Salam semua.
Kembali ke sekolah selepas 2 bulan lebih bercuti cuti di rumah.Perangai lama bila balik melbourne kembali lagi : tidur lepas subuh,segelas coffee setiap hari atau lebih,berjam jam di hadapan laptop dan yang paling utama selera makan bertambah tambah.Cuma setakat 4 hari sekolah,belum berjaya ponteng kelas.Saya berusaha untuk gagal dalam ponteng kelas untuk semester ini.
Melbourne tidak pernah berubah.Dengan cuaca sejuk,berangin dan sekelip mata boleh bertukar panas serta merta.Semuanya masih sama.Cuma restoran sebelah rumah semakin besar,anak anak kucing dah jadi anak dara dan tahun ni agak ramai juniors datang ke melbourne.
Tahun tiga(mungkin tahun akhir) di uni merupakan permulaan buat saya setelah 2 tahun berbulan madu.Subjek untuk 2 semester akhir ini benar benar menyedarkan saya bahawa saya perlu bermula dari awal dan konsisten untuk graduate tahun ini.Dengan kuiz bagi setiap blok,essay,test dan presentation berjaya mencuakkan saya.Apatah lagi melihat beberapa senior yang repeat sem menambahkan lagi kegusaran di hati ini.Kat sini,you fail one subject,you have to repeat the whole semester ok!
Apa apa pun,what kills you always make you stronger.Tepuk dada tanya iman.Iman is the key to everything.Have a great day everyone!
oh My Lord,forgive me..
No comments:
Post a Comment