Akhlak.
Minggu lepas pergi menemani adik ke jamuan kelas tuisyennya.Semua pelajar 5A dan 4A dijemput ke jamuan kesyukuran atas kejayaan mereka.
Tepat pada masanya dengan perutku yang sentiasa terasa kosong ini (walaupun selalu diisi ish ish).Ambil nasi kemudian aku duduk di bahagian perempuan.Betul betul duduk di sebelah budak perempuan.Sekilas pandang aku boleh agak dia murid tahun 6 yang diraikan atas kejayaan mereka.
Dia senyum dekat aku(sweet takpe same2 perempuan).Berbaju kurung, berstoking kaki dan juga di lengan.Duduk bersimpuh (aku duduk bersila ho ho).
"adik dapat 5a?"
hanya senyum lalu mengangguk.
"nanti sekolah mana?"
"tok jiring"
"ohh..(aku ingat shams..he he)"
"dah lama tuisyen kat sini?"
mak dia disebelah mencelah "dia ni suka belajar..dari darjah dua nak pergi tuisyen..mak cik tak suruh pun..mak cik pe lagi ambik lesen kereta sebab dia, dan hantar tuisyen tiap2 malam"
"ohh...bagusnya.."
***
terkesan sebenarnya dengan kisah anak dan emak ini.baru faham apa yang dimaksudkan sejuk mata memandang..sejuk beno tengok penampilan si anak perempuan tadi..nasib baik aku masih bujang dan tiada anak teruna..baru faham nape orang2 tua ni suka jodohkan anak dia dengan perempuan pilihan..hish..berkenannya dengan si anak tadi..pe ni mar..ini sudah lebih..
lagi..terkesan juga dengan pengorbanan si ibu yang sanggup belajo kereta demi anak tersayang..percayalah belajar kereta is the last thing I want to do..hoho..perasaan berjaya dapat lesen P serasa kadang2 sama dengan graduation baru baru ini..
***
apa yang aku nak cakap ni..nak cakap soal akhlak sebenarnya..betapa akhlak sekecil kecil akhlak mampu menggegar hati dan asbab kepada hidayah..pertemuan rancangan Allah antara aku dengan si anak dan si ibu tadi membuatkan aku muhasabah,menilai akhlak sendiri.betapa aku mudah marah,mengeluh,kurang sabar,malas nak senyum,malas nak layan tetamu datang,cakap kaso,stress dan banyak lagi.serasa jauh dengan acuan alquran akhlak Rasulullah.
mahu mencontohi Rasulullah..as a servant,a daie,a daughter,a wife to be, a mother to be,a sister,a friend, a roomate....a blogger.
No comments:
Post a Comment