Beberapa minggu lagi masa tersisa di tanah air sebelum pulang bemusafir di perantauan.Tipu saya tak rindu melbourne tapi sedih juga nak tinggalkan keluarga.Hampir 3 bulan saya di rumah,adik saya yang bongsu menceriakan saya.
Saya akan merindui setiap telatah ikmal yang menceriakan tetapi kadang2 rasa nak marah jugak.Antaranya:
1.Bila naik je kereta dia akan pakai seat belt,tak kira la duk depan ke duk belakang.Nampak skema tapi comel.Pastu dia kata panas la pakai seat belt sebab apa?sebab dia tak boleh rasa air cond terus macam duk kat tengah2.he he.
2.Dia suka menonton tv dekat astro saluran 611.Lepas satu,satu cerita dia tengok tapi satu je cerita yang dia tak suka iaitu tom tom bak.Bagus2.
3.Dia ni pelat ( 4 tahun).Pelat dia sebab dia akan sebut setiap perkataan bermula dengan huruf K."saya nak susu" dia sebut "kaya nak kucu".
4.Dia suka buku tapi tak reti membaca lagi.sian adik.Dia suka belek belek buku cerita.
5.Dia suka kenakan saya ,"kak ma bucuk".
6.Dia suka makan roti tapi kena buang tepi kulit roti tu.Dia nak makan yang putih je.
7.Hari tu dia ada cakap kat saya "Kak ma kadok kekgi kape nk kage adik?"maksud dia kak ma takde nanti siapa nak jaga adik?...
ni sedih ni nak balik melbourne ...huhu
No comments:
Post a Comment