Ingat tak kisah dalam surat khabar minggu lepas berkenaan seorang muallaf,namanya Anas yang cedera tangan sebab beliau cuba membuang tatu?Berdasarkan laporan akhbar anas tertekan dengan masyarakat dan penduduk di sekeliling yang memandang serong kepadanya sebab ada tatu.Saya baca harian metro dan tajuk besar kat depan tu ialah "salah kita!".Haah.Memang salah kita!
Bila saya baca kisah Anas ni mengingatkan saya kepada seorang tutemate kelas arab saya semester lepas.Tutemate saya ni lelaki dan saya agak confuse dengan penampilan dia sorang ni.Dia berjambang dan berkopiah(bukan kopiah putih) tetapi lengan dia penuh dengan tatu.Di negara orang putih iaitu di melbourne khasnya pada pandangan saya hanya orang muslim sahaja yang berjambang (berjambang macam pak2 arab).Dari jauh memang saya nampak dia muslim sebab berjambang dan berkopiah(muka macam org putih sebijik).Ada la satu hari tu dia duduk depan saya dan saya amat terkejut tengok lukisan tatu penuh di lengannya.Bukan sikit tapi banyak lukisan tatu,macam2 bentuk.Dalam hati saya tertanya tanya ish dia ni muslim ke tak ni??
Astaghfirullah..inilah saya dan saya rasa inilah juga budaya ataupun pemikiran masyarakat,tidak keterlaluan saya katakan masyarakat melayu yang agak (ataupun sangat) narrow-minded.Saya terlalu mudah menilai dan menghukum.Saya telah bersangka buruk kepada tutemate apabila melihat lengannya bertatu.Boleh jadi dia seorang muallaf.Apatah lagi he tried his best dengan berkopiah dan berjambang.I reckon its never been easy to any muslim in western countries to have thick beard and berkopiah.Pada pandangan penduduk setempat berkopiah dan berjambang ni terrorist.
Apabila saya baca kisah Anas yang tertekan dengan masyarakat sekeliling,saya sangat sangat terkesan.Dulu beliau memang lukis tatu di tangannya and now he is a muslim.Dosanya terhapus ibarat macam bayi baru lahir saat melafazkan syahadah termasuklah dosa bertatu.Tetapi kita manusia cepat menghukum.Shame on me.
No comments:
Post a Comment