Friday, December 12, 2008

sayang yang hilang

Satu dari beribu kelemahan diri ini ialah aku seorang yang cuai.Mak kata aku ni cuai dan suka ambil mudah semua perkara.Salah satu dari bukti aku seorang yang cuai ialah barang barang yang aku sayang selalu aje hilang.Aku tak tahu orang lain tapi barang barang kepunyaan aku selalu hilang walaupun aku dah jaga semampu mungkin.

Antara barang kesayangan yang hilang ialah sandal scholl dan jam tangan hadiah arwah pak cik aku semasa aku menjadi tetamu Allah di Mekah.Masih terbayang bayang jam kesayangan aku tu yang hilang semasa ambil wudu' di masjidil haram.Aku buka jam dan letak tepi untuk ambil wuduk lepas tu lupa nak ambil jam tu balik.Lepas solat baru ingat tup tup jam tu dah lesap.Cuai kan?ke apa istilah yang sesuai.Sandal pulak hilang selepas aku selesai tawaf wida'.Masa tu tingkatan 3 dan aku masih ingat komen nenek aku : tulah,awak sayang sangat barang barang tu,kan Allah dah ambil semua. hihi.

Awal tahun ni aku hilang satu lagi jam hadiah mak aku selepas aku lulus ssabsa masa dekat intec dulu.Sedih sangat tapi nak buat macamana.Bila tengok gambar tahun lepas tengok jam boleh jadi sedih.Jam tu agak branded,hadiah dari mak,sedih nak bagitahu mak jam tu hilang.Lagi barang aku hilang ialah gelang tangan aku beli semasa melawat myanmar.Sebenarnya gelang tu kepunyaan adik aku yang aku pakai semasa raya aidilfitri.Masa tu rumah buat open house.So,aku agak rimas bila ada gelang di tangan pastu kena basuh pinggan lagi.Nak pendekkan cerita aku buka gelang tu dan letak dekat kabinet dapur.Malam tu nak ambil balik gelang tu dah hilang.hu hu.Entahlah siapa yang ambil.

Kalau nak ingatkan balik banyak sangat barang barang yang aku kira berharga pada aku hilang atau pun rosak.Sebab tu mak cakap aku ni cuai dan tak pandai jaga barang.Sebab asyik je hilang barang,aku dah macam tak kesah sangat dah.Dah set kan betul2 takpe semua Allah punya tapi still aku mengaku aku memang cuai!

Aku kena belajar jadi lebih teratur (azam tahun baru ni!)

2 comments:

muna khaider said...

mar ui..ni cik In. ni email gue. grayishfellow@gmail.com tq.

Hilmi said...

hilang barang xpe..jgn hilang agama sudey...peace ;)