Monday, November 2, 2009

sebelum menutup mata

hari ini berlalu lagi...seakan tidak berubah hari ini dengan hari semalam..masih di situ..aku kira hari ini dengan sebulan lepas juga masih tidak berubah..ampuni aku Allah, mempersia2kan setiap nikmat masa pinjamanMu..

salah satu jalan mencapai ketakwaan ialah muhasabah.

muhasabah.

menilai diri sendiri,menghisab diri sendiri,merenungi kelemahan diri.

amat2 sukar untuk menjadikan muhasabah diri ini suatu amalam harian.

apatah lagi untuk memperbaiki setiap yang kurang itu kepada yang lebih baik.tahu dan sedar semata tanpa perubahan selamanya takkan berubah.berteori dan berfalsafahlah semahunya tanpa perubahan buat apa?ianya takkan merubah apa apa.

aku amat terkesan bila ditanya soal kemahuan yang tinggi.mengapa masih di sini?mengikut arus sahaja?kalau tiada,makanya tiada?begitu?

aku sejujurnya tiada jawapan bila di tanya tentang kemahuan yang tinggi itu.syurga itu amat mahal,tersangat mahal tiada perumpamaan.kata mahu beriman,kata mahu syurga,kata mahu sabar,kata mahu ikhlas,kata mahu yang indah indah,kata mahu syahid!kata daie!

aku di mana?aku masih sama.masih berkata kata.

wassabbit aqdamana...(2:250)

takut pada bayang bayang sendiri.

No comments: