terima kritikan orang.Dulu,masa sekolah orang tegur sikit,aku asyik nak lawan.Nak lawan jugak aku betul.Bila dah dewasa sikit ni,baru aku sedar teguran dan kritikan dari orang lain amat amat aku perlukan.Dan sementara bujang ni,ibu aku adalah pengkritik setia aku.Kadang kadang sedih dikritik,sedih tu sebenarnya emosi semata mata.Sejam lepas tu,bila emosi dah stabil,memang tepat pun kritikan emak aku.Emak aku ni agak perfectionist orangnya,tak kena dengan mata dia,dia tegur.Emak selalu kata anak emak,suka hati la nak tegur,takkan dengan anak sendiri takut nak tegur.he he.Bila dia tengok aku pakai baju ketat sikit,dia tegur direct,time tu juga kena tukar baju.
Aku tahu hati aku keras tapi amat rapuh.Tiada lain aku minta dari Allah supaya menganugerahi aku hati yang lembut tapi tegar,kuat,tidak rapuh,tidak mengeluh dengan perkara yang remeh.Hati yang tak memberontak,hati yang tak sombong,hati yang selalu merendah diri dan yang paling penting hati yang bersih.Orang kata kalau nak hati bersih kena ikhlas dan sabar.
Sabar bukan sikit sabar tapi secantik cantik kesabaran.Sabar yang paling cantik.Amin.
No comments:
Post a Comment