Wednesday, November 18, 2009

semalam yang kosong

Manusia ni pelupa.Sangat cepat lupa.Apatah lagi dengan bantuan si syaitan dan nafsu.

Sebab itu manusia memerlukan peringatan yang berterusan,sebab itu kita perlu solat 5 waktu itu,sebab itu kita perlu pada rakan rakan yang membimbing ke arah yang baik,sebab itu kita perlu ayat ayat Allah sebagai petunjuk untuk melayari bahtera ini.

Untuk menggapai syurga yang amat mahal itu,ibadah kita bukan ukuran.Seandainya kita mampu hidup beribu ribu tahun dan beribadah beribu ribu tahun,ibadah itu tidak cukup pun untuk membeli tiket ke syurga.Yang melayakkan kita untuk ke syurga ialah redha dan rahmat Allah.

Sebab itu hidup ini begini.Ada hari Allah cukupkan rezeki kita,ada hari Allah sampaikan apa yang kita hajati,ada hari kita rasa happy.Mahu melihat siapa hambanya yang bersyukur,yang makin tunduk kepadaNYA.Hari lain pula kita rasa sakit,rasa tak best,rasa takut,ujian terasa berat tersangat berat.Mahu melihat siapa hambanya yang sabar,ikhlas,tidak mengeluh,tidak mengharap pada yang lain.

Syurga itu digapai bukan dengan solat yang rutin itu,tapi keikhlasan di sebalik itu.Syurga bukan digapai dengan puasa yang wajib itu,tapi kesabaran yang terbina di sebaliknya.Syurga digapai bukan dengan aku dapat dean list semester ini(aku memang tak pernah dapat),tapi pada mujahadah,tawakal yang terbina di sebalik itu.Syurga bukan digapai dengan ribuan duit yang disedekahkan,tapi kebenaran niat di sebaliknya.

Sebab itu hidup ini adil,semua manusia mampu menggapai sabar,ikhlas,tawakal dan lain lain.Tidak kira miskin kaya cerdik tak pandai.

Aku tidak menulis ini untuk orang lain tapi untuk diri sendiri yang sering jatuh.Hidup ini perjalanan hati.Hati yang ikhlas,yang sabar,yang tawakal mampu menggapai syurga.Hidup ini tidak perlu palsu kerana hati tidak boleh menipu.

Bukankah Rasulullah diutuskan untuk memperbaiki akhlak ini?

p/s:Ada buku Amr Khaled bertajuk menggapai syurga dengan hati tapi saya tak baca lagi.he he.

No comments: