Singgah di blog cik in,tup tup lagu Maher Zain barakallahu lakuma.Teringat Hannan sebelum ini dengan semangatnya suruh dengar lagu ni."Best mar..dengarlah".Sekali dengar ala ala hindustan kurang berminat tapi lirik amat best.Meaningful.Sekarang,macam best pulak lagu ni.Suka doa doa dalam lagu ni..
Menghayati lirik lagu ini membuatkan diri melihat kembali rentetan hidup 2,3 tahun ini dan juga terfikir apa di hadapan.Sebulan beberapa hari lagi untuk bernikah.Ada yang bertanya soal perasaan dan persiapan.Soal perasaan merupakan soalan susah buat aku yang kurang berperasaan ini.hoho.Mungkin campur2.Gembira,sedih,takut semua ada.Soal persiapan jugak susah nak jawab.Tipu aku tidak risau persiapan majlis yang lebih kepada menyusahkan seperti gubahan itu ini,langsir,cadar,door gift,tudung,samping dan lain lain.Tapi aku lebih risau persiapan diri sendiri yang terasa sangat kurang ilmu dan macam macam lagi.Aku lagi takut memikirkan sikap diri dan akhlak ini.Mampukah aku menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri dengan penuh sabar dan ikhlas.
Memikirkan realiti alam perkahwinan yang bakal ditempuhi, aku bertanya kembali niatku untuk bernikah.Aku amat yakin manusia yang normal pasti akan cenderung untuk berpasangan,untuk bergelar isteri atau suami kepada seseorang yang disayanginya.Menyoroti kembali episod hidup yang dulu,aku baru perasan soal nikah merupakan satu satunya check list yang aku tak target bila dan pada umur berapa.Tidak pernah terfikir nak kawen umur 30,25,24 mahupun 23.Tidak pernah mensasarkan bila bila mahu menikah.
Sehinggalah ketika berumur awal 21 tahun aku mengambil keputusan menyatakan hasrat untuk menikah kepada ibu bapa.Tidak tahu sebenarnya di mana kekuatan diri menyatakan kepada mak dan abah melainkan hanya daripada Allah.Ibu bapa ku bukanlah seperti sesetengah yang lain yang sangat2 menggalakkan anak anak berkahwin di usia muda.Soal nikah bukan perbualan biasa antara aku dan emak apatah lagi abah.Sehinggalah suatu hari aku menebalkan muka (padahal nikah itu sunnah nabi..tidak perlu tebal muka sama sekali) telefon mak cakap nak kawen.Pada awalnya mak ingat aku main main.2,3 bulan lepas itu aku tekankan lagi sehingga mak dah naik boring aku asik mintak nak kawen aje.Sehinggalah mak memberanikan diri cakap dengan abah tapi abah memang tak bagi sebab masih belajar.Boleh kawen syarat kena habis belajo..fuhh..seb baek akak amik biotech 3 tahun aje..he he).
Awal 22 tahun 25 januari 2009 aku bertunang dan tarikh untuk nikah sebenarnya tidak langsung dibincangkan.Baru bertunang,ada beberapa komen yang mengatakan awal beno nak kawen dan belum lagi berkawen ada yang komen awal jugak nak kawen.Kalau dipanjangkan umur dan diizinkan Allah,aku akan bernikah ketika usia awal 23(ak rasa tua hu hu).Sebenarnya aku memang dah ada jawapan skema untuk soalan ini."memang pun saya nak kawen awal,memang ini yang saya mahukan" (skema sekali bunyinya).
Jujur saja di sini.Sememangnya saya menanti nantikan saat pernikahan.Tidak sabar menantikan ibadah yang dilakukan sebelum bernikah bakal dinaik tarafkan kepada darjat yang lebih tinggi.Kalau selama ini mengejar keberkatan dan kelebihan bersolat jemaah dengan 27 darjat lebih dari solat sendirian kenapa perlu menolak dengan darjat yang berganda ganda bila bergelar isteri?Juga menanti-nantikan keindahan mawaddah dan rahmah anugerah ilahi dalam rumahtangga seperti yang dijanjikan dalam ayat 21 surah ar rum.Dan lebih dari itu saya juga menantikan anak anak anugerah Allah untuk menemani hari hari depan.Tiada yang lain akan menolong saya di alam sana melainkan anak anak soleh yang mendoakan dan amal ibadah yang bermanfaat.Of course nak anak kena kawen dok.Terkesan dengan kata kata mak tempoh hari "setiap anak mak,mak tunggu bila Allah nak bagi..di awal perkahwinan lagi mak tunggu adik kamu ikmal yang bongsu tu".Emak melahirkan ikmal ketika berusia 42 tahun dan emak menikah umur 22 tahun.20 tahun mak menunggu ikmal lahir ke dunia...subhanallah.
Tidak sama sekali aku menulis ini kerana aku bolehlah, Allah dah buka jalan untuk menikah.Tidak kisah lah awal atau lambat jodoh tiba itu bukan soalnya,soalnya bersedia lah dan berdoalah ke arah itu.Insyaallah jika 12 februari datang,aku masih bernafas dan diizinkan Allah,2 tahun lebih sebenarnya aku menantikan saat itu.Mungkin 2 tahun menunggu dan berdoa merupakan tempoh yang singkat dibandingkan dengan orang lain yang bertahun tahun menanti.
Kerana ketetapan ini sudah termaktub sebelum lahirnya kita di sini dan kerana apa yang kita dambakan lebih dari dunia dan seisinya.Aku yakin padaMu Allah.
Kerana apa yang kami dambakan lebih dari dunia dan seisinya Ya Allah..
2 comments:
congrats..
sabar, insya Allah semua ok..
ambe perjalanan jauh ag.
bace entry ni, xleyh bayang gane nk kabo ke mok pok nk kawen.
ckp pasal kawen pon malu gile2,dh la x pnah cakap. hehe.
dok caye rase sorang2 manusia 'sebaya' kawen.
koho tua dh upenye kite semua..
keri:say it..heheh..kabo jela nok kawen tu..kabo hari ni x bermaksud esok bleh kawen...slow2 kabo..ceh,panda je ambe buwi nasihat
Post a Comment