Monday, November 23, 2009

baca dengan hati yang bersih tolong

Minum nescafe dengan kuantiti susu yang sedikit di rumah senior tadi.Mampukah bertahan sehingga waktu subuh?

(sudah mengantuk sebenarnya..)

Maaf ini bukan post yang cool.Well,define sendiri cool pada erti kata yang sebenar.

Benar kata seorang teman "macam macam masalah dalam dunia ni"(mk,2009)

Menarik kan.Di sebalik macam macam masalah itu asasnya tetap sama.Malah, kisah kita mungkin berbeza tapi formula dan ramuannya tetap sama.Semoga tidak larut dengan kisah hidup ini sehingga banyak hak hak yang terabai.Kita (aku) kalah sebenarnya kalau begini.

Lompat jap.

Zulhijjah di sini dan gambaran haji di blog blog mula penuh (juga gambar kawen he he cuti sekolah katakan).Mahu ke sana jua (kawen pun termasuk sekali, ini serious),kalau boleh pada usia yang muda tapi rancangan Allah melebihi segala galanya.Tarbiyah(didikan) haji dan umrah terlalu besar.Semoga jutaan yang terpilih ke sana pulang dengan fitrah.

Juga,tarbiyah hidup fana ini...semoga kita(aku) pulang ke dunia abadi dengan fitrah...

No comments: