Sunday, April 25, 2010

haiyaaaa makcik nih

lagi sebulan.

sebulan??lama pada saya.

ada yang bertanya,rasa sedih sangat ke kena tinggal sementara dek suami?memang begini ke?

aah.sebab dia suami.rasa kasih sayang Allah cipta untuk isteri kepada suaminya amat amat luar biasa.

dulu bertunang setahun,jarak dan masa yang memisahkan lagi berganda2.tapi saya tak kesah.takde rasa sedih.takde rasa mengada ngada begini.i dont care pun.dulu saya ingat saya memang begini (naik risau nak kawen kalau perangai begini).ingat aku ni jenis i dont care larhh.

eh dah kawen,semua dah lain.begitu fitrahnya suami dan isteri.

siang2 diri ini penat tolong mak urus adik2,malam2 lepas isyak baring baring mula lah air mataku yang dulunya selalu kering kini hujan hampir setiap malam.ada masa aku tahan bila on phone dengan suami kadang2 terkeluar juga air mata,kadang2 terkeluar bunyi esakan terus.tapi apa2 pun kena tahan,jangan bagi suami dengar kita menangis sebab kuatnya isteri akan menguatkan suami.jangan sampai suami tanya "menangis ke?".jangan tunjuk kita lemah depan dia sebab akan melemahkannya.

dulu selalu rasa mengada2 giler bagitahu orang lain menangis sampai lencun kes suami duk jauh.manja weh menangis pasal 4 hari suami ke luar daerah.takkan nangis kot?kuat r sket.

hakikatnya ianya tidak semudah itu bila bergelar isteri.percayalah.ni saya nak cakap betapa kuasanya Allah menciptakan rasa belas,cinta,kasih dan sayang antara lelaki dan perempuan yang sah di sisi syariat islam.

takpelah mar,nangis rindu lah kau senyap2. insyaallah rindu suami Allah suka!yang halal lagi suci,memang Allah suka!

(sebab tak tau nak cakap kat sape,i tulis ler kat sini,kalau rasa mengade2 memang pun sgt mengade kot)

Saturday, April 24, 2010

syukur

ramai daripada manusia mampu menghadapi ujian kesusahan dan penderitaan, tapi berapa ramai yang mampu ataupun menyedari mereka sebenarnya diuji dengan pilihan,persoalan dan kesenangan.satu daripada banyak2 perkara,syukur sangat susah menyerapi hati ini.tiada satu pun ataupun kosong apa yang kita ada di dunia ini milik kita dan atas usaha kita sendiri.bahkan,untuk merasai keindahan syukur itu sendiri merupakan anugerah ilahi.ya Rabb..

untuk diri sendiri,mungkin terlalu banyak nikmat kesenangan,pencapaian yang sebenarnya bukan milik sendiri,segalanya dikembalikan kepada Allah Taala

1)bersyukur atas kesempurnaan tubuh badan,pancaindera pinjaman ilahi

2)bersyukur atas kehadiran ibu dan bapa yang dipinjamkan Allah pada diri ini

3)bersyukur atas 5 orang adik,ahli keluarga penyeri dalam hidup ini

4)bersyukur atas rezeki kurniaan Allah,bermula dari bekalan glukosa daripada ibu ketika dalam rahim sehingga ke saat ini,baru sudah makan nasi ayam. 23 tahun dengan rezekiMu Ya Allah...

5)bersyukur atas kesempatan mendapatkan ilmu..sungguh lengkap..masuk tadika umur 3 tahun sehinggalah Allah melayakkan aku menerima ijazah daripada university yang hebat di mata manusia.

6)bersyukur atas kehadiran kawan kawan seperjuangan yang sama sama mengharungi pahit susah belajar di sisi..tiada satu yang Engkau lupa Ya Allah untuk aku..

7)bersyukur atas jodoh apabila Allah menemukan seorang teman yang berlainan jantina untuk melengkapkan fitrahku sebagai seorang perempuan.Untuk berkongsi segala galanya.

8)lebih dari itu,Allah anugerahkan lagi aku dengan sebuah keluarga mertua yang sangat aku senangi.

9)tidak cukup dengan itu,Allah anugerahkan aku adik beradik ipar.dulu aku anak sulung tapi kini aku punya ramai kakak,abang ipar dan anak anak saudara.

ooh...banyak lagi..tak tertulis..

mulut sangat ringan berterima kasih pada manusia,mata sangat cepat kagum dengan kehebatan manusia..sudah tiba masanya segala galanya dikembalikan pada Allah..bukan lagi "nasib baik awak ada..kalau tak..."

cukuplah nasib baik nasib baik perkara lain yang menjadi asbab pada terjadinya sesuatu..kerana segalanya Allah yang punya.

kalau satu hari ada yang jemput kita bagi ucapan atas kejayaan dunia kita,takyah susah susah fikir nak cakap apa.(kalau ada ler )

"syukur alhamdulillah,segalanya daripada Allah,hidupku dan matiku hanya milik Allah"

Tuesday, April 20, 2010

rindu dan sedih

Aku sedang futur,
solatku umpama persinggahan hambar,
puasa?Aaah…perutku tak tahan lapar,
malamku berlalu tanpa qiamullail,
mashafku tersisih tagih perhatian,
catatan amalanku mengeluh hampa
Aku sedang futur,
melangkah ke jilsah terasa susah,
mendengar pengisian terasa muak,
aku mahukan bebas dan rehat,
bukan langkah yang sering diatur,
bukannya taklifan yang sering membeban.
Aku sedang futur,
bermalas santai menonton filem,
bertukar cerita berbual kosong,
lebih ku suka dan ku damba,
dari ziarah yang belum tentu hasilnya,
dari tazkirah yang belum pasti penerimaannya.
Aku sedang futur,
dakwah bagai merampas segala,
studyku..wangku..masa lapangku,
amar makrufku bukannya dipeduli,
nahi mungkarku dibiar sepi,
jadi..untuk apa aku bertahan lagi?
Ya, aku memang sedang futur!
Tapi kenapa kalian menjauh?
Mengapa tiada tangan yang menghulur,
memaut bahu berkongsi kekuatan,
menutur mau’izah mendamai jiwa?
Bukankah kita umpama bangunan,
saling menguatkan pabila lemah,
saling memperingat tatkala lupa?


(C&P from www.ummuasad.wordpress.com)

sedih dan down.tiap tiap hari check email kalo2 ada khabar dari melbourne.

sejak bila aku sensitif ni?

maknanya aku kesah.

Monday, April 19, 2010

enough said

“Katakanlah (wahai Muhammad): Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, – (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk ugamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka).”

(At-Taubah:24).


di mana kita?

T_T





Saturday, April 17, 2010

refreshed.

masa lapang ini.

supaya ke arah lebih baik:

1)puasa sunat isnin dan khamis (puasa sunat memang susah untuk saya)

2)solat dhuha.sangat susah untuk dibuat tapi keenakan solat dhuha Allah bagi terus lepas solat tu.Rasa tenang yang sangat2.merupakan ibadah favourite.

3)witir sebelum tidur.masih gagal jadi amalan hari2.bulan puasa aje aku berwitir.

4)hafazan oh hafazan.my bad my bad. =_=

5)solat sunat rawatib.Selalu tak buat yang sebelum solat,banyak buat selepas solat.pemalasnya i.

6)solat sunat tahajjud.I must say,ini merupakan cabaran terhebat selepas kahwin..hoho..susah gile aku nk bangun awal untuk qiam.tapi kalau pagi tu ada bola boleh pulak kami qiam.boleh pulak sebelum or selepas suami tengok bola kitorang qiam.apekah!

7)maksurat...aduhai ssh gak yang ni since balik dari melbourne..adoi.

muhasabah mar muhasabah.

Friday, April 16, 2010

K&M

Saya menulis di sini bila rasa nak tulis sahaja.Antara kelebihan bila menulis blog pada saya ialah dapat muhasabah diri,dapat memperingatkan diri sendiri.Many times kalau saya menulis sesuatu saya sebenarnya berusaha ke arah itu.Kau dah tulis,kena la buat.Paling kurang,kesedaran tu ada.Selalunya saya menulis bila ada hari hari yang saya belajar dan tahu perkara baru.Tujuan utama,untuk diri sendiri.

Selepas nikah,saya tukar langkah hidup jadi hijKLMno,siap tulis husband and wife.Sebenarnya suami tidak terlibat langsung dalam penulisan blog ini.Malah,dia baca blog saya setelah kami bernikah.Kadang kadang dia baca kadang kadang tak.Tapi bila dia baca dia komen macam2 bila balik rumah (dia baca dekat office).Merah padam lah muka saya menahan malu bila dia komen balik apa yang saya tulis.Dia ada tanya kenapa tukar langkah hidup?saya jawab tak tahu.Rasa nak tukar.he he.

Saya sebenarnya sedaya upaya mengelak untuk menulis tentang kisah kami.Bukan saya tak suka kongsi ke apa tapi merasakan tidak semua orang selesa bila saya menulis soal ini.Kalau ada yang personally tanya saya macamana kenal suami,saya tak kisah pun nak beritahu tapi untuk menulis di sini,saya kurang selesa.Secara jujurnya saya rasa lebih banyak perkara tak best bila baca kisah2 peribadi begini.Soal hati yang perlu dijaga dan macam macam.Dulu semasa bujang naik muak woo baca kisah alam rumah tangga orang baru kahwin,ye lah dia dah kahwin boleh ler..aku yang tak kawen lagi masa tu susah gak nak jaga hati untuk sama2 bergembira dengan kehidupan mereka.Ikut mood la,kadang2 best gak baca kadang2 menyampah pun ada(tapi baca gak aku ni).Ianya betul2 kena jaga hati ni.Mulalah berangan tak tentu pasal.Tapi tak nafikan yang positifnya tetap banyak,untuk jadikan panduan dan tauladan.Apa apa pun bila dah kahwin memang hidup tukar terus hampir 90%.Hidup dah berdua,watak "suami" memang ada.


Apa point ni?

ha ha ha..tengah bosan ni..

pointnya blog ni masih sama macam langkah hidup dulu..masih lagi seorang penulisnya..bukan kongsi2 punye blog.masih lagi tulis merapu merepek.

he he.

Wednesday, April 14, 2010

instinct

percaya tak pada gerak hati?

antara sign yang menunjukkan anda pregnant ialah apabila "anda merasakan anda pregnant!"

betul.

beberapa minggu lepas saya merasakan perubahan pada tubuh badan.badan seakan pelik.rasa yang paling ketara ialah apabila perut terasa seperti period( tidak period) tapi hakikatnya seminggu lagi tarikh sepatutnya anda period.dan banyak lagi sign lain.

pendekkan cerita ianya positif pada mulanya tapi negatif 2 hari kemudian.banyak sebab boleh menyebabkan kejadian ini berlaku.bila badan mula mengeluarkan segala galanya ianya sakit.sakit dari senggugut(beranak macam mana sakit ye hu hu).

kini saya percaya apa yang saya pelajari dulu dalam kelas developmental biology..lupa secara tepat..hanya 0.0 something % (atau lebih kecil dari itu) zygote mampu meneruskan kehidupan menjadi fetus kemudiannya selamat menjadi bayi.yang selebihnya gagal dipertengahan jalan.

Allah knows best.Apa apa pun bayangan bakal menjadi ibu selama 2 hari yang positif itu amat amat amat indah.Saya mula faham erti kasih sayang seorang ibu dan lebih dari itu,saya amat kagum bagaimana agungnya Allah membentuk perasaan belas,kasih dan sayang ibu kepada seorang anak.Subhanallah.

Maka,saya sangat tidak faham pada manusia yang buang anak.
Oh,mungkin mereka tidak layak digelar manusia?binatang?binatang pun sayang anak.

Apa apa pun,sangat rindu pada perasaan itu.Semoga suatu hari nanti.

:))

Sunday, April 11, 2010

macam2

Sudah lama tidak menulis pedas2 di sini sepertimana dulu2.

Sakit mata la tengok pegang sana pegang sini pasangan yang hangit bercinta macam dunia ana yang punya.

Satu gi,saya selalu mempunyai masalah sangka buruk bila pelajar2 luar negara(atau dari malaysia)menziarahi teman wanita/teman lelaki masing masing yang juga berada di luar negara.Maaf cakap tapi selalu main2 dalam kepala "dah diorang berdua jalan dua2 je ke?overseas kot!nak buat pape pun xde orang heran,takde jais takde ape,ni tido kat mane?.Takutnya aku!

Satu gi masalah saya ialah cemburu bila tengok gambo pasangan bf/gf yang posing berdua serapat rapatnya.Aih,aku pun ada kot!he he.Dah dengki buatlah jugok mar.Tapi malu weh nak tayang gmbo daring2 suami isteri dekat orang ramai.Gmbo kawen pun tapis punya tapis nak upload tak kira la mane2 fb ke,blog ke.Ni pun saya degil gak walaupun suami ada cakap dia kurang suka tayang menayang gmbo ni.

Taktau la ye rasa apa bila buat gini.Bangga kot.Bangga buat perkara tak baik,nauzubillah.Berganda2 murka Allah.

Reminder untuk diri sendiri dan sesiapa yang rasa nak terima leteran saya.

Sunday, April 4, 2010

insyaallah

I feel happy and contented.

Alhamdulillah,alhamdulillah thumma alhamdulillah.

Untuk sekarang,nikmat islam dan iman,keluarga,suami,kawan kawan dan segala nikmat Allah.Tidak patut untuk mengeluh apa apa lagi.

Berdoalah,nescaya Allah membuka jalan dan memberi petunjuk..

setiap hari...dalam doa..

"Ya Allah,jadilah kami penolong penolong agamaMu.."

nasrullah.insyaallah.