Sunday, May 31, 2009

welcome board


ini cousin saya yang paling best!!second cousin actually
sangat rapat dgn dia
semua rahsia dia saya tahu
semua rahsia saya dia tak tahu hehe
kak aini macam kakak saya sendiri( sama tak muka kami?hehe)

bertunang semalam selepas bertahun tahun tunggu prince charming turun dari kayangan.
at last turun jugok ye!


ini pulak muhammad adam(bukan tunang kak aini)
cumilnyeeeeeeeee

Saturday, May 30, 2009

yang kat dalam

xyah la susah2 mardiyah oi.

study sudah..

pernah tak rasa geram kat seseorang sebab dia asyik buat silap yang sama tapi dia tak sedar2 dia tu salah

and one time bila kita rasa dah sesak dada sebab tahan marah selama ni

dan this time rasa nak jerit depan dia sebab dah tak tahan simpan

dan bila dia buat lawak,buat dunno je

dan bila dia tanya soalan buat blurr2 je

oh,sikit lagi suara tinggi aku ni nak keluar tapi takpelah

kerana tarbiyah tu mengubah

tapi satu perkara walaupun sangat pahit nak tulis tapi biarlah nak tulis jugak

"kau tak pernah gagal buat aku sakit hati.never fail.dah cuba taknak sakit hati tapi advance la kau ni kan"

no,not you my beloved readers.(bukan org bukit bayas dan bukit depu ye,jgn merajuk pulok)

:-)

selamat malam.

saya mengaku sabar ini sgt tipis.jarang.kotor lagi.banyak lohong2.

macam macam hal

ironic.

the person who you love most is the one that hurts you most.

Friday, May 29, 2009

week 12

oh sungguh pantas masa berlalu, 12 weeks of lecture sudah berakhir

minggu depan, i'll be on a vacation

swot vac

study without teaching vacation

what a cool vacation huh.

and yesterday,we sent our KR aka my roomate off to the airport.she will be spending her swot vac at home(JB ok).he he.

muna before entering departure hall


tukang amik gambo kat atas


hmm..kena belajar eh?...:-(

*KR=ketua rumah

Thursday, May 28, 2009

entah apa apa

semua orang tengah tengok bola ye sekarang..

aku yg tak tau pape pasal bola pun tau match ni

semua shout kat ym "MU vs barca"

MU aku tau la amende, barca tu amende r?

barcelona kot..teka je

kat aussie ni,locals tak layan sangat bola MU,liverpool, dan seangkatan dengannya

diorang memang setia,sokong habis habisan footy team diorang

kalau gi city,kalau diorang tanya :where do you stay at melbourne?"

"carlton"

dia reply balik :"very bad football team"

"oooo"

sangat jarang kot jumpe diorang pakai jersi MU ke,chelsea ke...mostly pakai jersi team locals diorang..muroh sket kot harga jersi tu..ha ha

saje je tulis nak update blog.

:)


Tuesday, May 26, 2009

apa apa sahaja

inspirasi fatimah az zahra

:-)

i hope to be one

Sunday, May 24, 2009

va va voom

I envy them.

Takleh belajar, cell biology berbelit belit.

Saya bukan seorang yang optimis, bermaksud saya bukanlah seorang yang bercita cita tinggi dan berfikiran positif dalam memastikan impian menjadi satu realiti.Saya lebih suka membuat sesuatu tanpa mengharapkan result va va voom.Kalau ada exams, saya akan belajar dengan tenangnya (kdg2 kalut gak) tanpa meletakkan H1 sebagai target saya.Hanya satu sebab, saya tidak mahu stress.Memang begini cara saya mengatasi tekanan : taknak target tinggi2.Sebab yang kedua, apabila saya tertekan, saya tidak boleh belajar, satu apa pun tidak boleh digest.Sebab tu saya tak suka belajar last minute (stress ).Saya juga tidak suka menyenaraikan list-to-do dalam diari..hari ini wajib habiskan berapa bab, esok wajib siapkan itu dan lusa kena prepare itu dan ini.

Pendekkan cerita:

Setiap mukmin semestinya mempunyai kemahuan yang kuat dan bercita cita tinggi.Setiap yang beriman mengimpikan syurga yang paling tinggi, bukan level syurga bawah2 tapi nak yang tertinggi.Lagi best, dapat bersama sama dengan Rasulullah dan para sahabat.Dan ultimate nya, apabila dapat melihat Pencipta yang Maha Agung, Allah swt.

Dulu dulu, apa yang saya fikir hanya satu: taknak masuk neraka, takut!Kecik kecik dulu selalu saya fikir : semua orang islam end up masuk syurga kan, ok kot...last2 masuk syurga gak..huhu.

Sesungguhnya, orang mukmin itu bercita cita tinggi...aim kena tinggi..nak masuk syurga..syurga banyak level..nak yang paling atas..bila syurga paling atas..nak duduk sebelah Rasulullah, para sahabat dan syuhada'..yang paling tinggi, bila dapat melihat Allah swt..subhanallah.

pendekkan lagi cerita:
Saya kena ubah paradigma saya kepada seorang yang biasa biasa (tak bercita cita tinggi) kepada yang sepatutnya.Apabila yang paling tinggi itu ialah syurga abadi, semua impian saya dah jadi all in one.Dapat syurga yang tinggi, kita dapat semuanya.Tidak dinafikan terlalu banyak halangan dan tekanan yang akan dihadapi dalam mengejar syurga ini, tapi halangan dan tekanan itu merupakan bonus untuk lagi dekat ke sana seandainya kita berjaya mengatasinya.Ala, kalau harapan sangat tinggi, faham dan semangat berkobar kobar, kita takkan mudah mengalah.

I envy them.Mereka yang bercita cita tinggi.Yang tak teragak agak dan sangat yakin untuk syahid.

(dulu2 saya selalu pikir orang berimpian tinggi tinggi ni poyo dan tak realistik..jahilnya aku)

cemburu.

****

have lots to study, tomorrow ada test.

:) >>I am smiling to you, not just : and )

jap2!

nak share nih,sgt touching!(dapat dari anis from cardiff)

sgt suke quote ni : Cinta wanita sebelum dan selepas kahwin itu tidak sama. Sebab cinta wanita akan menjadi terlalu besar hanya selepas perkahwinan.


well said !

seriously





Saturday, May 23, 2009

early winter

I feel like home.@umairah's house, rubicon st, Dallas.


I will miss Melbourne

so much to tell

so much to share


ukht 'izzah : kekuatan bukan untuk ditunggu, tapi untuk dibina.

katibah : sifat rabbaniyyah yang tinggi itu segala galanya

istisyhad: surah al mulk itu perlu selalu dekat di hati,di baca,di hafal dan di amal

aku : Allah, aku selalu jatuh,jatuh dan jatuh di jalan ini, tetapi aku masih bersama mereka yang terpilih...

so much to tell, so much to share...

untuk diri,bercinta la dengan Allah,berperasaan lah dengan Dia..kalau kita bercinta bagai nak rak sesama kita, kenapa tidak kita all out bercinta dengan Pencipta rasa cinta itu..bukankah segala galanya dariNya...bercinta lah dengan Allah, bercintalah dengan Allah..cinta Allah tidak mengenal masa, tiada batasan,tiada resah gelisah,bebas dan semuanya.Kalau nak dating,anytime, anywhere.

mar,bercintalah dengan Allah.

bercintalah dengan Dia.

I love Allah,I love Allah,I love Allah.

143 Allah!!!

(Dia sangat dekat, takyah sms,takyah email,takyah call pun)

Friday, May 22, 2009

friday, people

my hand is shaking.nervous ke?takde sebab nak nervous..kurang glucose?ada kemungkinan..thyroid?akhir tahun ni insyaallah buat test lagi..(it runs in my family).

malam ni katibah dan qiam..yes,I need that...I am too occupied with all the notes,assignments,tests and quizzes..i want a break..a real break..

esok pagi bersama istisyhad..tidak sabar mentadabbur surah almulk dan hadis 21..

I have to get back in track with hafazan..susah sungguh nak istiqomah.

apa2 pun, alhamdulillah,alhamdulillah wa summa alhamdulillah ala kulli hal.

you people back in malaysia, missing you too much!

abah will go to egypt and umrah this sunday,semoga selamat semuanya.

Thursday, May 21, 2009

sampai bila mahu begini

dunia ini indah, cantik dan mempesona

dunia juga fana'

dunia itu persinggahan

seumpama R&R di lebuh raya

singgah sebentar sebelum ke destinasi yang pasti

antara firdaus,illiyina atau pun neraka jahim

di situ selama lamanya

masanya infiniti

wahai diri apalagi yang kau cari

keseronokan ini hanya palsu

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim

Engkau Tuhanku

ampunilah daku

ampunilah daku

ampunilah daku


cik epi

adikku syafiyyah,

selamat hari jadi

semoga dirahmati

jua diberkati
jangan bercinta di matrikulasi
perjalanan masih jauh berbaki
nanti nak pergi oversea
jaga diri jaga peribadi

sekian dari kakakmu ini


sannah helwa ya ukhti habibati

Wednesday, May 20, 2009

goodbye


haha..muka ntah pape..


australian matriculation 2005-2006


serabut weh tengok blog ni.

seserabut hidupku kini.

saya cuba tukar2 template untuk blog ni supaya nampak simple,fresh (hoho) dan tersusun sikit.guna yang blogspot je, malas la habis masa cari kat lain.ok la kot,tersusun sikit nampak.

sekarang a bit upset sebab mood ataupun momentum untuk belajar agak kureng.penat duk hadap lecture notes tapi satu apa pun tak masuk.tabik ah pada sesiapa yang boleh study tanpa memerlukan mood ni.asal baca,terus lekat kat otak.

next week minggu akhir semester tapi still ada 2 tests! ingatkan akhir akhir semester ni bleh la tenang2 skit dan fokus untuk final exams tapi ada test lagi.hmm..layann..

minggu ni emosi kurang stabil sikit ke memang sokmo emosiku x stabil?huhu..kadang2 masalahnya kecik je tapi mesti ade je pelakon tambahan yang suka membolak balikkan emosi ni.sape lagi kalau bukan syaitan laknatullah.at the first place boleh je control emosi tu tetapi tetiba jek rasa sesak dada ni..pastu mula la rasa tensi2..

semoga malam ni lebih produktif dari malam malam yang berlalu..

period ini memang sukar, semoga diberi kekuatan.

nok senyum skit :)

i miss home, i miss friends ..*sigh*

Tuesday, May 19, 2009

:)

sabar lah hati untuk sedikit masa lagi

:-)

Monday, May 18, 2009

apa apa pun keadaan

masa tinggal sedikit

kerja semakin banyak

situasi semakin tegang

exam oh exam

hanya takwa membezakan

"ketenangan itu hembusan dari langit..."

Dalam apa apa pun situasi dan mehnah,semoga cinta dan percaya ini takkan pernah berubah.Teguhkan aku ya Allah.

Yakin dengan Mu

Yakin dengan Mu

yakin,iman,percaya

:)

"ketenangan itu hembusan dari langit..."

Sunday, May 17, 2009

sensei

Semalam 16 mei 2009.

Ok,it was a teacher's day.Saya tak wish sorang pun cikgu cikgu saya.I am not a good student,I admit this.

Ada tak orang tak pernah kena marah oleh cikgu?Tabik ah!

3 peristiwa yang saya ingat sampai sekarang.

1)Masa darjah 2
Cikgu nazipah tengah mengajor kat depan saya duk pok pek pok pek dengan kawan kat belakang.Kusyuk sangat bercakap kat belakang tiba tiba "pap" (tak reti nak kabo bunyi gane).Sakit woo pipi kena baling dgn kapur.hoho.Selama ni duk tengok orang lain yang kena, sekali pipi sendiri yang kena.Sakit dan pedih.Serious!!

2)Masa darjah 6
Teacher Lim tengah mengajor kat depan, saya pulok sibuk bagi buku latihan.hehe.Annoying la kan,so teacher jerit kuat2 "mardhiyah!!!!!!!,stop doing that!!!"..sikit g nak keluar air mata tapi try maintain..

3)Masa tingkatan 5
Ini memang salah saya,saya tak buat homework.Ingat lagi masa tu ada homework karangan saya hantar sehari lambat.Dengan tenangnya saya melangkah masuk bilik guru dan jumpa cikgu Aminah."Cikgu,maaf saya lambat hantar karangan"."oh, patutla dok cukup sorang,awok rupenya x anto lagi karangan.awok tahu dok bla bla (dengan nada yang sangat tinggi)..bla..bla..bla..doh la awok pengawas!!! (nada menjerit) bla bla...gini rupanya pengawas..x jadi contoh baik..bla...bla..bla.."

(dalam hati: wuhoo,nyesal aku pakai baju kaler orange hari ni..)

saya diam je,tengok cikgu kelip kelip sikit.pastu tengok sekeliling bilik guru, fuhh..nasih baik x ramai cikgu..ada la 2 orang time tu.."cikgu,saya mintak maaf ..memang silap saya.."

cikgu Aminah ok!huhuhu...tapi memang salah sendiri pun..patut pun kena maroh..

esok tu masuk kelas ade la sebakul lagi kena perli dek cikgu aminoh tapi biasa la saya pakar bab2 buat slumber ni(buat blurr2 skit)..haha..tapi respect ah cikgu Aminah sebab beliau profesional..lepas tu terus jadi baik dengan beliau.


kesimpulan: cikgu ialah insan yang sangat mulia.Yes, their mood swings sometimes (or many times) tapi cikgu tetap cikgu sampai bila bila.Title tu takkan berubah.

p/s: kawan kawanku yang bakal jadi cikgu, jangan garang ngak neh..hihi

Saturday, May 16, 2009

aku dan mereka bagai langit dan bumi dalam segala galanya

semalam, 15 Mei 2009.

61 tahun Israel bertapak secara haramnya.

An nakbah, malapetaka.

do we care?

masalah aku:
-malas nak pergi lecture
-assignment 1000 words tak siap
-hari ni nak masak lauk apa??
-period pain!!!!!!!
-telor kat dapur habis
-duit dalam bank tinggal AUD500
-bil hp dah exceed
-dapat test 11/15, kenapa tak full mark???
-baju 2 bakul tak basuh
-baju raya mak tak hantar jahit lagi
-printer stuck, 10 minit lagi lecture nak start
-esok test, tak baca habis lagi ataupun dah baca habis tapi tak ingat points lagi
-tak boleh tidur malam,tension bila golek2 atas katil tapi tak bleh tido walaupun dah pukul 2 pagi
-kena iron tudung!!grrr
-girlfriend merajuk (orang lain la sebab saya takde girlfriend)
-jacket nak g new zealand tak beli lagi
-tension dgn kawan tanpa bersebab
-bila nak kahwin nih?
-
-
-and the list goes on and on and on

masalah mereka?
-agama,bangsa,tanah air,keluarga dan segala galanya milik mereka dirampas dan dizalami.Dibunuh,dirogol hidup hidup.


marah,geram,benci,sakit,sesak dada menjadi satu.


Do we really really care?I mean really really care?

I dont think so, really.

****

Baru dapat email from lecturer.Ian congratulates all members of group 2 sebab they did a very high standard essay.Semua dapat result tinggi tinggi.I am group 4 so my essay still in the marking process, result tak dapat gi.Now,my expectation dah jadi tinggi,aku pun nak dapat markah tinggi gak.Pressure la pulok rasa cam gini.Sekali dapat markah rendoh je.

I hate myself, I hate myself now.

So what mar?so what kalau tak dapat yang ko nak?so what??!!

bukan mati pun.huh.

betapa keciknya masalah aku.kecik.kecik.kecik.malu.malu.

Thursday, May 14, 2009

esok jumaat

aku bermimpi..

semoga ia menjadi realiti

segala puji bagi ALLAH

aku yakin dengan petunjuk ini

time will tell.

home





sebelum melelapkan mata.

rindu adik adik,rindu yang bongsu ni.rindu ikmal.

Wednesday, May 13, 2009

rojak rabu

penemuramah :siapa orang yang awak paling menyampah,benci,tengokpun menyumpah2?

saya : mat rempit,minah rempit seribu kali ganda bencinya.rasa nak langgar diorang free2 je tengah jalan tu..bestnye.

****

yahooo!!hoki bleh masuk separuh akhir!!pasni jumpe pakistan pulok..gulp.

****

best gok bace kisah politik kt malaysia ni ek..banyak drama..suka hati ler korang..mahkamah tinggi ke,mahkamah rayuan ke..mahkamah ALLAH mengatasi segala2nya nanti..sama sama kita saksikan..

***

pkul 1 now..baru abis kelas..kena stadi lusa ade test..test ni kena score..sebab apa kena score?sebab test baru ni kantoi, cukup2 makan je result..malam ni kena stay up ok. muna teman saya stay up eh malam ni?( muna tu roomate saya, tuan blog my thoughts fragmented.memang berfragment2 thoughts dia ni)

***
jam 8.20 malam

tengah stay up ni..yela sekarang malam panjang kan.pukul 5.22 dah maghrib..hehe..supaya tidak melayang layang di angkasa...

***

jam 12.51 malam

muna berada di angkasa..semoga aku masih mampu bertahan..atleast one more lecture before beradu..

***

jam 1.59 pagi

udah takleh masuk,malas pun ada..meh menuju angkasa..zzzzz

Tuesday, May 12, 2009

wow

I feel tired.Penat.Letih.

(i'm whining i know)

Baru hantar assignment tadi.The last one in this semester.I am done with essays, atleast for this semester.Yet, 3 more tests to come within the last-three-week of semester.

It is like a race.Sudah separuh jalan berlari,berjalan and now I am reaching to the finish line.I can see the last stop.It is not near but I can see it. It is not too far then.I can see but I cant touch.

Bila berada di hujung perlumbaan, people tend to get a bit slow.Memang penat but I have to finish this.I'm nearly there!

I'm talking about my studies.

Poyo ar mardhiyah cakap pasal belajar macam orang lain x blajo je.Whatever.Learning is damn difficult for me.and stressful as well.

:-) -->smiling to all readers

:-)

:-)

***

kisah semalam, ym dengan yapma

yapma: mar,nok gmbo aku kawen
mar: hahhahah, xrok mu gmbo sdiri xdop ke
yapma: aku x tgk sutir pun lagi
mar: hoh..amik r
yapma: wi byk gok sket gmbo
mar: cet

nota kaki: yapma xleh baca blog ambe. hehe.private katakan.orang yang tak kenal dia pun dah tgk gmbo dia dalam blog ni ha.

Monday, May 11, 2009

;-))

"boleh tak kalau nak berhenti..."

"jangan camtu.." "kita hampir ke situ..."


sayang kamu semua!


***
surga Mu

Segala yang ada dalam hidupku
Kusadari semua milikMu
Ku hanya hambaMu yang berlumur dosa
Tunjukkan aku jalan lurusMu
Untuk menggapai SurgaMu
Terangiku dalam setiap langkah hidupku

Karena…
Kutahu…
Hanya Engkau…
Tuhanku…

Allahu Akbar
Allah Maha Besar
Ku memujaMu di setiap waktu

Hanyalah padaMu
Tempatku berteduh
Memohon redha dan ampunanMu
Tunjukkan aku jalan lurusMu
Untuk menggapai SurgaMu
Terangiku dalam setiap langkah hidupku

Karena…
Kutahu…
Hanya Engkau…
Tuhanku…

Allahu Akbar
Allah Maha Besar
KumemujaMu di setiap waktu

Hanyalah kepadaMu
Tempatku berteduh
Memohon redha dan ampunanMu

Allahu Akbar
Allah Maha Besar
KumemujaMu di Setiap Waktu

****


i miss home, i miss everyone back at home,rindu sangat.

rindu nak balik!kenapa saya susah2 nak belajar jauh ye?haha

susah2 je..

Sunday, May 10, 2009

where to from here

sayang kamu semua

my last autumn at melbourne?

ada essay due selasa ni dan test jumaat ni..again?yes..again!!well, i am enjoying every bits of my final year!!:-))

what i am going to do next year?
-sambung belajar?
-kerja? ( i am not ready yet to work!!, biase la perempuan..)
-holiday?

I have to do my essay tonight, not much time left..

3 minggu lagi lecture weeks, 3 minggu je lagi!!then exam 4 hari pastu winter break sebulan!

banyak tanda seru tu membawa maksud level adrenaline saya sedang tinggi.

mak

Rasanya suhu badan kembali panas, kepala rasa sedikit berat..inilah kelemahan diri, antibodi sangat lemah..cepat tak sihat bila berlaku perubahan cuaca.Time macam ni memang nak duk kat rumah...

Post ni khas untuk mak tersayang sempena hari ibu walaupun sebenarnya tak perlu hari ibu pun untuk menghargai kasih sayang dan pengorbanan seorang ibu..

Tadi cari gambo mak nak upload tapi banyak tertinggal dekat malaysia..huhu..apa2 pun, mak saya a superwoman pada kami sekeluarga.

Sayang mak sangatttt!!!

tadi call mak pastu dia tanya,

"mar taknak balik raya ke bulan 9 ni?balik laa..."

hmmm...

Saturday, May 9, 2009

yapma's wedding

sweet sangat!

beautiful bride

:-)



9.5.2009

Dr Ruh Akmal & Dr Mohd Sobrie ( to be )


Khas untuk all bukharians dan shamsians batch 2004..anyway husband yapma ex kisas.Currently they both are doing fourth year medical course at USIM..classmates la senang crite ni..okies..more photos later ok..

tahniah yapma and sob!so happy for both of you!

p/s: suka sgt tengok gmbo org kahwin ni..bleh rase keberkatannya.Subhanallah.

yeah

Demam.

Sore throat.

Sakit perut (bukan sakit perut biasa).

tetiba dapat msg dari malaysia,

"mar,dah selamat"

tetiba air mata jatuh..

she is my best friend for life and now she is a wife.

Friday, May 8, 2009

bersama adik2

"akak, akak nak kahwin eh"

"ha?"

"akak nak kahwin akhir tahun ni eh?"

"huhu..akak nak grad akhir tahun ni adalah.."

"ala..bagitau jela..akak pergi kursus kahwin kan minggu lepas?"

"akak tak pergi pun..kak intan yang pergi..=P.."

"bila kak?akhir tahun ke?kitorang nak pergi ganu ni.."

"korang ni..akak tak kahwin tahun ni..takde2.."

"dengan sape kak?orang tu dekat malaysia ke?"

"kena orang malaysia ke?local tak boleh?"

"ha?ye ke kak?orang putih?"

"haha..takde2..akak tak kahwin..korang salah dengar ni..kak baie nak kahwin..tau?"

"aah..tau2..dengan sape?"

"kalau nak tau dengan sape kak baie kahwin, kena la datang kuliah selasa..hehe"

"so..akak dah bertunang ke?"

"pulak..akak dah nak balik ni...lewat dah.."

Thursday, May 7, 2009

kaki dan lelaki

Antara rijlu (kaki) dan rojlu (lelaki) , dua perkataan yang berbeza maksud tapi mempunyai sejarah yang menarik.

Di zaman Rasulullah dan para sahabat, mereka banyak hidup bermusafir. Dari satu tempat ke satu tempat.Bermusafir ke Taif, Habsyah, Madinah terutamanya, bermusafir untuk berperang dan lain lain.Mereka menunggang unta dan berjalan kaki. Jumlah unta tidak cukup untuk menampung jumlah musafir.Jadinya, lelaki yang berjalan kaki dan perempuan diberi kelebihan untuk berada di atas unta.Jadinya, kaki (daripada berjalan) sangat significant dengan kaum lelaki .Dan dari situlah sebenarnya muncul perkataan rojlu (lelaki) daripada rijlu( kaki). Ejaan yang sama dengan huruf ro',ja',la' tetapi perbezaan baris huruf pertama membezakan maknanya.

Benarlah, bahasa melambangkan culture bangsa itu.

Grammar (qowaid) bahasa arab memang susah.Sometimes (or many times) structure of the sentences are not paralleled to the rules.It just happened, it is how arabs use it.

Belajar arabic daripada native speaker adalah satu kelebihan.Tutor saya, namanya Yusof seorang palestine.Lecturer saya, Mira, I think she is a lebanase or egyption.2 orang pengguna bahasa arab tapi mempunyai character yang amat berbeza. Mungkin jugak sebab gender yang berbeza kot =p

Yusof was graduated from engineering school but end up becoming a translator.Saya rasa belajar language sangat menarik.Dan tidak semua orang suka bahasa.Saya semakin suka arabic.Setiap perkataan, ada sejarahnya, ada kaitannya.

Mira once said,

"Mardhiyah, you should take advance arabic in the future.You could be a teacher"

(maksud tersirat: sayangnya dah belajar bahasa arab tapi takkan separuh jalan je,sambunglah into advance arabic)

aah,memang pun.antara suri rumah ataupun cikgu.

:-)

Wednesday, May 6, 2009

penat


I went to his show.Yeah, dakwah itu seni.Some people bila dengar jokes nih lagi mudah terasa.


****

Masa itu kehidupan.Kehidupan yang berlalu takkan berulang, begitu juga dengan masa.Banyak kerja kena buat tapi banyak juga masa yang terbuang.

Rasa nak berblog tapi takde idea

Aku kena belajar lebih berperasaan

Selamat malam semua

Monday, May 4, 2009

exam lagi..

Semester kelima tinggal sebulan lagi dan exam timetable dah keluar.Macam biasa, saya paling lambat habis exam but fortunately saya tidak keseorangan!hehe..dugaan tau habis lambat ni kalau sorang2..imagine you have another one week to wait for your last paper and no one at home!!!!

so, here goes the subjects and dates.

11.6. : molecular aspects of cell biology
17.6. : frontiers of cell biology
24.6. : functional genomics and bioinformatics
26.6. : Arabic 2A

tapi untuk lecture weeks yang tinggal sebulan ni, ada lagi list yang kena settle kan:
-lusa quiz cell biologi
-another test of molecular aspects
-another test of functional genomics
-another essay

bosangnye post nih..

Sunday, May 3, 2009

updates

Today is sunday dan esok isnin.Esok kena submit essay dan rabu ni ada test.Final year lah mar, biasalah.Minggu depan another essay dan test.A month to go to finish this semester and musim imtihan kembali..again!huh.

Remember tak pasal weekend ni saya taktau nak gi mana?nak gi kursus kawen or g malaysian hall.Saya tak pergi mana2 pun.he he.Instead, my friend bought us tickets to see baba ali (ummah films) tonight.Bukan movie kat cinema tu , tapi ini.He came from Los Angeles .

I better have to get back into my essay and grab some food for lunch.

***

ini cerita semalam.

Aku dan housemates nak pergi rumah senior.Kami ke sana naik tram.Naik tram 10 minit dan harga tiket tram 3.70 dollars.

Orang lain semua dah ada tiket, aku je nak beli tiket dalam tram.

Naik tram pergi kat ticket machine dan baru je nak masukkan duit,

"Do you want this ticket?"

"sorry?"

"I have a ticket, do you want it?"

"oh,i'll pay you then"

"no,no..take it for free"

"oh,really, thank you so much"

hmm..nak kata tiket dia, dia tak turun pun,mungkin tiket kawan dia yang dah turun tram ni..he looks like arab a bit, muslim kot..if he is not a muslim, i wish he is one day.Thank you Allah.