Monday, June 22, 2009

biar terus

sekarang pukul 9.01 malam.

lusa ada paper.

aku perlu ulangkaji untuk second round,untuk hafal point2 penting,untuk fahamkan balik mana2 subtopik yang aku tangguhkan.

inilah sebab utama aku tidak suka exam,exam memaksa aku mengingat fakta2 walhal aku dah faham konsep dan isi isi pentingnya.

exam pada aku tiada guna faham semata mata tanpa mengingat.tahu tapi lupa.meletihkan dan menyakitkan apabila membaca soalan yang kita tahu jawapannya tapi lupa,lupa..BLANK.

minggu terakhir peperiksaan meletihkan aku.

apa apa pun, aku kena habiskan period ini, i have to do it, dengan apa cara sekali pun.aku tidak mahu mengulang subjek dan semester ini lagi.terlalu banyak cita citaku yang perlu aku selesaikan pada masa hadapan.cukuplah semester ini hanya sekali.

aku tahu kamu semua juga melalui exams period yang meletihkan tapi ini hanya sekadar perkongsian dariku.

malam ini aku dapat hadiah yang begitu bermakna dari housemates tersayang,

"mar,ada hadiah untuk awak, tengoklah 42:36"

asy-Syura(42): 36

"Apa pun kenikmatan yang diberikan kepadamu maka itu adalah kesenangan hidup di dunia.Sedangkan apa kenikmatan yang ada di sisi Allah lebih baik dan lebih kekal bagi orang orang yang beriman, dan hanya kepada Tuhan mereka bertawakal"

terima kasih saudariku,

aku mungkin gagal subjek ini,aku mungkin gagal semester ini, tapi aku tidak mahu sesekali gagal di sana.

Allah, beri aku kekuatan....

2 comments:

Hilmi said...

"ku minta kpd Allah stangkai bunga,Dia berikan kaktus brduri. ku minta rama2 diberikan ulat brbulu. Namun kemudian,kaktus itu brbunga,indah sekali. Dan ulat itu mnjadi rama2 yg cantik. Itulah jalan Allah,indah pada masaNYA. Allah tidak mmberi apa yg kita harapkan tetapi DIA mmberi apa yg kita perlukan. kadang kita sedih,kecewa,terluka tetapi jauh diatas segalanya DIA telah mengatur yg terbaik dlm hidup kita..."

biskut marie said...

i like the quote. ^^