Thursday, April 30, 2009

1 dollar

tengah berjalan nak gi priceline..

"excuse me, do you have a change?" (sambil tunjuk duit 5 dollars)

terkejut jap, "what change?"

"I want coins for the parking"

"oh, I dont think so..let see.." (cuak sebenarnya, kalau pak cik ni jahat camane?kang kena ragut..aku tengok purse..takde coins pastu tengok purse kecik yang lagi satu yang mmg aku isi coins je..semua 20 sen and 50 sen je)

"I dont think I can give you 5 dolars..this is one dollar ..(2 keping 50 sen)..and this 1 dollar ( 5keping 20 sen).."(sambil hulur coins tu)

"I dont have enough 5 dollars, you can take 2 dollars.Dont worry for any change"

"no, no..no..you cant give me free..I need those coins..I give you 5 dollars"

(ish..pakcik ni..malas nak korek coins lagi sebenarnya..)

"no..no..I think I got extra..ok..one dollar (5 keping 20 sen)..another one dollar( 5 keping 20 sen).."

"thats enough..(sambil hulur duit kertas 5 dollars)..take it..thank you so much"

"oh,thank you for the extra one dollar!!!"

pendek cerita : dia bagi 5 dollars saya bagi 4 dollars.

***

agak2 kalau kat kampung aku sendiri boleh ke nak layan pakcik stop aku tepi jalan sebab nak tukar duit..tak ke bahaya..

***

I got 1 dollar yesterday and I pray to Allah to bless him with hidayah..insyaallah.

Wednesday, April 29, 2009

tanah baru zea

I'll go to New Zealand this winter break, from 13th to 20th July.

And this :

NEW ZEALAND

Cases: 11

Nine students, a teacher and another person who returned to New Zealand from Mexico over the weekend have confirmed cases of swine flu. Health officials said their symptoms are mild, and they are responding well to treatment. The students and teacher were part of a group from Auckland's Rangitoto College who spent three weeks in Mexico.

Measures: New Zealanders who traveled to Mexico or North America in the past two weeks are asked to get in touch with health officials if they have flu-like symptoms.

source: cnn.com

The preventions that we can do:

-Frequent washing hands. Ini sangattttt penting..terutama bila travel..kena selalu basuh tangan..this can prevent from microbs and virus infections..kita muslims, we do wudu' before praying..5 kali sehari lagi...subhanallah.

-social distancing..hmm..

-pakai mask tutup mulut and hidung.

-demam selsema, pergi jumpa doktor ASAP

Tuesday, April 28, 2009

yang mana satu

I'm currently doing review on the article entitled : identification of stem cells in small intestine and colon by marker gene Lgr5.(no idea what it is really..ngeh2).

This is my problem : everytime the momentum to study boosting, I feel like blogging.he he.

I dont prefer to choose but life is all about choosing.

My to do list this weekend:

1.Pergi kursus kahwin organised by EHSAN at uni, of course fully certified by JAKIM.

or

2.Going to Malaysian Hall and see Naib Canselor Universiti Malaya and handing in my CV to apply scholarship for furthering postgrad and bekerja dengan UM suatu hari nanti.


hmm...

I choose number 2 but comes another problem( big problem nih)..

"I dont want to further on doing biochemistry, I want to do Arabic instead"

masalah memang masalah.

pandemic

Swine flu epidemic outbreak ( wabak selsema babi).

From mexico and now hitting all over the world..50 suspected cases across australia..and this influenza based epidemic got into new zealand through travellers.. ( baru nak gi new zealand winter ni..a poll from newspaper : will you travel despite swine flu warning?)Travelling is the top reason of pandemic spreading anyhow.hu hu.

Kalau recall balik..dari dulu sampai sekarang..remember the polio pandemic? yes..we were not even born yet at that time..masa tu scientist bertungkus lumus cari vaccine to overcome polio virus..and too many people died during clinical trials..and thousands(or millions i forgot or 50 000 people) people died from the virus itself..and then polio vaccine was invented and now it was extinct from the world..yes..polio virus sudah pupus...subhanallah..dia datang membunuh beribu2 manusia dan pupus..tragic dan amazing somehow..hmm..thing to ponder..

And a few years later..came another virus..HIV..causes to AIDS..and until now no vaccine is invented in the world to kill the virus..yes, no one on earth can find the cure for the virus yet( kalau ada pun still dalam clinical trials)..and it killed millions of people and is increasingly killing more and more..I personally dont think this virus will extinct kecuali zina juga pupus..Dont people ponder beyond this phenomenon?no, they are not..ada orang kata selagi zina bermaharajalela di bumi ini, selagi itu takde cure untuk HIV..sesiapa yang mengawal segalanya?bukankah Allah Taala?Kalau Allah berkehendak..mudah saja virus itu pupus..

And currently this swine flu, suspected from pigs..khinzir?apa yang islam kata tentang babi?semua orang tau..even non muslims pun tau we dont eat pork, pakai kasut kulit babi pun tak.It is ironic when scientist masih berlumba lumba nak buat everything from pigs..to make food, enzymes,medicine and etc..

Subhanallah..semua masalah ni timbul bila semua orang hidup sesuka hati mereka..tak ikut cara hidup yang betul..dont you see how islam is really the perfect way of life?no zina then no aids..Allah kata jangan sentuh babi...ada reason di sebalik semua laranganNYA..

Kalau dulu kemusnahan umat manusia through banjir besar macam kisah kaum nabi nuh, kaum Ad', kaum thamud dll...bukankah wabak2 ini juga kemusnahan umat manusia...

manusia oh manusia...
kerana yang buta itu bukanlah matamu..
tapi hatimu..

::byk dot dot la pulak post kali ni..::

winter ke autumn

hati ini kotor..

"takkan asyik aku yang kena berlapang dada.."

"kenapa aku je yang kena sabar...."

kerana sekeping hati ini tersangat rapuh..

sangat kotor..

tak sukanya.

Sunday, April 26, 2009

malam isnin

sejuknyeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee

sampai rasa mulut stiff bila nak bercakap

tak suka sejuk

:-(

tapi roomate saya suka sejuk...:-)

Saturday, April 25, 2009

pagi sabtu.......

ada 2 journals kena baca..

rasa nak masak je...nasi lemak sambal bilis..sedapnya..kalau kat malaysia ni suruh adik gi beli je..

semalam usrah mingguan..sekali dengan sambut birthday aisya dan azrina.

alhamdulillah ala kulli hal...teringat kisah bilal, amar, jaafar dan sahabat berkumpul di rumah al arqam bin abi al arqam bersama sama mentadabbur ayat ayat Allah..semoga usrah ini membentuk kami...

sejak akhir akhir ni, asyik terfikir bahawa diri ini dah tua...cukup masa ke nak grab peluang yang ada...

I better have to start reading the journals...( bila saya tulis, the urgency untuk buat bertambah)

bismillah..

Friday, April 24, 2009

weekend is here

1. How old are you?
22 tahun 3 bulan lebih

2. Are you single?
domestic partner

3. At what age do you think you’ll get married?
23 kot, taknak bazir masa lah (serious jawab nih)

4. Do you think you’ll be marrying the person you are with now?

:-)

5. If not, who do you want to marry?
no "if not" in this context

6. Who will be your bridesmaid & bestman?
oh good question..tak terfikir la pulok..

7. Do you want a garden/beach or traditional wedding?
asal kahwin sudah..layannn....

8. Where do you plan to go on honeymoon?
xdak duit nak pi..kalau free nak gi turki

9. How many guests do you think you’ll invite?
bosang nye soalan

10. Will that include your exes?
sorang pun takde..apatah lagi exeS (tak percaya sudah)

11. How many layers of cake do you want?
kek berapa tingkat pun kena pikir ke..kecik punye masalah

12. When do you want to get married, morning or evening?
morning

13. Name the song/tune you’d like to play at your wedding.
kat ganu xde lagu2 ni

14. Do you prefer fine dining or just normal spoon & fork n knife?

bleh blake

15. Champagne or red wine?

red syrup

16. Honeymoon right after the wedding or days after the wedding?
yang penting after..bukan before.hehe

17. Money or household items?
tak paham

18. How many kids would you like to have?
seberapa banyak

19. Will you record your honeymoon in DVD/CD?
takdok video camera

20. Whose wedding plan would you like to know ?
entah


kesimpulan: i am boring and bored


Thursday, April 23, 2009

?

kenapa ada hari yang kita rasa cepat kecik hati?

ke perempuan je ada hari macam gini...

hmmmmm....

Tuesday, April 21, 2009

oh oh

baru habis test.

a 30- minute- test that worth 7.5 % gave me headache!

sedap goreng tadi..huhu..

just having discussion with groupmates regarding our presentation.

and i have nothing to say, nothing to add on

sebab apa?

sebab daku tak paham article review tu!

kenapa orang lain paham je...

:-(

Monday, April 20, 2009

tolonglah

the fact that manusia itu sombong, suka berbangga diri walhal antara aku dan kamu dan mereka atau sesiapa sahaja itu dibezakan hanya atas dasar taqwa.

jaga lisan

jaga tingkah laku

jaga kata hati

jaga kata kata dalam hati

tolong jaga kata kata dalam hati

benci manusia sombong begini, dan lagi aku benci jika aku sebenarnya mempunyai ciri ciri sombong bodoh begini.

siapa yang meminjam segala kelebihan itu??
malu la sikit.

ustaz @ prof

Arabic always be a beautiful language. Bahasa al quran dan bahasa penghuni syurga Allah taala.

I learned something new today from arabic's class.

"Literally, "ustaz or ustazah" in arabic means professor.In Arabs world, we call professor at uni as ustaz or ustazah.And professor means you are at the highest ranking from the rest.So, the actual meaning of ustaz is professor, not exactly for the teacher that we used to know.."

nak jadi ustazah jugak :-)

***

ada test esok, byk lagi tak cover....

to study or to sleep...tanya imanmu..

Sunday, April 19, 2009

jatuh sekejap

istisyhad (usrah circle) day out at Albert Park

****

bila saja masalah menimpa, dugaan mendatang, sakit terasa, mahu sahaja aku mengalah, mahu sahaja aku berhenti...

tetapi belum sempat aku duduk, rahmatMu sentiasa segera..

hakikatnya derita ini momentum aku..

menolak aku hampir kepadaMU..

the fact that derita ini keeps me going....

yes, it keeps me going...

***

lusa ada test!

....

Saturday, April 18, 2009

the second one

mu sweet dekpung yakma(paling kiri), saboh doh kawen awal!

seorang lagi kawan baik nak kahwin pada 9 mei ini.

perasaan yang tidak boleh dielak bila kawan baik sendiri nak kahwin : sedih!!!

semoga future Dr Ruh Akmal(forth year medical student at USIM) dan pasangannya berbahagia sampai syurga.

p/s: mu nok suh aku doa ke x bleh anok awal sket?ngeh3

...or maybe not...

Ada seorang hamba Allah yang saya amat rapat dan pada fikirannya dia amat mengenali diri saya.Dia merupakan pengikut blog saya yang paling setia (silent reader nih) daripada blog masa budak budak dulu sehinggalah sekarang.Kami berkawan, membesar melihat dunia daripada zaman remaja sehinggalah sekarang.Kami bermula daripada suasana yang sama sehinggalah kami membawa haluan masing masing.Dia memilih untuk menuntut di Malaysia walaupun hakikatnya peluang untuk menjejakkan kaki ke universiti luar negara pernah hadir dalam hidupnya.

Kami satu kepala sehinggalah beberapa hari yang lalu dia mengatakan semakin lama semakin dia tidak mengenali saya.Hujah dan buktinya hanya dari satu penilaian iaitu melalui pembacaan blog ini.Setelah menerima personal komen daripadanya mood saya untuk menulis terhenti sekejap.Saya memang begini.Saya lebih suka buat bodoh daripada memberi apa apa alasan yang munasabah dan logik akal.Pendek cerita, saya sebenarnya malas nak layan.

Satu hakikat yang perlu diterima kepada sesiapa : dalam menjalani hidup ini, pelbagai perkara yang terjadi di tengah jalan yang mematangkan kita dan mengubah prinsip hidup kita.Saya tidak berubah tapi prinsip hidup yang berubah itu mungkin mengubah saya.Saya masih lagi seorang yang degil seperti dulu tapi as time goes by, saya kini semakin mengerti dan reti menilai di mana sepatutnya saya meletakkan sifat degil itu.

Apa apa pun, we dont change His message but His message changes us.

P/s: jangan risau, kita masih lagi satu kepala dan gila gila! ;-)

Wednesday, April 15, 2009

could be the last one

okeh, utk menjaga hati orang tertentu dan yang paling penting menjaga hati saya sendiri, blog ni x akan di update entahlah sampai bila..

