Agak lama tidak menjenguk blog sendiri.Minggu lepas tiap tiap hari berulang alik dari rumah ke rumah sepupu(5 minit je) tolong tolong buat persiapan perkahwinan.Aku anak sulung jadinya kurang terdedah dengan persiapan majlis perkahwinan.Boleh tahan banyaknya persiapan kena buat sebelum majlis lagi lagi sepupu aku banyak buat sendiri dari bunga telur,hantaran,bilik tidur ke pelamin.Semuanya buat sendiri kecuali makanan,jurusolek dan photographer.Selama ni ingat bunga telur tu murah baik beli je rupanya bila pergi kedai barangan pengantin mak oi mahalnya sebijik bunga telur tu.
Majlis sepupu aku dilangsungkan 2 hari berbeza.Satu hari untuk majlis akad nikah dan satu hari untuk jamuan.Aku tak tahu apa sebenarnya "bersanding" tapi ada lah pelamin sekadar untuk ambil gambar,untuk keluarga sahaja dan pelamin pun tersorok sikit.Aku paling suka majlis akad nikah,terasa keberkatan majlis ikatan suci ini.Aku pasti sebaik sahaja ijab dan kabul dilangsungkan,makhluk yang paling kecewa pastinya syaitan dan sekutunya.
Bila sibuk sibuk buat persiapan minggu lepas aku terfikir persiapan yang lebih jauh dari itu.Persiapan dari segi ilmu,mental dan fizikal.Kalau nak buat pelamin ambik masa beberapa jam macamana pula dengan persiapan ilmu yang sebenarnya adalah bekalan sepanjang melayari rumahtangga?Bila pulak nak start buat persiapan yang sebenarnya jauh lebih penting dari mende2 yang kecik2 ni..
Satu lagi bila dah besar ni aku semakin terdedah dengan adat perkahwinan melayu.Macam macam adat orang melayu ni rupanya (he he).Orang melayu pun macam macam jenis.Macam macam ragam aku tengok sepanjang majlis tu.Malas nak cerita pasal ragam ni.Banyak gambar aku sempat ambil tapi nantilah upload.
okies =))
No comments:
Post a Comment