Monday, December 15, 2008

mak

Semalam masuk 2 minggu aku bercuti musim panas di rumah.Di rumah,jarang sekali aku tidur selepas subuh.Mak memang pantang anak anak dia tidur selepas subuh.hu hu.Kalau kat melbourne aku tidur lebih kurang 3 jam jugak lepas subuh.hihi.

Sambil2 bercucuk tanam anggur di rumah ini,aku banyak menilai pengorbanan seorang ibu (lenkali ayah pulak).Mak aku wanita berkerjaya.Mak adalah bekas guru sekolah menengah sebelum beliau naik pejabat agama bahagian pendidikan.Pada pandangan aku mak suka bekerja dan aku tahu bila mak di pejabat,mak merupakan pekerja yang hebat.Kerja mak menjurus kepada pemantauan sekolah sekolah hak milik kerajaan terengganu.Setiap kali peperiksaan besar seperti upsr,pmr dan spm tiba setiap kali itulah hujung minggu mak sentiasa padat dengan kerja kerja yang tak pernah habis.Dan setiap kali keputusan peperiksaan nak diumumkan,mak adalah antara orang yang tak boleh tidur malam,bimbang dengan prestasi pelajar pelajar kerajaan negeri.

Di rumah,mak bangun sebelum subuh.Selepas solat subuh,mak ke dapur sediakan breakfast untuk anak anak.Bukan breakfast yang simple seperti roti tapi mee goreng,nasi goreng ataupun nasi lemak.Selepas masak breakfast,mak terus masak lauk untuk lunch.Kadang kadang kalau tak sempat masak lauk untuk lunch pada waktu pagi,mak akan balik tengahari sekejap untuk masak.Lepas siap masak, mak kejutkan adik adik aku untuk mandi,pakai baju dan sedia pergi sekolah.Pukul 7 pagi,on the way pergi pejabat mak hantar adik adik pergi sekolah.Tiap tiap hari mak balik pukul 5 tapi kadang kadang kalau ada kerja luar boleh sampai malam.Kadang kadang lepas balik kerja petang pulak,mak terus masuk dapur masak untuk dinner pulak.

Kadang kadang tak tahu camana nak luahkan pengorbanan seorang ibu ni.Rumah aku ada orang gaji indonesia yang kitorang panggil cik hani.Kalau ikutkan boleh saja cik hani masakkan tiap tiap hari tapi mak tak bagi.Mak kata biar anak anak makan makanan air tangan mak sendiri.Itulah sebabnya juga mak tak suka beli lauk di kedai.Kata mak,entah siapa yang masak makanan anak anak dia makan.Mak aku sangat pentingkan kebersihan dan kesucian bila menyediakan makanan.Mak memang tak boleh tengok ikan,udang disiang dengan tak bersih.Sebab tu mak tak pernah bagi kitorang beli udang celup tepung di kedai sebab kata mak udang kat kedai tak buang kulit sampai habis dan sebenarnya najis udang memang banyak di celah celah kulit udang.Tak percaya,sila siang udang.Banyak najis2 dekat kulit udang.

Inilah salah satu sebab aku habiskan cuti 3 bulan musim panas ni di rumah.Sekurang kurangnya aku boleh tolong mak uruskan adik adik.Aku tahu mak sangat gembira kalau aku ada di rumah.Bukan apa,pagi pagi aku boleh hantar adik ke sekolah dan biasanya bila aku di rumah,memang mak serahkan tanggungjawab memasak untuk aku.

Hari ini adik adik aku tak makan sangat,asyik makan biskut je.Petang tadi mak balik kerja tengok laksa yang dia buat untuk breakfast masih banyak bawah saji.Mesti mak sedih,dah masak penat penat tapi tak makan.hmm...

3 comments:

muna khaider said...

heh.. kat melbourne skrg subuh 3.58 am. Sape tak tdo lepas subuh tabik la.. huhu.

Which is what im doin rite now (tak tdo lps subuh).. hahaha.. padahal dah tdo lame semalam.. sblm maghrib, between isya, then rite after that.. huhu.

Ur mum memang hebat. Rajinnye masak for every meal. Kagum2!

About Me said...

huhu.awalnye subuh pukul 4 pg.huahua.isyak mesti kol 10 lebih ni..

agak la.kite nak masak sekali seminggu pun kalau bleh nk mudah2.ni nak masak 2,3 kali sehari..huhu..

victoire said...

salam.
ehem ehem..
patut laa tersembor mase makan nasik krabu tadi.
ade orang sebut name ambe upenye. hahaha.
ujan lebat ag ke ganu?

bestnye cuti 3 bulan.
ambe sini 2 bulan je cuti.