Saturday, June 27, 2009
Thursday, June 25, 2009
ha ah
went through all the homework sheets.We have to do atleast 8 from 12 homework sheets from textbook.I did only 8..yeahh..pelajar yang dengar kata.yang atleast tu jugak aku berminat.he he
I made a conclusion:
how to grab examiner's attention aka my lecturer: write nicely and neatly.
baru perasan kalau tulisan comot2 markah selalu rendah,kalau tulis lawa2 markah tinggi skit pastu lecturer tanda pun x strict sgt.siap tulis satu perenggan puji pujian sebab tulis lawo2.
yeahh..nice and neat ok mar.
cm xde input sgt kan post lately..layannnkan aje..
Wednesday, June 24, 2009
hoyyeh2
done with all biochem's papers
take home message: dont trust past year questions.dont trust.ever.
Tuesday, June 23, 2009
H1N1
aku kat melbourne tak rasa apa apa.
orang luar melbourne pulak:
"mar,ok ke dilah nak datang melbourne ni?selamat ke?"
"mar,kau nak datang sydney kan,make sure ko sehat tau nak tido umah aku ni" ( dalam hati : plak dah)
"kak mar,kak cik nok gi melbourne ni ok ke dop?" (sepupu nak dtg jalan2 1 july ni)
aku kat melbourne ni memang tak rasa apa apa.orang kat melbourne cool je,buat dunno je,atau mungkin aku dah lama tak keluar rumah,destinasi aku hanya ke dewan peperiksaan atau ke library.tapi kalau gi dewan exam takde pulak orang pakai mask ke ape.
dengar2 cerita ( sebab aku memang tak baca newspaper kat sini) H1N1 memang banyak kat melbourne ni, macam dah jadi case biasa2 je, tak sampai fatal.mungkin satu sebab, kat melbourne ni health system dia mantap kot.
dalam hal ni satu pendapat aku, kalau nak travel naik flight from melbourne sila la pakai mask.memang senang jangkit2 virus time dalam flight.bayangkan 8 jam dalam flight dengan macam2 orang,macam2 penyakit dan bernafas dengan udara yang sama,memang senang nak dapat flu.
kedua,tak salah kalau pergi amik vaccine anti influenza for those who nak balik malaysia.walaupun bukan specifically untuk swine flu.20 dolar je kan. ;)
satu gi,kalu time summer balik mesia memang minggu pertama aku akan demam dlu..perubahan cuaca la katakan..
hmmm....baru nak balik raya ni..
Monday, June 22, 2009
biar terus
lusa ada paper.
aku perlu ulangkaji untuk second round,untuk hafal point2 penting,untuk fahamkan balik mana2 subtopik yang aku tangguhkan.
inilah sebab utama aku tidak suka exam,exam memaksa aku mengingat fakta2 walhal aku dah faham konsep dan isi isi pentingnya.
exam pada aku tiada guna faham semata mata tanpa mengingat.tahu tapi lupa.meletihkan dan menyakitkan apabila membaca soalan yang kita tahu jawapannya tapi lupa,lupa..BLANK.
minggu terakhir peperiksaan meletihkan aku.
apa apa pun, aku kena habiskan period ini, i have to do it, dengan apa cara sekali pun.aku tidak mahu mengulang subjek dan semester ini lagi.terlalu banyak cita citaku yang perlu aku selesaikan pada masa hadapan.cukuplah semester ini hanya sekali.
aku tahu kamu semua juga melalui exams period yang meletihkan tapi ini hanya sekadar perkongsian dariku.
malam ini aku dapat hadiah yang begitu bermakna dari housemates tersayang,
"mar,ada hadiah untuk awak, tengoklah 42:36"
asy-Syura(42): 36
"Apa pun kenikmatan yang diberikan kepadamu maka itu adalah kesenangan hidup di dunia.Sedangkan apa kenikmatan yang ada di sisi Allah lebih baik dan lebih kekal bagi orang orang yang beriman, dan hanya kepada Tuhan mereka bertawakal"
terima kasih saudariku,
aku mungkin gagal subjek ini,aku mungkin gagal semester ini, tapi aku tidak mahu sesekali gagal di sana.
Allah, beri aku kekuatan....
Sunday, June 21, 2009
sesempit ini dan seluas itu
stadi rasa tak masuk
nak tido baring2 takleh tido
makan dah makan dah
kadang2 10 jam kat meja stadi tak dapat pape pun
kadang2 sejam duk stadi dapat macam2
itulah
di mana aku letakkan priority kepada Allah dalam hari hari aku?
time rasa best x hengat
time rase tak best pun x hengat gak
di mana Allah dalam setiap kekuatanku?
di mana Allah dalam setiap ketakutanku?
Ya Allah,cukuplah Engkau tempat kubergantung, hilangkan keresahanku, berkatilah masaku,berkatilah..berkatilah.
lapangkanlah hatiku,luaskanlah penglihatanku,berikanlah kefahaman..
mohon dengan sangat T_T
Friday, June 19, 2009
tak pernah aku
sungguh tak pernah ku memahami
ternyata kini kau bukan bayangan lagi
di saat ini kau berdiri di depanku
menanti aku
dan tak usah kau ceritakan kisahmu
kerna ku tahu dan aku memahamimu
lerai sahaja resah gundah yang terbuku
engkau dan aku
bersama kita jalinkan kasih
Tuhan tunjukkanlah kami
sinar penyuluh bahgia nan abadi
ku berdoa ikatan suci
kau redhai dan kau rahmati
kau kasih teman
kau penyeri
oh tak pernah aku
sungguh tak pernah ku memahami
ternyata kini
andai hati merasa bimbang
akan ku pasti kau tenteram
kerana itu tanda sayang
jika diriku lihat resah
lemparkanlah senyum dan madah
mommy
selamat hari jadi kepada emak tersayang.my superwoman.kalau diberi kesempatan menjalani masa depan, emak adalah role model aku,dalam semua segi: sebagai ibu,sebagai isteri,sebagai menantu, sebagai kakak ipar (abah anak sulung),layanan kepada anak2 buah.mak pada aku anugerah Allah,ibu terbaik untuk kami.pada aku, mak telah graduate menjadi ibu cemerlang buat kami,amanah Allah memang mak pegang sejujur2nya.tiada satu apa pun pada aku kekurangan tentang emak.
mampukah aku menjadi isteri dan ibu sehebat emak?
apa2pun,mahu jadi anak solehah untuk emak dan abah.nak balas segala jasa2 mereka.
ok la, aku nak sambung belajar.
Wednesday, June 17, 2009
coba
asik sakit kepala,kenapa eh?
-tensi exam?post exam je mesti headache
-over dosage of caffein ( 3 cups of coffee per day, sikit ke banyak?)
-terlalu sejuk,dehydrated?
-erm..jangkit dengan roomate?(haha)
-tak cukup nutrients dan vitamins?
-x cukup makan?
-swine flu?(moga dijauhkan)
2 down and 2 more to come
Tuesday, June 16, 2009
malus law
yang memberiku ruang,kesempatan untuk merasai nikmat sujud kepada Mu.
sujudku bebas,hanya kepadaMu.
bilasaja solat itu menyentuh hati dan jiwamu...
p/s: sape yang xleh solat jangan jeles.he he.
Monday, June 15, 2009
my yesterday
dan bila tiada lagi teman bermain
maafkan aku kerna tak pernah..
dulu dulu ( masih ada lagi sekarang,sikit2) saya minat harry potter dan faizal tahir.I dont really into music but faizal for me is music.he is one talented and smart singer.
cuba..cuba..cuba..cuba untuk buang perkara2 yang tak elok begini..
cuba...........by FT.
Sunday, June 14, 2009
dhuha selalu indah,sentiasa
"Ya Allah, jika rezekiku di langit turunkanlah ia, jika rezekiku di bumi keluarkan ia, jika di laut maka timbulkan ia, jika sukar maka permudahkanlah, jika sedikit perbanyakkanlah, jika banyak maka berkatilah, jika haram maka sucikanlah, dengan berkat waktu dhuha-Mu, keindahan, kecantikan, kekuatan, kekuasaan dan pemeliharaan-Mu. Kurniakanlah daku apa yang Engkau anugerahkan kepada hamba-Mu yang salih dan beriman."
jom solat duha,tinggal kejap dunia kita.
ketenangan yang tak reti nk bagitau canne..
nak balik,serius nak balik
aku mahu pulang
aku tahu jalan itu
ramai yang tahu
tidak semua yang mahu
bila sahaja perasaan rabbaniah itu hilang..hilang segalanya..
aku mahu pulang..
Saturday, June 13, 2009
Friday, June 12, 2009
jom tutup
ada yang bertudung 60 inci, ada yang bertudung 45 inci.
saya?selalunya saya akan pakai tudung 48 inci atau 50 inci.
pakai lah apa2 pun, canne2 pun asal kita sempurna menutup aurat.tak kesah besar atau kecil asal sempurna : tidak jarang,menutup dada dan tidak berlebihan.
kenapa saya pakai tudung 48 atau 50 inci:
-ianya sesuai dengan proportion ketinggian saya.saya takde la tinggi sgt (160 cm) tapi tudung 50 inci memang sesuai untuk menutup aurat saya dengan sempurna.saya pernah cuba yang 45 inci tapi tak labuh menutup bahagian depan, asik kena lipat besar kat luar dan kecik kan kat dalam.tudung 60 inci pun layan je(tapi malas nak iron ).
pada saya senang je nak rate kita dah complete menutup aurat ke belum iaitu bilamana kita boleh solat dengan pakaian kita tu.kiranya,cara pemakaian kita tu menutup aurat dengan sempurna sehingga sahnya syarat solat.
kalau agak2 kemeja yang kita pakai boleh nampak bahagian belakang badan kita bila kita rukuk dan sujud,maknanya ada lagi yang tak kena, kemeja tu masih lagi singkat.begitu jugak tudung kalau kita rasa tudung kita kecik sangat dan jarang sampai kita sendiripun rasa malu nak buat solat,mungkin kena besarkan lagi.selain tu, kalau bila angkat takbir, lengan baju kita jatuh sampai nampak lengan kita mungkin dah kena start pakai "hand sock".dan yang paling penting,kaki kena pakailah stoking, takde cara lain dah kot nak tutup kaki. :-)
jom,mujahadah menutup aurat dengan sempurna.bukan untuk perempuan je,lelaki sekali.nanti dah ada isteri dan anak, jangan malu2 nak tegur isteri dan anak2 perempuan kita menutup aurat.kuasa veto tau nanti dah jadi suami atau ayah. ;-)
untuk si suami pulak,pastikan isteri kita menutup aurat sesempurnanya.aurat isteri eksklusif untuk suaminya sahaja.
tutup dengan sempurna ok!
satu rindu
tak perlu orang lain,Allah cukup bagiku.
Robbi yassir....
sayang Allah,sayang!!
istisyhad tonight!!rindu!
Thursday, June 11, 2009
hi there
It happens during exams.
1 down and 3 more to come.
Thank god,I am so into biochemistry.I just love biochemistry.
:-)
Wednesday, June 10, 2009
blog a: kakak kawen
blog b:abang kawen
blog c: sepupu kawen
blog d:bestfriend kawen
blog saiful nang: blog jurugambar kawen
sambil sambil tengok gmbo tu,tgk tangan pengantin perempuan pakai inai siap dengan ukiran inai yang pelbagai corak..
takleh pandang remeh hukum lukis2 inai kat tangan..kitaorang dah check pendapat imam2 so far takde lagi yang approve lukis2 inai kat tangan..
rasa nak tulis pasal ni bila terkejut tengok pengantin yang bakal jadi ustazah lukis jugak inai kat tangan..
wallahua'lam
Monday, June 8, 2009
ianya realiti bukan fantasi bukan juga imaginasi
siang berganti malam,malam berganti siang..kadang kadang sehari rasa lama,kadang kadang 24 jam rasa sekejap..hidup memang begini..kadang kadang begitu..hidup itu perjalanan..ianya tidak selalu begitu..ada ok ada tak ok..
hidup ini realiti..semakin aku tua semakin aku rasa hidup ini real..semakin jauh perjalanan semakin aku sesak dada dengan realiti kehidupan dunia..lepas satu masalah satu masalah..masalah dengan diri sendiri satu hal..masalah dengan orang lain beribu2 hal..hidup kena makan,kena ada duit,kena kerja untuk cari duit and yadaa yadaa
asal aku cakap pasal duit ni time nak exam ni..sebab realiti manusia sekeliling memang begitu..ramai orang suka melihat yang nampak di mata..oh,anak puan z tu dah habis belajo,dah kerja,dah ada kereta..senang hati tengok..itu realiti masyarakat..manusia memang begitu,suka melihat yang nampak..aku juga manusia,sama aje..sama aje..tipu aku tak terfikir pasal membina apa2 yang nampak best di mata..
tapi satu hakikat yang selalu manusia lupa termasuk aku( aku manusia tau) ialah ada satu lagi kehidupan yang sangat real dari kehidupan sekarang.di sana hidup yang sebenar2nya hidup kerana ianya kekal abadi.ianya benar,realistik dan kekal.di sana ada 2 pengakhiran,antara syurga dan neraka.yakinlah bahawa keindahan syurga itu sangat real dan kepanasan neraka jahim juga real.perlu ke ulang banyak kali untuk yakinkan diri ini bahawa alam akhirat itu real?
realiti kehidupan kini selalu mengaburi aku tentang realiti kehidupan di sana.
