Friday, October 24, 2008

my 20 cents


Petang tadi pergi Port Melbourne, makan fish and chips macam biasa.

Maghrib pulang ke rumah.

Dalam tram,dapat tengok pelbagai gelagat manusia.

Depan aku seorang perempuan tengah menangis, boyfriend sebelah tengah pujuk2 dalam bahasa korea.Macam tengok drama korea pulak.Dalam hati, baiknya lelaki tu pujuk teman wanita dia.

Sebelah aku pulak, seorang pakcik tua dah kira usia datuk dah.Dari tadi tengok dia asyik senyum je.Baca majalah pun sambil senyum2.Tengok aku dia senyum jugak,nampak ikhlas.Dalam hati, bahagia eh pakcik ni..cool je.

Depan pakcik tu pulak,ada seorang perempuan tengah makan.Tengah2 duk makan tu tetiba air mata dia mengalir..sambil tengok hp dia.Dalam hati aku, asal la tetiba nangis,maskara dah cair sekali dgn air mata.

Hujung tram pulak aku nampak satu group family tengah bergelak ketawa,nampak anak gadis dia,lawa sangat.Nampak diaorg happy je..

hmm..subhanallah..I lost my words again..but apa2 pun,subhanallah..

No comments: