Saturday, April 18, 2009

...or maybe not...

Ada seorang hamba Allah yang saya amat rapat dan pada fikirannya dia amat mengenali diri saya.Dia merupakan pengikut blog saya yang paling setia (silent reader nih) daripada blog masa budak budak dulu sehinggalah sekarang.Kami berkawan, membesar melihat dunia daripada zaman remaja sehinggalah sekarang.Kami bermula daripada suasana yang sama sehinggalah kami membawa haluan masing masing.Dia memilih untuk menuntut di Malaysia walaupun hakikatnya peluang untuk menjejakkan kaki ke universiti luar negara pernah hadir dalam hidupnya.

Kami satu kepala sehinggalah beberapa hari yang lalu dia mengatakan semakin lama semakin dia tidak mengenali saya.Hujah dan buktinya hanya dari satu penilaian iaitu melalui pembacaan blog ini.Setelah menerima personal komen daripadanya mood saya untuk menulis terhenti sekejap.Saya memang begini.Saya lebih suka buat bodoh daripada memberi apa apa alasan yang munasabah dan logik akal.Pendek cerita, saya sebenarnya malas nak layan.

Satu hakikat yang perlu diterima kepada sesiapa : dalam menjalani hidup ini, pelbagai perkara yang terjadi di tengah jalan yang mematangkan kita dan mengubah prinsip hidup kita.Saya tidak berubah tapi prinsip hidup yang berubah itu mungkin mengubah saya.Saya masih lagi seorang yang degil seperti dulu tapi as time goes by, saya kini semakin mengerti dan reti menilai di mana sepatutnya saya meletakkan sifat degil itu.

Apa apa pun, we dont change His message but His message changes us.

P/s: jangan risau, kita masih lagi satu kepala dan gila gila! ;-)

1 comment:

khairilnizam said...

one thing for sure : people do change..you, me, and everyone.