Sunday, June 7, 2009
section D
plan saya :
-habis spm memang target nak jadi lecturer.so memang tak fikir course lain kecuali biotechnology je yang sesuai.sebab laluannya agak mudah.takkan nak ambik medic pulak sebab nak jadi lecturer.tapi tabik ah sesiapa nak jadi lecturer tapi ambik medic.yela,nok ngajor medicine.tabik jugak pada sesiapa ambil engineering and ending up jadi lecturer.susah tuh.
-habis graduation nak balik malaysia,kalau boleh nak mintak jadi tutor kontrak dekat uia kuantan.kenapa uia kuantan?sebab situ biochemistry department.satu lagi sebab dekat dengan terengganu,boleh balik sokmo dumoh (baca:di rumah).
-kalau tak dapat kerja dengan uia,nak mintak UMT ataupun UDIM,most probably tak ajar biochem,biotech pun ok jeh.
-planning to further on doing masters (dah target dari sekolah lagi paling kurang kena jugak ambik masters).nak jadi lecturer,canne2 pun kena ada masters.
-lepas buat master xnak buat phd lagi.rilek2 lu..nanti ada anak 2 orang baru nak sambung belajo.kalau rajin la,kalau tak rilek2 je.saje je nak anak2 masuk sekolah dekat overseas.kesian r kat diorang kena stadi kuat2 untuk dapat 5a upsr.kena gi tuisyen lagi..hehe
(plan ni bukan priority la,sebab malas nok belajo je..hehe)
-nak pergi haji sebelum umur 35..hmmm..sangat2 nak pergi masa muda..taknak ada rumah besar,kereta besar baru nak pergi haji.harap sangat boleh settle kan rukun islam tu dulu sebelum rukun2 yang duniawi ni.doa sangat ada rezeki pergi awal.oh,kena daftar tabung haji la,sekarang dah through online.daftar tabung haji bukan bermaksud ada akaun tabung haji tapi daftar giliran nak pergi haji.mak kata kalau daftar 2009, tahun 2019 baru nama kita dalam list boleh pergi haji.2019 umur saya 32 tahun.nak pergi sangat!!!!!!!!
-setakat ni je dulu.ada je lagi ni.
Saturday, June 6, 2009
tak tau nak stadi ape hari ni..haha
lapar,gi la masak
nak kebab,gi la kedai kebab
sejuk,pasang lah heater
xde heater?pergila coles beli heater
kalo ngantok gi la tidur
nak lulus exam,sila belajar
sebab ianya takkan datang bergolek
kisah maryam,Allah kata goncang pokok kurma,dah goncang then buah kurma jatuh.tak larat canne2 pun,usaha itu penting.result akan ada.
kena buat asbab kepada sesuatu itu,Allah boleh je jatuhkan kebab dari langit tapi Allah nak tengok usaha.
teringin nak makan lamb kebab flemington.tahun depan kalau panjang umur dan balik malaysia dah,kebab adalah salah satu perkara yang akan dirindui.
mar memang camni,tajuk post lain,start lain,akhirnya lain.
maaf la, cant help.
***
melburnians,
read this
melbourne the swine flu capital of the world
Friday, June 5, 2009
genetic variants
kenapa mak cakap bulan safar biarlah jadi rahsia.
aku ni yang agak jahil bab2 bulan islam kecuali bulan syawal pun pergi la cari info sikit2 pasal bulan safar ni.
copy and paste ni:
BULAN Safar adalah bulan kedua mengikut perkiraan kalendar Islam yang berdasarkan tahun Qamariah (perkiraan bulan mengelilingi bumi). Safar ertinya kosong. Dinamakan Safar kerana dalam bulan ini orang-orang Arab sering meninggalkan rumah mereka menjadi kosong kerana melakukan serangan dan menuntut pembalasan ke atas musuh-musuh mereka. Antara peristiwa-peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam pada bulan ini ialah Peperangan Al-Abwa pada tahun kedua Hijrah, Peperangan Zi-Amin, tahun ketiga Hijrah dan Peperangan Ar-Raji (Bi'ru Ma'unah) pada tahun keempat Hijrah.
dipendekkan cerita bulan safar ni macam tak best sangat berbanding bulan bulan islam yang lain tapi baca ni,sambungannya:
Di dalam bulan ini juga ada di kalangan umat Islam mengambil kesempatan melakukan perkara-perkara bidaah dan khurafat yang bertentangan dengan syariat Islam. Ini kerana menurut kepercayaan turun-temurun sesetengah orang Islam yang jahil, bulan Safar ini merupakan bulan turunnya bala bencana dan mala- petaka khususnya pada hari Rabu minggu terakhir. Oleh sebab itu setiap tahun mereka akan melakukan amalan-amalan karut sebagai cara untuk menolak bala yang dipercayai mereka itu.
