Tuesday, November 9, 2010

Monday, November 8, 2010

pagi isnin

baby balqis yang cumil , anak sulung puan nadiah


bila tengok gambo baby mood yang tak menentu ni bleh jadi reda sikit.

nak baby!

Wednesday, November 3, 2010

again

ok umi mengidam laksa johor pulak.

dan abah akan pening seperti selalu.pasal abah yang jadi pembantu chef.abah yang tolong kemas dapur.

tapi takpe sebab nanti abah makan lagi banyak dari umi.

tapi abah tak suka laksa.how?

no worries laksa johor makan dengan spaghetti lah umi (berangan baby yang jawab).

tidur dan jihad

setiap orang ada kecenderungan masing masing.

antara perkara yang saya suka:

1)eating is always be my passion.i like to eat anything that tasty and many times, expensive bah!
2)i like to cook as well and try new recipes.yesterday i made salmon pie,inspired by jamie oliver website.harga salmon 200g rm14.mahalnyo.
3)i sleep a lot lately.8 jam sehari.
4)saya suka window shopping barang mahal mahal.mahal maksudnya cincin berlian.kih kih.i like diamonds and white gold.wah!so scary ah.
5)big house?asal selesa ok aje tapi tak rugi beli rumah.
6)big car?i like big car but not at the moment.beli kereta beso2 masa muda ni rugi aje.harga kereta jatuh selalu.honda is not a big car for me.i am ready to buy a car whenever i can afford for volkswagen!evergreen.tunggu duit pencen ler nampak gaya.
7)i like island and resort.dgn syarat makan sodap.
8)i like durian to bits.

oh yeah.

hawa nafsu makan minum hiburan harta ni memang syok dan suka hati kitalah nak buatkan.

but at the end of the day,the one and only thing that matters is our heart.bahagia atau tidak.sekejap atau forever.the blessing i mean.we can feel it.

"the most excellent jihad is that for the conquest of self"

(Bukhari).

dan jihad saya hari ini untuk mengurangkan waktu tidur!!

Tuesday, November 2, 2010

teet...teeet

sms dibaca.

"puding gula hangus mananya.sokmo tdo awl.bosan abg."

aku tersenyum membaca sms dari suami tersayang.sudah 2,3 hari suami meminta puding karamel.aku berkira kira untuk membuatnya semalam selepas masak untuk dinner tapi macam biasa,aku tumbang syahid bila jarum panjang mencecah angka 8.

akibatnya?suami tersayanglah yang seterusnya mengambil alih segala tugasku.dialah yang membasuh segala pinggan dan periuk dalam sinki,mengelap dapur,mengelap meja,melipat kain di depan tv sambil aku dibuai lena kepenatan.semasa tidur semalam aku terdengar suami keluar ke halaman rumah.mamai mamaipun aku masih ingat suami nak basuh dan jemur kain buruk dapur yang direndamnya dari pagi.

aku masih tidur tetiba suami membuka lampu bilik.dia masuk untuk solat isyak.aku mamai lagi.kemudian aku terdengar ayat ayat suci alquran.aku mamai lagi.aku tidur sehinggalah pukul 4 pagi aku bangun untuk solat isyak.mata masih mengantuk (boleh takkkkkkkkkkkk??????)aku berfikir fikir nak sambung tidur ke nak goreng nasi?

aku teringat pesanan suami untuk masak something buat bekalan ke pejabat.suami aku memang susah nak keluar lunch tengahari.jauhlah,sorang soranglah,jimat duitlah,dan macam macam alasan lagi.kalau nak senang aku goreng nasi,kalau nak susah sikit aku masak lauk.sebenarnya selama kami berkahwin aku tidak pernah susah untuk memasak.memang suami lah jadi pembantu aku,aku macam boss kat dapur.boleh kata sebelum masak,bawang dah dipotong,daging ayam dah dipotong.aku memang masak aje!

tetiba lost nak tulis apa.

dia memang suami yang sempurna.aku tiada apa apa cuma satu!aku bertuah kerana memilikinya.

ok bang,malam ni puding gula hangus ok!

(sebenarnya ini kes rindu ni tulis ni.he he)

see u hubby petang ni!

Monday, November 1, 2010

rahmat hujan

yeay!

hujan turun dengan lebatnya..boleh buka quran dan mengaji dengan tenang di ofis!takde orang curi curi dengar..hehehe...pabila 24 jam seperti sungguh pantas berlalu.tak cukup masa?make your time! (ek..waktu tidur seakan berlebihan aje)

puan nadiah dengan jayanya dan seperti mudah sekali melahirkan puteri sulung mereka suami isteri.nad hantar message thru fb cerita detik2 nak bersalin.ayaa..so senang ah!tak sakit tak apa dah buka 6 cm..pastu air ketuban xyah jolok2 pecah sendiri....yang sakitnya bila dah 9 cm..tu pun cam kejap aje sebab kena teran dah..dah teran tu nad kata hilang sakit cuma penat ler pulak meneran..yang best lagi takde gunting2 ni..waaa..jarang kudengar orang bersalin senang..hehe.alhamdulillah Allah permudahkan...syukur.

kerja semakin banyak..yang tak best ada microteaching mula jumaat ni..depan dean,deputy dean..kena rekod lagi..ok la kot atleast dah confirm kerja baru microteaching...uitm punya lecturer kena microteaching dulu ..diorang tak lulus miroteaching takleh interview langsung...cuak jugak..

ok baby jom mengaji bersama umi.umi masih berusaha dan fokus untuk khatam al quran..masih belum jadi amalan harian baca surah maryam,yusuf dan luqman.umi fokus nak habiskan dulu alquran.

bersyukur atas setiap kasih sayang Ilahi...

Thursday, October 28, 2010

a vacation-3

17 minggu.

alhamdulillah semuanya nampak sempurna walaupun tak clear dengan detailnya.boleh nampak kepala,jantung yang masyallah sedang berdenyut dengan sihatnya.umi dan abah boleh dengar degupan jantung baby!boleh nampak perut,tangan,kaki.yang paling best baby tunjuk jari jemarinya dengan jelas sekali!5 jari yang tirus sedang melambai lambai!...arghh...umi rasa nak lompat lompat bila tengok dengan jelas 5 jari yang sempurna tu!subhanallah walhamdulillah..

yang paling menarik?umi dan abah boleh nampak dengan jelasnya baby boy ke girl..heheh.

semalam masa nak baring2,umi rasa satu tendangan dari dalam.gembiranya hanya Allah yang tahu...tapi sekali aje..sampai tertidur umi suruh baby tendang lagi tapi malu2 pulak.

anyway,baby kecil lagi.tendang banyak kali pun umi takleh rasa lagi.

apa apapun,semoga Allah memudahkan segala urusan kami.semoga baby sihat sempurna dan dalam lindungan Allah selalu.amin.amin.

Monday, October 25, 2010

kisah mereka

they have another story to tell

Hujung minggu kami berdua meriah dengan makanan,rezeki daripada Allah. Melihat gambar di atas, hati menangis menyesali segala kekufuran nikmat yang amat sangat banyaknya daripada Ilahi.

Hari ini hari gaji,gaji pertama.Melihat pada angka akaun bank yang semakin bertambah setelah sekian lama,ada rasa lega di situ.Syukur pada Ilahi.Teringat hutang yang berbaki.Cita cita mahu ke tanah suci.

Menyoroti tentang berkat teringat aku pada kata seseorang: "berkat itu bila kita ada sedikit tapi hasilnya banyak, analoginya bila kita belanja duit rm50 kita boleh beli 10 jenis barang berbanding duit rm500 kita hanya dapat beli 1 barang"

Bila bekerja, aku dapat menyaksikan dengan mata kepala sendiri betapa manusia sangat menghambakan diri pada wang.Betapa manusia sangat tamak,rasa tak cukup dan terburu buru.Asal ada elaun,gembira melompat lompat.

