kisah tudung amat menarik.
ada yang bertudung 60 inci, ada yang bertudung 45 inci.
saya?selalunya saya akan pakai tudung 48 inci atau 50 inci.
pakai lah apa2 pun, canne2 pun asal kita sempurna menutup aurat.tak kesah besar atau kecil asal sempurna : tidak jarang,menutup dada dan tidak berlebihan.
kenapa saya pakai tudung 48 atau 50 inci:
-ianya sesuai dengan proportion ketinggian saya.saya takde la tinggi sgt (160 cm) tapi tudung 50 inci memang sesuai untuk menutup aurat saya dengan sempurna.saya pernah cuba yang 45 inci tapi tak labuh menutup bahagian depan, asik kena lipat besar kat luar dan kecik kan kat dalam.tudung 60 inci pun layan je(tapi malas nak iron ).
pada saya senang je nak rate kita dah complete menutup aurat ke belum iaitu bilamana kita boleh solat dengan pakaian kita tu.kiranya,cara pemakaian kita tu menutup aurat dengan sempurna sehingga sahnya syarat solat.
kalau agak2 kemeja yang kita pakai boleh nampak bahagian belakang badan kita bila kita rukuk dan sujud,maknanya ada lagi yang tak kena, kemeja tu masih lagi singkat.begitu jugak tudung kalau kita rasa tudung kita kecik sangat dan jarang sampai kita sendiripun rasa malu nak buat solat,mungkin kena besarkan lagi.selain tu, kalau bila angkat takbir, lengan baju kita jatuh sampai nampak lengan kita mungkin dah kena start pakai "hand sock".dan yang paling penting,kaki kena pakailah stoking, takde cara lain dah kot nak tutup kaki. :-)
jom,mujahadah menutup aurat dengan sempurna.bukan untuk perempuan je,lelaki sekali.nanti dah ada isteri dan anak, jangan malu2 nak tegur isteri dan anak2 perempuan kita menutup aurat.kuasa veto tau nanti dah jadi suami atau ayah. ;-)
untuk si suami pulak,pastikan isteri kita menutup aurat sesempurnanya.aurat isteri eksklusif untuk suaminya sahaja.
tutup dengan sempurna ok!
2 comments:
nice,ustazah..
tq Ir :-)
Post a Comment