:-)

bila lagi

Baru balik dari camping..

tak sukenya balik rumah sebab kena fikir pasal studies..hehe..

sepanjang 3 hari 2 malam kat sana kerja saya duk dapur je..lepas masak,masak lagi..sampai tengok nasi pun takde perasaan..huhu..first time rasa tak nak makan nasi..makan pun sesenduk je..begini agaknya jadi makcik kantin..tiap2 hari tengok makanan..lagi2 dia yang masak..huhu..

ada 5 orang ajk masakan..kitaorg memang tak terlibat langsung dengan aktiviti dan pengisian..kalau bosan kat dapur tu, kitorang main badminton kejap sambil tunggu lauk masak.tapi no hal je sebab saya memang suka memasak(best woo masak ada orag tolong kemas)..hoho..tapi nasib la..sedap ke tak sedap ke semua orang telan je kan..

nak letak gambar pun memang takde gambar..saya takde kamera, gune handphone je..tu pun handphone orang lain..ntahla..rasa dah malas nak bergambo ni..hehe..

apa2 pun..tarbiyyah itu mengubah..

untuk diri sendiri:

ilmu yang ada perlu diamalkan..to walk our talk..untuk amal apa yang kita tahu..ilmu tinggi menggunungpun kalau tak amal, sia sia aje..kita suka pergi majlis majlis ilmu..kita suka dapat ilmu yang baru..kita best pergi usrah..tapi ilmu itu bukan hanya untuk ditulis, didengar..ilmu yang ada perlu diamalkan..memang susah nak beramal..apa2 pun yang paling penting perlu ubah sikap, sikap yang memang menjadi darah daging selama ini..dah 20 tahun kita dengan perangai2 negatif..dah tiba masanya kita slow2 ubah apa yang tak best tu kepada best..cukuplah kot beralasan..tarbiyyah bukan untuk orang yang manja.

its now or never..

Saturday, April 11, 2009

esok


siapa2 nak tengok saya berlakon, jemputlah datang ye :-)

semoga Engkau beri setitik cahaya terang sebelum masa hilang dari pandangan..

Friday, April 10, 2009

cuti untuk aku?

Easter break is here.10 days off.

Perkara yang kena siapkan sepanjang cuti:

1.Prepare slides untuk presentation molecular aspects of cell biology.A paper from nature cell biology.Baru faham 2% daripada essay tu.

2.Prepare untuk mid sem test functional genomic pada 21 april.

3.Assignment lain yang perlu perhatian yang deadlinenya awal mei.

Setiap kali cuti kawan kawan akan bertanya ke mana next destination nak travel?

No, I am not going anywhere this easter break, seperti cuti cuti saya yang lepas2..saya akan berada di Melbourne...

Memang betul..kalau ikut hati yang tak pernah puas ingin sahaja saya keluar dari Melbourne..pergi mana2 yang saya suka..bercuti dan berehat macam orang lain...apatah lagi banyak lagi tempat yang saya tak sampai kat australia nih.Takpun, boleh saja saya buat keputusan untuk terperap di bilik membuat segala assignment dan belajar untuk test.Boleh saja saya belajar dari pukul 8 pagi sampai 11 malam tanpa gangguan.

Tapi menyedari hakikat banyak kerja lain yang perlu dibuat, terlalu banyak hak yang perlu ditunaikan, dan sementara saya masih ada kudrat untuk membuat kerja..biarlah saya terus di sini..dan saya mahu terus di sini.

Untuk pengetahuan semua, sekarang kat Melbourne Uni tengah berlangsung the 2009 Annual Australian Islamic Conference(AAIC) yang menghimpunkan speakers yang best2 ber"conference" mengenai isu isu yang best. Petang tadi saya missed lecture yang best sebab tertidur kepenatan jalan jalan explore melbourne hari ni. And I knew I'm going to miss this great event esok dan jugak hari ahad.Sesungguhnya perancangan Allah itu berbeza dan tarbiyah dari Allah juga berbeza untuk setiap hambaNya.

Easter break bermula..semoga langkah bermula hanya keranaMu..semoga tiada lelah dan penat yang akan dikeluhi nanti kerana aku mahu segalanya keranaMu..tetapkanlah niatku sampai akhir.

bismillah..dengan namuMU Ya Rahman Ya Rahim aku bermula..

Wednesday, April 8, 2009

tadop tajuk

I realised this..

Bulan lepas, aku pergi ke rumah junior..aku selalu ada masalah memulakan perkenalan..aku anak sulung yang garang dan tegas..aku bukanlah anak sulung yang berlemah lembut,yang selalu bersama adik adik di rumah.Aku lebih menjadi penjaga kepada adik adik daripada menjadi tempat berkongsi apa apa.Bila sekarang ada juniors yang kena tengok2 kan, aku agak sukar mendekati mereka walaupun hakikatnya mereka sangatlah mudah didekati....aku baru sedar sebenarnya aku ada masalah bersosial...

Bila aku bersama mereka yang lagi muda dari aku..2,3,4 tahun lagi muda dari aku...aku baru perasan aku semakin kekok untuk nak join sekali..kadang kadang pelik pulak diorang ketawa atas sebab sebab pada aku tak lawak pun..hehe..ke aku yang slow nih..Bila melihat mereka bersuka ria, gelak ketawa aku teringat aku juga pernah melalui period begini..teringat tahun pertama dulu..kitorg selalu kumpul lepas makan,cakap cakap kosong sampai malam..Sekarang, bila aku bersama adik adik aku ada masalah nak adapt skit..huhu.. sedangkan aku pernah seperti mereka..

Dulu dulu masa sekolah menengah, masa umur 14-16 tahun selalu dengar orang cakap pasal transisi alam remaja..konon2 nye waktu tu baru nak kenal hidup..waktu tu memang betul2 kena tahu mana yang baik, mana yang buruk..

Tapi aku pun rasa aku dalam tempoh transition nih..aku makin dah tak boleh terima perkara perkara yang remeh..perkara perkara yang entah apa apa..cerita budak budak pun malas nak dengar..hehe..

aku berubah kah?

beginikah rasa bila umur dah semakin meningkat?

ke ni petanda pape ni ye? :-)

tapi satu hakikat, tarbiyah itu mengubah..

(mungkin susah untuk paham post ini...)

Tuesday, April 7, 2009

freezing

Melbourne semakin sejuk.

Siang semakin pendek.

Daun daun mula kekuningan.

Musim luruh semakin hampir.

It is April people, autumn is coming..

I'm looking for extra socks, extra sweaters, extra coats.

Dan heater sudah bersiap sedia untuk di "on" at anytime and anywhere.

got quiz tomorrow :-)

Sunday, April 5, 2009

nur ini

Dihempas gelombang dilemparkan angin
Sekisah ku bersedih ku bahagia
Di indah dunia yang berakhir sunyi
Langkah kaki di dalam rencana Nya

Semua berjalan dalam kehendak Nya
Nafas hidup cinta dan segalanya

Dan tertakdir menjalani segala kehendak Mu Ya Robbi
Ku berserah ku berpasrah hanya pada Mu Ya Robbi
Dan tertakdir menjalani segala kehendak Mu Ya Robbi
Ku berserah ku berpasrah hanya pada Mu Ya Robbi

Bila mungkin ada luka cuba tersenyumlah
Bila mungkin tawa cuba bersabarlah
Karena air mata tak abadi
Akan hilang dan berganti

Bila mungkin hidup hampa dirasa
Mungkinkan hati merindukan Dia
Karena hanya dengan Nya hati tenang
Damai jiwa dan raga

Dan tertakdir menjalani segala kehendak Mu Ya Robbi
Ku berserah ku berpasrah hanya pada Mu Ya Robbi
Dan tertakdir menjalani segala kehendak Mu Ya Robbi
Ku berserah ku berpasrah hanya pada Mu Ya Robbi
Hanya pada Mu Ya Robbi


(takdir by opick)



Thursday, April 2, 2009

malam masih muda

Pelican feeding, San Remo 125 kilometres south of Melbourne

Hari ini hari khamis, giliran saya memasak untuk ahli rumah.Saya masak nasi ayam.Kebetulan jugak hari khamis ialah hari rumah kitaorg,maksudnya setiap orang kena ada kat rumah hari khamis dan malamnya kita buat sesi bersama.Lepas jemaah maghrib, baca surah kahfi dan ada tazkirah special ataupun sharing session.

Sharing session tadi mostly semua cakap pasal subjek masing masing.Pharmacy,biochemistry, immunology dan fizik.Hu hu.Saya tidak percaya dengan apa yang saya belajar sekarang.Semuanya terlalu complex!

****
Sebenarnya hari ini plan untuk belajar dengan bersungguh sungguhnya, minggu depan ada test dan quiz tapi biasalahkan...Sekarang pukul 9.49 malam, baru nak bermula acara belajarnya.Semoga secawan nescafe dapat menghilangkan rasa mengantuk malam ni.

:-)

...dan demi malam apabila telah sunyi,Tuhanmu tidak meninggalkan engkau (Muhammad) dan tidak pula membencimu..(ad duha 2-3)

Wednesday, April 1, 2009

last breath

An old man asked me, "how old are you sister?"

and I paused for 5 seconds, "22" (dalam hati :21 ke 22 ar?)

30

40

50

60 tahun

berapa lama lagi aku akan hidup?

1 saat,1 minit,1 hari,1 minggu,1 tahun?

yang paling dekat itu ialah mati..