Thursday, October 28, 2010

a vacation-3

17 minggu.

alhamdulillah semuanya nampak sempurna walaupun tak clear dengan detailnya.boleh nampak kepala,jantung yang masyallah sedang berdenyut dengan sihatnya.umi dan abah boleh dengar degupan jantung baby!boleh nampak perut,tangan,kaki.yang paling best baby tunjuk jari jemarinya dengan jelas sekali!5 jari yang tirus sedang melambai lambai!...arghh...umi rasa nak lompat lompat bila tengok dengan jelas 5 jari yang sempurna tu!subhanallah walhamdulillah..

yang paling menarik?umi dan abah boleh nampak dengan jelasnya baby boy ke girl..heheh.

semalam masa nak baring2,umi rasa satu tendangan dari dalam.gembiranya hanya Allah yang tahu...tapi sekali aje..sampai tertidur umi suruh baby tendang lagi tapi malu2 pulak.

anyway,baby kecil lagi.tendang banyak kali pun umi takleh rasa lagi.

apa apapun,semoga Allah memudahkan segala urusan kami.semoga baby sihat sempurna dan dalam lindungan Allah selalu.amin.amin.

Monday, October 25, 2010

kisah mereka

they have another story to tell

Hujung minggu kami berdua meriah dengan makanan,rezeki daripada Allah. Melihat gambar di atas, hati menangis menyesali segala kekufuran nikmat yang amat sangat banyaknya daripada Ilahi.

Hari ini hari gaji,gaji pertama.Melihat pada angka akaun bank yang semakin bertambah setelah sekian lama,ada rasa lega di situ.Syukur pada Ilahi.Teringat hutang yang berbaki.Cita cita mahu ke tanah suci.

Menyoroti tentang berkat teringat aku pada kata seseorang: "berkat itu bila kita ada sedikit tapi hasilnya banyak, analoginya bila kita belanja duit rm50 kita boleh beli 10 jenis barang berbanding duit rm500 kita hanya dapat beli 1 barang"

Bila bekerja, aku dapat menyaksikan dengan mata kepala sendiri betapa manusia sangat menghambakan diri pada wang.Betapa manusia sangat tamak,rasa tak cukup dan terburu buru.Asal ada elaun,gembira melompat lompat.

Semoga Allah melindungi kami dari kekufuran nikmat, jauhkanlah kami dari perasaan bahagia dengan kekayaan dunia.Hindarilah kami dari segala jenis pembaziran.

Teringat ingat kini pada segala rezeki yang ada dalam peti sejuk yang menunggu masa untuk dibuang jika tidak dimakan.


Thursday, October 21, 2010

swimming pool



umi sedang berangan nak beli swimming pool satu untuk baby.first time tengok gambar ni,terus excited.harga ,mestilah beratus gak ni.hehe.pertama kali bagitau abah nak beli ni,abah macam takleh imagine canne nk letak baby dalam swimming pool.bahayala itulah inilah.yang lagi best abah kata bukan baby nak berenang,umi kot yang nk join swimming skali.

tapi bila abah tengok gambar ni,muka terus jadi lain.dia pun macam berminat nak join swimming sekali!adoi bebudak sekarang,macam2 ada.time umi kecik2 dulu,umi main tepi sawah aje!

nak cari gak swimming pool ni!!

nok balikk 2

telefon mak semalam and mak cerita kisah adik bongsu kami ikmal,5 dan si abg, imam,8.

dua beradik yang berbeza perangai tapi bestfriend!

si ikmal dah pandai mengaji dan suka berusaha lebih mengaji dengan mak.di suruh solat,dia taat.

si imam dah 8 tahun selayaknya dah pandai mengaji tapi kat kelas iqra' jela mengaji.di suruh solat,menghilang sekejap bila tanya solat tak lagi," smayng dohh!"

semalam si adik tetiba mengadu pada mak perihal si abang yang malas solat.

"eh imang ni,dok takut neraka ke,xmo smayang ni?"

"imang kekgi masuk neraka la kalu dok smayang!"

***

ayya,rindunye...

last time balik raya kat kampung bila aku tidur di rumah mertua,ikmal kata:

"laa..adik ingat kak ma balik ostolia doh!"

nok balikk

salam to all.

baru pukul 7.56 pagi.badan rasa tak sihat.rasa nak tido kat surau.

i miss home.rindu nak balik kampung.T_T.

menyedari kini, i'm so attached with terengganu,with family,my parents,siblings,the food.

nak kerja kat terengganu,tiap2 petang bleh singgah umah,weekend2 masa bersama keluarga,raya ada kat kampung,orang kawen boleh attend.

hubby,kita bagi masa lagi 2 tahun ye.nak balik ler!

semalam i makan tom yam manis!!!!letak gula ke dalam tom yam tu!!i hate eating out in kuching!

ok,keciknye problem i.

Monday, October 18, 2010

monday morning

1)kerja: semester sudah dipenghujung,minggu ni study week,apa2pun kerja tetap ada.meeting,meeting,kertas kerja,presentation dan meeting lagi.

2)raya haji: tak dapat balik terengganu..cuti boleh apply sehari je,insyaallah duit gaji pertama nak korban satu bahagian lembu...lagi2 dekat kuching ni harga sekilo daging lembu mencecah rm40..kt sarawak ni locals makan daging import,daging lembu segar dari ladang mahal dan susah nak dapat..so,sesuai sgt dengan raya haji nanti..baru rasa makan daging segar ..lagi2 untuk yang tak mampu..

3)masih dalam delima nak beranak kat mana..adoi..kuching ke KT..kalau kuching lagi prefer private hospital (hehe aku kurang yakin dengan hospital kerajaan kuching ni),kalau KT tak kesah sangat hospital kerajaan.apa2 pun,memang seakan best di hospital swasta,tapi duit terbang tak ingatlah.

4)semalam survey2 barang2 baby..boleh tahan harga semua barang..mmg mencecah ribu2 ler..breast pump aje hampir rm600 (yg cikai2 je ni)..mmg kena buat research la...dahla aku ni jenis beli yang mahal takpe asal berkualiti..yela,nak beranak banyak kali ni..heheh

5)sekarang ramai pulak yang menambah ahli keluarga ye..bukan anak sulung ni..anak nombor 2...haih,tak sabo pulak nak beranak no 2 ni...hahahha...yg first tak lepas gi...apa2pun,sukelah tgk anak orang berpasang2 ni..best2

6)semalam kitaorang pergi tengok crocodile..takde kerja weekend pergi jalan2...kat sana siap ada pameran tunjuk gmbo buaya makan orang la..bedah buaya dalam tu ada budak la..hari ni tetiba rasa tak sedap badan...huhu...ni pasal tgk mende2 ngarut gitu kot semalam...istighfar2...ingat Allah banyak2..lindungilah kami..

7)tengah fikir nak cuti bersalin bila..kalu nk bersalin dekat ganu kena balik sebulan awal sbb kalau lambat2 takleh naik flight dh..tapi mana nak dapat cuti banyak2..

8)masih menunggu tiket ke singapore yang murah2...adoi anoi mahalnye tiket!!!!sebab time tu cuti skolah...anoi syg,kalo i tak dapat datang on the date,i ganti dengan hari lain ok?nak sgt2 datang tapi itulah sampai beribu2 ni..

9)apa lagi ye...seriously tak sedap badan..

Wednesday, October 13, 2010

a discovery

kawan kawan sekerja tengah sibuk nak add fb masing masing.diorang semua cam dh jadi fb friends kecuali saya( kami bertiga aje perempuan).

saya dengan berbesar hati tanya "takde pun korang add saya.."

diorang jawab apa?

"sebab kamu dah puan"

oh yeahhhhh...i like to be the only puan in the office.

memang ada perbezaannya..heheh.

ok gak kawen dulu before kerja bagi perempuan ni..hati memang terjaga la,takde nak perasan sana,perasan sini.hehehe.kalo ada gathering ke,games ke,boleh heret suami skali.lebih baik begitu kan.

mode :rindu

is missing our little one inside of me.

penat2 dekat ofis bila teringat someone is growing up in my womb,the feeling is totally different.

semoga Allah memberi kesihatan yang baik buat anak kami,kesempurnaan pancaindera dan anggota,kesejahteraan di dunia dan akhirat,kesempurnaan iman dan islam,bakal menjadi anak soleh/solehah.

tak sabar nak melihat anak umi.kalo ada masa nak g scan la skali dekat private clinic.

lagi tak sabar penantian lagi 5 bulan nak tunggu anak umi keluar ni.

nanti lagi 2,3 minggu bleh rasa anak umi main tendang2 ni.best best.

baru paham apa maksud sejuk perut mak yang mengandungkan kamu..

mmg rasa perasaan yang berbeza bila nak jadi ibu ni...Ya Allah lindungilah kami.

Sunday, October 3, 2010

first day

1)officially a tutor at pusat pengajian pra unimas(pppu).

2)nama aje tutor tapi kerja sama macam lecturer(run lectures,tute,lab,pbl,mentoring).gaji aje yang membezakan.tutor sebab ada degree,lecturer sebab diorang ada master degree.

3)pppu baru ditubuhkan tahun ni,so kitaorang 13 orang (lecturers and tutors) ni pioneer batch la.

4)actually kan,bila kita dah bekerja,tak boleh lebih2 cerita pasal jabatan/company (mine unimas) apatah lagi mengutuk2 jabatan,bos,other stuffs.so apa2 yang tak puas hati baik disimpan saja atau dibincangkan dalam jabatan.orang luar takleh tau.lebih tepat,kerja ini adalah amanah,menjadi amanah setiap pekerja menjaga nama baik jabatan/company sendiri.amanah sangatlah berat jangan main main.

5)sekarang baru kutahu kenapa lecturer/tutor tak boleh berhenti setakat degree/master degree aje.the pressure or the inspiration to go to the next level is always there.iyelah kebanyakan kawan sekerja satu jabatan ialah prof,dr,prof madya..adoi tercabar.

6)tetiba risau bos ataupun kawan lain jumpa blog ni.he he.