Friday, June 5, 2009

genetic variants

semalam semalam( bukan semalam,semalam yang lagi satu) telefon mak, mak cakap pasal bulan safar (bulan dalam kalendar hijri).

kenapa mak cakap bulan safar biarlah jadi rahsia.

aku ni yang agak jahil bab2 bulan islam kecuali bulan syawal pun pergi la cari info sikit2 pasal bulan safar ni.

copy and paste ni:

BULAN Safar adalah bulan kedua mengikut perkiraan kalendar Islam yang berdasarkan tahun Qamariah (perkiraan bulan mengelilingi bumi). Safar ertinya kosong. Dinamakan Safar kerana dalam bulan ini orang-orang Arab sering meninggalkan rumah mereka menjadi kosong kerana melakukan serangan dan menuntut pembalasan ke atas musuh-musuh mereka. Antara peristiwa-peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam pada bulan ini ialah Peperangan Al-Abwa pada tahun kedua Hijrah, Peperangan Zi-Amin, tahun ketiga Hijrah dan Peperangan Ar-Raji (Bi'ru Ma'unah) pada tahun keempat Hijrah.

dipendekkan cerita bulan safar ni macam tak best sangat berbanding bulan bulan islam yang lain tapi baca ni,sambungannya:

Di dalam bulan ini juga ada di kalangan umat Islam mengambil kesempatan melakukan perkara-perkara bidaah dan khurafat yang bertentangan dengan syariat Islam. Ini kerana menurut kepercayaan turun-temurun sesetengah orang
Islam yang jahil, bulan Safar ini merupakan bulan turunnya bala bencana dan mala- petaka khususnya pada hari Rabu minggu terakhir. Oleh sebab itu setiap tahun mereka akan melakukan amalan-amalan karut sebagai cara untuk menolak bala yang dipercayai mereka itu.

Antara amalan khurafat yang pernah muncul di alam Melayu ialah upacara Pesta Mandi Safar. Amalan ini menjadi popular suatu waktu dahulu. Apabila tiba bulan Safar, umat Islam terutamanya yang tinggal berhampiran dengan pantai atau sungai akan mengadakan upacara mandi beramai-ramai dengan kepercayaan perbuatan berkenaan boleh menghapuskan dosa dan menolak bala. Pada biasanya amalan mandi Safar ini dilakukan pada hari Rabu minggu terakhir dalam bulan Safar.

Selain daripada amalan tersebut, kebanyakan umat Islam pada masa ini, khususnya orang-orang tua di negara ini tidak mahu mengadakan majlis perkahwinan dalam bulan Safar kerana mereka berpendapat dan mempercayai bahawa kedua-dua pengantin nanti tidak akan mendapat zuriat. Amalan dan kepercayaan seperti itu jelas bercanggah dengan syariat Islam serta boleh menyebabkan rosaknya akidah.

nampak tulisan purple tu : big problem nih

nampak tulisan tebal tu: he he

nampak tulisan colour brown tu : amaran tu, boleh rosak akidah.hu hu

sebelum bulan safar bulan muharram,so kita tengok pulak cerita bulan muharram:

copy and paste:

MUHARAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.

Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.

bulan muharram amat significant,time ni la kita baca doa awal tahun,doa akhir tahun,time ni la kita nak start azam baru,time ni kalo kat ganu bleh makang bubur assyura pree pree ( maaf: free free),puasa assyura dan macam macam lagi.

wah,menariknyeeeee bulan muharram ni.

ok la,pendekkan cerita: menarik kalau tahu sejarah bulan bulan islam ni ye.

in case kalau kita lupa sekarang jamadil akhir,pastu rejab, syaaban, ramadhan,syawal,zulkaedah,zulhijjah,muharam,safar,rabiul awal,rabiul akhir,jamadil awal.

wah,dah lama aku x update post yang berilmu sket,asik2 whining je ;)

3 comments:

daie` said...

salam mar...
ape kaitan content post ni dgn tajuk genetic variants?hehe

About Me said...

salam.

hehe..mmg xde kaitan..tgh bace topic genetic variants tadi..hihi

Hilmi said...

mitak post psl rabiul awal..bulan ketiga dlm hijri