Monday, December 15, 2008

mak

Semalam masuk 2 minggu aku bercuti musim panas di rumah.Di rumah,jarang sekali aku tidur selepas subuh.Mak memang pantang anak anak dia tidur selepas subuh.hu hu.Kalau kat melbourne aku tidur lebih kurang 3 jam jugak lepas subuh.hihi.

Sambil2 bercucuk tanam anggur di rumah ini,aku banyak menilai pengorbanan seorang ibu (lenkali ayah pulak).Mak aku wanita berkerjaya.Mak adalah bekas guru sekolah menengah sebelum beliau naik pejabat agama bahagian pendidikan.Pada pandangan aku mak suka bekerja dan aku tahu bila mak di pejabat,mak merupakan pekerja yang hebat.Kerja mak menjurus kepada pemantauan sekolah sekolah hak milik kerajaan terengganu.Setiap kali peperiksaan besar seperti upsr,pmr dan spm tiba setiap kali itulah hujung minggu mak sentiasa padat dengan kerja kerja yang tak pernah habis.Dan setiap kali keputusan peperiksaan nak diumumkan,mak adalah antara orang yang tak boleh tidur malam,bimbang dengan prestasi pelajar pelajar kerajaan negeri.

Di rumah,mak bangun sebelum subuh.Selepas solat subuh,mak ke dapur sediakan breakfast untuk anak anak.Bukan breakfast yang simple seperti roti tapi mee goreng,nasi goreng ataupun nasi lemak.Selepas masak breakfast,mak terus masak lauk untuk lunch.Kadang kadang kalau tak sempat masak lauk untuk lunch pada waktu pagi,mak akan balik tengahari sekejap untuk masak.Lepas siap masak, mak kejutkan adik adik aku untuk mandi,pakai baju dan sedia pergi sekolah.Pukul 7 pagi,on the way pergi pejabat mak hantar adik adik pergi sekolah.Tiap tiap hari mak balik pukul 5 tapi kadang kadang kalau ada kerja luar boleh sampai malam.Kadang kadang lepas balik kerja petang pulak,mak terus masuk dapur masak untuk dinner pulak.

Kadang kadang tak tahu camana nak luahkan pengorbanan seorang ibu ni.Rumah aku ada orang gaji indonesia yang kitorang panggil cik hani.Kalau ikutkan boleh saja cik hani masakkan tiap tiap hari tapi mak tak bagi.Mak kata biar anak anak makan makanan air tangan mak sendiri.Itulah sebabnya juga mak tak suka beli lauk di kedai.Kata mak,entah siapa yang masak makanan anak anak dia makan.Mak aku sangat pentingkan kebersihan dan kesucian bila menyediakan makanan.Mak memang tak boleh tengok ikan,udang disiang dengan tak bersih.Sebab tu mak tak pernah bagi kitorang beli udang celup tepung di kedai sebab kata mak udang kat kedai tak buang kulit sampai habis dan sebenarnya najis udang memang banyak di celah celah kulit udang.Tak percaya,sila siang udang.Banyak najis2 dekat kulit udang.

Inilah salah satu sebab aku habiskan cuti 3 bulan musim panas ni di rumah.Sekurang kurangnya aku boleh tolong mak uruskan adik adik.Aku tahu mak sangat gembira kalau aku ada di rumah.Bukan apa,pagi pagi aku boleh hantar adik ke sekolah dan biasanya bila aku di rumah,memang mak serahkan tanggungjawab memasak untuk aku.

Hari ini adik adik aku tak makan sangat,asyik makan biskut je.Petang tadi mak balik kerja tengok laksa yang dia buat untuk breakfast masih banyak bawah saji.Mesti mak sedih,dah masak penat penat tapi tak makan.hmm...

Friday, December 12, 2008

sayang yang hilang

Satu dari beribu kelemahan diri ini ialah aku seorang yang cuai.Mak kata aku ni cuai dan suka ambil mudah semua perkara.Salah satu dari bukti aku seorang yang cuai ialah barang barang yang aku sayang selalu aje hilang.Aku tak tahu orang lain tapi barang barang kepunyaan aku selalu hilang walaupun aku dah jaga semampu mungkin.

Antara barang kesayangan yang hilang ialah sandal scholl dan jam tangan hadiah arwah pak cik aku semasa aku menjadi tetamu Allah di Mekah.Masih terbayang bayang jam kesayangan aku tu yang hilang semasa ambil wudu' di masjidil haram.Aku buka jam dan letak tepi untuk ambil wuduk lepas tu lupa nak ambil jam tu balik.Lepas solat baru ingat tup tup jam tu dah lesap.Cuai kan?ke apa istilah yang sesuai.Sandal pulak hilang selepas aku selesai tawaf wida'.Masa tu tingkatan 3 dan aku masih ingat komen nenek aku : tulah,awak sayang sangat barang barang tu,kan Allah dah ambil semua. hihi.

Awal tahun ni aku hilang satu lagi jam hadiah mak aku selepas aku lulus ssabsa masa dekat intec dulu.Sedih sangat tapi nak buat macamana.Bila tengok gambar tahun lepas tengok jam boleh jadi sedih.Jam tu agak branded,hadiah dari mak,sedih nak bagitahu mak jam tu hilang.Lagi barang aku hilang ialah gelang tangan aku beli semasa melawat myanmar.Sebenarnya gelang tu kepunyaan adik aku yang aku pakai semasa raya aidilfitri.Masa tu rumah buat open house.So,aku agak rimas bila ada gelang di tangan pastu kena basuh pinggan lagi.Nak pendekkan cerita aku buka gelang tu dan letak dekat kabinet dapur.Malam tu nak ambil balik gelang tu dah hilang.hu hu.Entahlah siapa yang ambil.

Kalau nak ingatkan balik banyak sangat barang barang yang aku kira berharga pada aku hilang atau pun rosak.Sebab tu mak cakap aku ni cuai dan tak pandai jaga barang.Sebab asyik je hilang barang,aku dah macam tak kesah sangat dah.Dah set kan betul2 takpe semua Allah punya tapi still aku mengaku aku memang cuai!

Aku kena belajar jadi lebih teratur (azam tahun baru ni!)

out

Result is out.

Alhamdulillah.Sujud dan syukur ke hadrat Allah Ar Rahman Ar Rahim.

I officially finished second year of degree.2 semesters left to go and 8 more subjects left to kill.

Wednesday, December 10, 2008

updates

Agak lama tidak menjenguk blog sendiri.Minggu lepas tiap tiap hari berulang alik dari rumah ke rumah sepupu(5 minit je) tolong tolong buat persiapan perkahwinan.Aku anak sulung jadinya kurang terdedah dengan persiapan majlis perkahwinan.Boleh tahan banyaknya persiapan kena buat sebelum majlis lagi lagi sepupu aku banyak buat sendiri dari bunga telur,hantaran,bilik tidur ke pelamin.Semuanya buat sendiri kecuali makanan,jurusolek dan photographer.Selama ni ingat bunga telur tu murah baik beli je rupanya bila pergi kedai barangan pengantin mak oi mahalnya sebijik bunga telur tu.

Majlis sepupu aku dilangsungkan 2 hari berbeza.Satu hari untuk majlis akad nikah dan satu hari untuk jamuan.Aku tak tahu apa sebenarnya "bersanding" tapi ada lah pelamin sekadar untuk ambil gambar,untuk keluarga sahaja dan pelamin pun tersorok sikit.Aku paling suka majlis akad nikah,terasa keberkatan majlis ikatan suci ini.Aku pasti sebaik sahaja ijab dan kabul dilangsungkan,makhluk yang paling kecewa pastinya syaitan dan sekutunya.

Bila sibuk sibuk buat persiapan minggu lepas aku terfikir persiapan yang lebih jauh dari itu.Persiapan dari segi ilmu,mental dan fizikal.Kalau nak buat pelamin ambik masa beberapa jam macamana pula dengan persiapan ilmu yang sebenarnya adalah bekalan sepanjang melayari rumahtangga?Bila pulak nak start buat persiapan yang sebenarnya jauh lebih penting dari mende2 yang kecik2 ni..

Satu lagi bila dah besar ni aku semakin terdedah dengan adat perkahwinan melayu.Macam macam adat orang melayu ni rupanya (he he).Orang melayu pun macam macam jenis.Macam macam ragam aku tengok sepanjang majlis tu.Malas nak cerita pasal ragam ni.Banyak gambar aku sempat ambil tapi nantilah upload.

okies =))

Wednesday, December 3, 2008

home

hu hu.

Agak lama tak update,ini adalah situasi bila balik kampung:tidak berminat untuk menulis,membaca blog orang lain dan membuka email.Sebenarnya agak sibuk tolong buat persiapan sepupu nak kahwin hujung minggu ni.

Kuala terengganu banjir teruk tahun ni tapi kawasan kampung saya alhamdulillah tak banjir (orang kat france jangan bimbang,kapung kite dok naek air he he).Salah satu dari seribu masalah : buat jalan besar besar dan tinggi tinggi,divider tengah jalan pulok luas tapi longkang pulak tak besar.Kesimpulannya ramai orang cakap sebab sistem saliran tak betul.Entahlah I think engineer should master this thingy.Biasalah,kerja manusia buat ni mesti ada yang tak sempurnanya.

Gambar di atas adalah gambar raya 2008 bersama abah.Baru dapat tengok gambar raya tahun ni.

Baiklah.bila balik ni rasa nak upload gambar je takde idea nak tulis.Let see if I have some pics taken during my cousin's wedding this weekend.

Ok guys,selamat bercuti=))