Friday, March 26, 2010

:)

termalu sendiri bila mengaku sebagai "full time housewife"..sbenarnya banyak kerja rumah yang saya tak buat...hoho..

1)selepas saya masak dan makan ada orang basuhkan pinggan dan periuk..siap tolong lapkan dapur..

2)tak pernah basuh baju sendiri since duk kuching..ada orang tolong basuhkan baju (erkk..guna mesin la ..)..tak pernah jemurkan baju..angkat baju pun baru sekali..hikhik

3)selalu jadi co-driver..jarang sgt drive kat sini

4)apa lagi ye..ha..melayan kerenah daku yang asik nak makan aje..sikit2 nk pergi SR..SR..SR..


Thank you Allah for giving me such a wonderful husband.Syukurkah aku?Am I a great wife to him?

Friday, March 19, 2010

kite berbeza tapi serupa

Pagi tadi buka oasis astro ada 2 slot yang menarik.Kisah muslim di US dan slot bersama Aagym,pendakwah terkenal Indonesia.Terkesan dgn kenyataan seorang revert muslim tentang perbezaan sesama muslim.Katanya,semua orang berbeza (fitrah),mempunyai pendapat berbeza,pandangan berbeza tapi jangan sampai melampaui batas kerana ketiga itu adalah syaitan.

Slot bersama Aagym bertajuk "beda itu indah".Beliau beri beberapa tips untuk menghadapi perbezaan supaya tidak sampai jadi gaduh!

1)Pandanglah dan carilah kebaikan pada manusia,bukan keburukan.Hatimu kan tenang.

2)Selalu mencari keburukan diri dan perbaiki!bukan orang lain yang perlu diubah dulu tetapi kamu.

3)Carilah persamaan terlebih dahulu.

Suka ayat dari Aagym :

"aku baca qunut,kamu tidak baca qunut tapi kita sama sama sembahyang.aku indonesia,kamu malaysia tapi kita sama sama penduduk bumi ini"

Thursday, March 18, 2010

nakkk

Gila memasak lately.Mood nk masak boleh datang secara tiba tiba dan mendadak.Sentiasa ada pencuci mulut pada waktu petang.

For lunch masak lauk dan nasi at 11 am.Husband balik makan pukul 12.30 thari(tanpa gagal tiap tiap hari).

For dinner tak masak nasi.I make it varies : mee sup,mee goreng,apa sahaja saya teringin makan(bukan suami teringin he he tapi dia makan lagi banyaaakkk)

And now terasa nak baking sesangat.Cakap dekat husband and straight face from him -_-

hmmm..hmmm

is craving for homemade bread....phew

Wednesday, March 17, 2010

it matters now

I think its time to have it a go.I have to start this.This is my dream.I have this..hmmm...whenever i want something so badly,I put into my doa list and I will say it over and over again after solat.And everything starts from there.Nothing matters to me until it becomes part of my doa every single day.

Funny tho..I want this for so long..I have been scared to dream but I found my way now.I even scared to ask this from Allah..naive me.

May Allah show the way.I have to get serious on this.

Another step to move.

Tuesday, March 16, 2010

rindu


I miss melbourne so badly

My love will lead me back to you

Tuesday, March 9, 2010

dari kuching

akhirnya menulis di sini..

alhamdulillah,kini berada di bandaraya Kuching mengikut suami bekerja di sini..sebelum ini di melbourne sekarang di kuching..rindu pada melbourne hanya Allah yang tahu..kini di kuching walaupun suasana berlainan realitinya tetap sama..mencari kedai makan yang benar2 halal serasanya lebih mudah di melbourne..katanya di sini pelayan diwajibkan pakai tudung dan songkok semata2 nk nampak kehalalan makanan tapi dekat dapur orang bukan islam yang masaknya..hanya Allah yang tahu..anyway,tak kisah sgt bab makanan..tiap2 hari masak..lagipun mmg tak kena selera dgn makanan di sini.

setakat ini masih lagi suri rumah tangga sepenuh masa..encik suami dah mula risau saya belum berusaha pergi ke unimas mencari kerja yang patut dan meninjau2 peluang menyambung belajar..

ramai yang bertanya bagaimana selepas berkahwin...

hampir sebulan berkahwin dan hidup berdua..saya mencari rahmah,mawaddah dan sakeenah yang dijanjikan Allah kepada pasangan suami dan isteri..sering mencari di mana kasih,sayang dan ketenangan yang di janjikan dalam rumah tangga ini...secara jujurnya pada saya, rahmah itu mawaddah itu dan sakeenah itu benar benar saya rasai bilamana kami berdua dekat kepadaNYA.

apabila dahi kami sujud kepadanya,apabila mendengar ayat ayat alquran dibaca oleh suami dan isteri,apabila mendengar bait bait doa suami dan isteri,apabila dikejut isteri atau suami dari tidur untuk solat subuh,apabila mendengar nasihat suami (bukan leteran ye)..pendek cerita apa sahaja kondisi yang mendekatkan kami kepada Allah,di situ kami bertemu kasih,sayang dan ketenangan yang dijanjikan.

pernah tak baca alquran di mana kita rasa taknak berhenti..rasa best baca alquran taktau kenapa rasa best taknak berhenti..begitulah serasanya ketenangan itu hadir..lagi dekat dengan Allah lagi rasa best..best..tenang..tenang..tak kesah apa nak jadi..apa2 pun aku tenang!

pergi dating shopping2 dan sesaje jalan2 dkt shopping mall pun best gak tapi xleh menyamai rasa best solat jemaah dgn suami.=p..satu gi bila dah berkahwin hati ini makin terjaga..tak sempat nak sibuk2 gosip hal orang lain,nak sangka2 buruk kat orang..

apa2pun bila berkahwin medan amal itu terlalu luas..perlu kesabaran yang tinggi..perlu ketaatan yang tinggi..dan yang paling mencabar diri ini..ego perlu zero..oh satu gi dh xleh malas2..dlu bleh malas sorang2..malas2 sendiri yang tanggung..sekarang malas2 kesian la dekat pasangan..

satu perkara yang dipelajari...yakinlah bahawa kebahagiaan sebenar hanya mampu digapai bila hati ini dibawa dekat pada Ilahi.

semoga ikatan ini mendekatkan kami padaMu..mahu merasai mawaddah,rahmah dan sakeenah sampai syurga...

p/s:sakeenah dekat singapura buat pe tu?hehe