Antara amalan khurafat yang pernah muncul di alam Melayu ialah upacara Pesta Mandi Safar. Amalan ini menjadi popular suatu waktu dahulu. Apabila tiba bulan Safar, umat Islam terutamanya yang tinggal berhampiran dengan pantai atau sungai akan mengadakan upacara mandi beramai-ramai dengan kepercayaan perbuatan berkenaan boleh menghapuskan dosa dan menolak bala. Pada biasanya amalan mandi Safar ini dilakukan pada hari Rabu minggu terakhir dalam bulan Safar.
Selain daripada amalan tersebut, kebanyakan umat Islam pada masa ini, khususnya orang-orang tua di negara ini tidak mahu mengadakan majlis perkahwinan dalam bulan Safar kerana mereka berpendapat dan mempercayai bahawa kedua-dua pengantin nanti tidak akan mendapat zuriat. Amalan dan kepercayaan seperti itu jelas bercanggah dengan syariat Islam serta boleh menyebabkan rosaknya akidah.
nampak tulisan purple tu : big problem nih
nampak tulisan tebal tu: he he
nampak tulisan colour brown tu : amaran tu, boleh rosak akidah.hu husebelum bulan safar bulan muharram,so kita tengok pulak cerita bulan muharram:
copy and paste:
MUHARAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.
Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.
bulan muharram amat significant,time ni la kita baca doa awal tahun,doa akhir tahun,time ni la kita nak start azam baru,time ni kalo kat ganu bleh makang bubur assyura pree pree ( maaf: free free),puasa assyura dan macam macam lagi.
wah,menariknyeeeee bulan muharram ni.
ok la,pendekkan cerita: menarik kalau tahu sejarah bulan bulan islam ni ye.
in case kalau kita lupa sekarang jamadil akhir,pastu rejab, syaaban, ramadhan,syawal,zulkaedah,zulhijjah,muharam,safar,rabiul awal,rabiul akhir,jamadil awal.
wah,dah lama aku x update post yang berilmu sket,asik2 whining je ;)
Thursday, June 4, 2009
oh,aku homo sapiens rupenye
They said humans are big mice.
-same genetics
-same biochemistry
-different physiology
mice.aah tikus tu.
I say : whatever.
" Kamu adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia...." (3:110)
kamu, kamu dan kamu.aah kamu dan saya jugak.kita bukan tikus.not even close.
Aku dan kamu yang berasal dari Adam yang diciptakan di syurga.Malaikat memberi penghormatan dan tunduk sujud kepada Adam atas arahan Allah kecuali iblis yang sombong itu.
so,
1.jangan ikut iblis dan konco konconya sebab diorang amatlah menyampah dengan kita ni.diorang tahu nanti diorang akan masuk neraka,so diorang tak puas hati la tu nak goda dan ajak kita sekali masuk neraka sekali dengan diorang.
2.jangan jadi sombong macam iblis.siapapun kita.walaupun kita seorang raja kita tetap seorang hamba.
waallahua'alam.
Tuesday, June 2, 2009
DNA Damage Response (DDR)
kesimpulan: semakin tinggi mood untuk study,semakin tinggi mood untuk berblogging dan berfacebooking
apa2 la,asal study,no problem owk.
nota kaki: sesiapa yang anti bahasa rojak (saya sgt anti sebenarnya lagi2 campur imbuhan kat english word haha),maafkan saya.
***
updates : malam
internet sangat sangat lembap sekarang..geramnya..tak boleh nak santai santai baca blog.saya sangat penat sekarang,my brain is tired, semua anggota lain ikut rasa penat sekali.otak ni dah jadi macam spontan, tadi saya ulang tanya soalan sama tanpa sedar kepada ahli rumah.saya tak digest langsung jawapan mereka,ingatkan belum tanya lagi.he he
bila exam nak berakhir dalam hidup?
kalau la aku ni orangnya sangat determine udah lama aku berhenti belajo ni!
ianya terlalu idealistik..
you know.. quitting from college life when you just have one more semester left to get your scroll..
how cool is it?
cannot,cannot
sikit gi!
oh Allah............................................
maaf ler saya sukeeee mengeluh pasal belajo..ngeh ngeh..habit
Monday, June 1, 2009
memang begini
Tentang satu rindu
Dimasa yang lalu
Saat mimpi masih indah bersamamu
Terbayang satu wajah
Penuh cinta penuh kasih
Terbayang satu wajah
Penuh dengan kehangatan
Allah izinkanlah aku
Bahagiakan dia
Meski dia telah jauh
Biarkanlah aku
Berarti untuk dirinya