Pagi tadi buka oasis astro ada 2 slot yang menarik.Kisah muslim di US dan slot bersama Aagym,pendakwah terkenal Indonesia.Terkesan dgn kenyataan seorang revert muslim tentang perbezaan sesama muslim.Katanya,semua orang berbeza (fitrah),mempunyai pendapat berbeza,pandangan berbeza tapi jangan sampai melampaui batas kerana ketiga itu adalah syaitan.
Slot bersama Aagym bertajuk "beda itu indah".Beliau beri beberapa tips untuk menghadapi perbezaan supaya tidak sampai jadi gaduh!
1)Pandanglah dan carilah kebaikan pada manusia,bukan keburukan.Hatimu kan tenang.
2)Selalu mencari keburukan diri dan perbaiki!bukan orang lain yang perlu diubah dulu tetapi kamu.
3)Carilah persamaan terlebih dahulu.
Suka ayat dari Aagym :
"aku baca qunut,kamu tidak baca qunut tapi kita sama sama sembahyang.aku indonesia,kamu malaysia tapi kita sama sama penduduk bumi ini"
No comments:
Post a Comment