Semoga Allah melindungi kami dari kekufuran nikmat, jauhkanlah kami dari perasaan bahagia dengan kekayaan dunia.Hindarilah kami dari segala jenis pembaziran.

Teringat ingat kini pada segala rezeki yang ada dalam peti sejuk yang menunggu masa untuk dibuang jika tidak dimakan.


Thursday, October 21, 2010

swimming pool



umi sedang berangan nak beli swimming pool satu untuk baby.first time tengok gambar ni,terus excited.harga ,mestilah beratus gak ni.hehe.pertama kali bagitau abah nak beli ni,abah macam takleh imagine canne nk letak baby dalam swimming pool.bahayala itulah inilah.yang lagi best abah kata bukan baby nak berenang,umi kot yang nk join swimming skali.

tapi bila abah tengok gambar ni,muka terus jadi lain.dia pun macam berminat nak join swimming sekali!adoi bebudak sekarang,macam2 ada.time umi kecik2 dulu,umi main tepi sawah aje!

nak cari gak swimming pool ni!!

nok balikk 2

telefon mak semalam and mak cerita kisah adik bongsu kami ikmal,5 dan si abg, imam,8.

dua beradik yang berbeza perangai tapi bestfriend!

si ikmal dah pandai mengaji dan suka berusaha lebih mengaji dengan mak.di suruh solat,dia taat.

si imam dah 8 tahun selayaknya dah pandai mengaji tapi kat kelas iqra' jela mengaji.di suruh solat,menghilang sekejap bila tanya solat tak lagi," smayng dohh!"

semalam si adik tetiba mengadu pada mak perihal si abang yang malas solat.

"eh imang ni,dok takut neraka ke,xmo smayang ni?"

"imang kekgi masuk neraka la kalu dok smayang!"

***

ayya,rindunye...

last time balik raya kat kampung bila aku tidur di rumah mertua,ikmal kata:

"laa..adik ingat kak ma balik ostolia doh!"

nok balikk

salam to all.

baru pukul 7.56 pagi.badan rasa tak sihat.rasa nak tido kat surau.

i miss home.rindu nak balik kampung.T_T.

menyedari kini, i'm so attached with terengganu,with family,my parents,siblings,the food.

nak kerja kat terengganu,tiap2 petang bleh singgah umah,weekend2 masa bersama keluarga,raya ada kat kampung,orang kawen boleh attend.

hubby,kita bagi masa lagi 2 tahun ye.nak balik ler!

semalam i makan tom yam manis!!!!letak gula ke dalam tom yam tu!!i hate eating out in kuching!

ok,keciknye problem i.

Monday, October 18, 2010

monday morning

1)kerja: semester sudah dipenghujung,minggu ni study week,apa2pun kerja tetap ada.meeting,meeting,kertas kerja,presentation dan meeting lagi.

2)raya haji: tak dapat balik terengganu..cuti boleh apply sehari je,insyaallah duit gaji pertama nak korban satu bahagian lembu...lagi2 dekat kuching ni harga sekilo daging lembu mencecah rm40..kt sarawak ni locals makan daging import,daging lembu segar dari ladang mahal dan susah nak dapat..so,sesuai sgt dengan raya haji nanti..baru rasa makan daging segar ..lagi2 untuk yang tak mampu..

3)masih dalam delima nak beranak kat mana..adoi..kuching ke KT..kalau kuching lagi prefer private hospital (hehe aku kurang yakin dengan hospital kerajaan kuching ni),kalau KT tak kesah sangat hospital kerajaan.apa2 pun,memang seakan best di hospital swasta,tapi duit terbang tak ingatlah.

4)semalam survey2 barang2 baby..boleh tahan harga semua barang..mmg mencecah ribu2 ler..breast pump aje hampir rm600 (yg cikai2 je ni)..mmg kena buat research la...dahla aku ni jenis beli yang mahal takpe asal berkualiti..yela,nak beranak banyak kali ni..heheh

5)sekarang ramai pulak yang menambah ahli keluarga ye..bukan anak sulung ni..anak nombor 2...haih,tak sabo pulak nak beranak no 2 ni...hahahha...yg first tak lepas gi...apa2pun,sukelah tgk anak orang berpasang2 ni..best2

6)semalam kitaorang pergi tengok crocodile..takde kerja weekend pergi jalan2...kat sana siap ada pameran tunjuk gmbo buaya makan orang la..bedah buaya dalam tu ada budak la..hari ni tetiba rasa tak sedap badan...huhu...ni pasal tgk mende2 ngarut gitu kot semalam...istighfar2...ingat Allah banyak2..lindungilah kami..

7)tengah fikir nak cuti bersalin bila..kalu nk bersalin dekat ganu kena balik sebulan awal sbb kalau lambat2 takleh naik flight dh..tapi mana nak dapat cuti banyak2..

8)masih menunggu tiket ke singapore yang murah2...adoi anoi mahalnye tiket!!!!sebab time tu cuti skolah...anoi syg,kalo i tak dapat datang on the date,i ganti dengan hari lain ok?nak sgt2 datang tapi itulah sampai beribu2 ni..

9)apa lagi ye...seriously tak sedap badan..

Wednesday, October 13, 2010

a discovery

kawan kawan sekerja tengah sibuk nak add fb masing masing.diorang semua cam dh jadi fb friends kecuali saya( kami bertiga aje perempuan).

saya dengan berbesar hati tanya "takde pun korang add saya.."

diorang jawab apa?

"sebab kamu dah puan"

oh yeahhhhh...i like to be the only puan in the office.

memang ada perbezaannya..heheh.

ok gak kawen dulu before kerja bagi perempuan ni..hati memang terjaga la,takde nak perasan sana,perasan sini.hehehe.kalo ada gathering ke,games ke,boleh heret suami skali.lebih baik begitu kan.

mode :rindu

is missing our little one inside of me.

penat2 dekat ofis bila teringat someone is growing up in my womb,the feeling is totally different.

semoga Allah memberi kesihatan yang baik buat anak kami,kesempurnaan pancaindera dan anggota,kesejahteraan di dunia dan akhirat,kesempurnaan iman dan islam,bakal menjadi anak soleh/solehah.

tak sabar nak melihat anak umi.kalo ada masa nak g scan la skali dekat private clinic.

lagi tak sabar penantian lagi 5 bulan nak tunggu anak umi keluar ni.

nanti lagi 2,3 minggu bleh rasa anak umi main tendang2 ni.best best.

baru paham apa maksud sejuk perut mak yang mengandungkan kamu..

mmg rasa perasaan yang berbeza bila nak jadi ibu ni...Ya Allah lindungilah kami.

Sunday, October 3, 2010

first day

1)officially a tutor at pusat pengajian pra unimas(pppu).

2)nama aje tutor tapi kerja sama macam lecturer(run lectures,tute,lab,pbl,mentoring).gaji aje yang membezakan.tutor sebab ada degree,lecturer sebab diorang ada master degree.

3)pppu baru ditubuhkan tahun ni,so kitaorang 13 orang (lecturers and tutors) ni pioneer batch la.

4)actually kan,bila kita dah bekerja,tak boleh lebih2 cerita pasal jabatan/company (mine unimas) apatah lagi mengutuk2 jabatan,bos,other stuffs.so apa2 yang tak puas hati baik disimpan saja atau dibincangkan dalam jabatan.orang luar takleh tau.lebih tepat,kerja ini adalah amanah,menjadi amanah setiap pekerja menjaga nama baik jabatan/company sendiri.amanah sangatlah berat jangan main main.

5)sekarang baru kutahu kenapa lecturer/tutor tak boleh berhenti setakat degree/master degree aje.the pressure or the inspiration to go to the next level is always there.iyelah kebanyakan kawan sekerja satu jabatan ialah prof,dr,prof madya..adoi tercabar.

6)tetiba risau bos ataupun kawan lain jumpa blog ni.he he.

Thursday, September 30, 2010

of purpose

menyuap makanan ke dalam mulut..

tetiba terfikir selama ini apa niat aku makan?

ikhlas ke tadi aku makan?

kerana apa aku makan?

tujuan aku makan?

***

"dan tidaklah Aku jadikan Jin dan Manusia melainkan supaya mereka beribadah dan mengabdikan diri kepadaKu" (Surah al-Dzariyat ayat 56)

ayat di atas seperti mengejutkan aku dari lena yang sangat panjang.

adakah makanku tadi menjadi satu ibadah yang membawa redha Allah atau bagaimana?

jika kita lupa dan mencari kenapa dan untuk apa dan tujuan sebenar kita hidup,ayat 56 surah al-dzariyat itulah jawapan hakiki.

Wednesday, September 29, 2010

i wish i were a doctor

semalam:

pergi kedai pukul 9.30 malam untuk beli bekalan susu dan yogurt.teringin makan pasta di secret recipe tapi malas dan mahal,berakhir dengan beli carbonara sauce,mushroom dan bowties.balik terus masak dan makan walaupun kami berdua baru sudah makan nasi buka puasa (hubby puasa).

pukul 12 tidur.pukul 2 pagi terbangun sebab kepala sangat sangat sakit.biasanya loya dulu baru sakit kepala.agak risau takut2 tekanan darah yang tak kena sebab tak rasa loya.kejut suami cakap sakit kepala sangat2 aih dok bangun pulok.sapu minyak angin tak hilang,cuba tidur tak boleh tidur.pukul 3 pagi terus muntah.oh mushroom keluar.pukul 4 lagi 2 kali muntah.

serik makan mushroom.

hari ini:

appointment pukul 8 pagi di klinik kesihatan.giliran no 42 walaupun sampai pukul 7.45.tekanan darah ok ( syok sendiri berdasarkan bacaan),hb ok (syok sendiri gak berdasarkan bacaan),berat 44 kg (tak ok kot).apa yang pasti nurse ambik bacaan je.tak explain langsung ok ke tak ke.aku agak agak sendiri je la.masuk jumpa doktor and scan.doktor diam sediam diamnya.scanner pulak blur habis.malas nak tnya mana kepala,mana kaki,mana jantung."ok dah".malas nk tanya pape aku keluar jela."27/10 ni datang lagi ye"

yang paling tak paham sampai sekarang asik bagi folic acid je.aku ingat hari ni dapat obimin ke,kalsium ke,vitamin B ke.entahlah.hospital semenanjung aje kot diorang bagi,hospital kat sini dok bagi kot.argh,nak balik semenanjung!!!!dah la aku tak paham bahasa iban.

masuk kereta aku bagitahu suami nak pergi hospital KPJ pulak.tak puas hati kononnya."sekarang?tak bawa cash guna kad kredit kalo gitu".he he..kalo masuk KPJ ni,keluar hanguslah rm100 lebih.bila fikir balik takpelah next time lah pergi KPJ,bila baby beso sikit.

setiap kali diri ini ke hospital,setiap kali itulah aku menyesal tak amik medicine dulu.ha ha.

bercakaplah sikit doktor yang bijak pandai oi!ni sikit pun takde explanation!

Monday, September 27, 2010

moments

akhir akhir ini tandas merupakan tempat yang selalu dilawati.

have you ever pee like 7 times within 5 minutes?

i had last night and we were actually on the way back home after attending rumah terbuka isma sarawak.

what do you expect me to do??????tak sempat ok!

i was actually a bit scared to tell hubby because he just got his car washed in the afternoon.ho ho.

pundi kencing mungkin tersesak oleh uterus yang semakin membesar methinks.

****

soalan daripada suami sebelum tidur beberapa hari lalu.

K:dalam english rahim panggil apa?

M:uterus

K:mende?

M:uterus

K:bakpe bahasa melayu panggil rahim?pelik gile..bakpe x rashid ke..?rashid ok sket..

M:+_+

Saturday, September 25, 2010

this is truly a reminder.

pernah tak kita terfikir bagaimana kondisi kita apabila mati?

saya merasakan mati merupakan satu peringatan yang sangat besar kepada diri ini,given that bila kondisi iman di tahap yang betul,dengan hati yang tidak kering.

kami kehilangan moyang yang dicintai pada awal pagi khamis yang lalu.sebelum meninggal tok yah menghidapi pelbagai penyakit dan yang paling kronik ialah alzheimer(ntah eja gane).bagi yang mengenali beliau ketika 3,4 tahun terakhir ini, pasti merasakan beliau hanyalah seorang tua yang tidak ingat apa apa,malah menakutkan kadang kadang.tapi bagi kami anak,cucu dan cicitnya pasti akan mengingati kebaikan,ketabahan dan kehebatan beliau semasa sihatnya.

tiada yang lebih diinginkan oleh setiap mukmin melainkan satu kematian/pengakhiran yang baik dan sempurna.namun jauh di satu sudut saya amat yakin kepercayaan yang total kepada Allah,hubungan yang baik dengan manusia,akhlak yang menyenangkan dan segala perbuatan yang bersandarkan sunnah dan alquran akan menghampiri husnul khatimah(pengakhiran yang baik).

saya mungkin merupakan satu satunya ahli keluarga yang tidak pulang ke kampung apabila diberitahu bahawa tok yah sedang nazak.namun segala cerita bermula daripada episod nazak, saat saat akhir nyawa ditarik,episod mandi jenazah,solat jenazah dan sehinggalah proses pengebumian tiada satu yang tidak sempurna pada kami sekeluarga.

tok yah menghembuskan nafas yang terakhir dengan kalimah agung di hadapan berpuluh puluh anak,cucu dan cicit yang pulang ke kampung,dimandikan oleh kesemua anaknya dan beberapa orang cucu,solat jenazahnya diimamkan oleh cucunya sendiri dengan jumlah jemaah yang sangat ramai,dan masa pengebumian yang sangat singkat dan dipermudah.kata emak,wajah jenazah tok yah seperti muda 40 tahun daripada usia sebenar beliau yang berumur 80+.seolah olah tiada apa apa halangan yang melambatkan proses kematian dan pengebumian.semuanya dalam lindungan Allah taala.

begitulah kisah akhir tok yah yang sangat baik,sangat pemurah,baik dalam pergaulan yang kami kenali.dan saya amat yakin setiap daripada kita ada cerita tersendiri menjengah kematian.cara kematian yang mungkin berbeza pada waktu yang berbeza.

persoalan kembali,bagaimanakah kondisi saya ketika mati?

susahkan roh ini mahu terpisah daripada jasad?adakah saya akan mati sakit sendirian?mampukah saya mengucap kalimah syahadah di saat akhir?siapakah yang akan memandikan saya?siapakah akan menjadi imam solat jenazah saya?ramaikan jemaah?mudah atau sukarkan proses pengebumian nanti?

dan yang lebih dari itu,mampukah saya menjawab persoalan persoalan malaikat yang sudah menanti nanti?

adakah amal jariah yang saya lakukan yang berterusan hingga ke sana?

adakah nanti anak anak saya yang soleh solehah yang mendoakan saya?

yang pasti,untuk semua soalan di atas,tiada satu pun yang mampu saya jawab.

dengan diri saya kini,untuk husnul khatimah seakan sangat jauh.

hanya dengan rahmat Allah segala galanya pasti.Rahmat Allah memastikan segala kebaikan di dunia dan akhirat.

Friday, September 24, 2010

tee he

please dont enlarge this.