Monday, May 10, 2010

satu satunya

selagi belum di tempat itu,selagi itu aku takkan rasa penat,sakit dan kecewa.

kepada ibuku,aku sangat sayang padamu.

aku belum lagi menjadi seorang ibu.

tidak layak bagiku menilai apa apa.

sakitmu melahirkan anak belum kulalui,penatmu membesarkan kami belum kutempuh,kecewamu dengan kedegilan anak anak belum kurasai.

oh Allah,ampunilah dosa ibu bapaku,ampunilah mereka Ya Allah.

indahnya ciptaan Allah.selembut lembut perempuan Engkau ciptakan,di sebalik itu Engkau anugerahkan kekuatan luar biasa kepada mereka.

aku juga perempuan,aku mahu sekuatmu ibuku.

semoga Allah memberi peluang padaku melalui apa yang kaurasai semoga aku tegar membalas budimu sehingga ke dunia sana.

belajarlah wahai diri dari pengalaman yang sukar.ianya mengajar.

ianya mengajar.hasilnya biarlah syurga.

No comments: