Friday, November 28, 2008

tomorrow

I was officially finished exam last thursday.Hopefully I pass all the subjects this semester and smoothly get into my final year!Oh,two more semesters to go.Biochem's paper was the hardest one.I forgot many names of enzymes,a few concepts I couldnt clarify and MCQ questions was tricky.We have been through too many examinations,tests and quizzes (ujian kecil-kecilan) kan?No worries!

Al-an'aam ayat 17,
Translation in BM is rather touched:

"Dan jika Allah menimpakan kemudharatan kepadamu , maka tidak ada yang menghilangkannya melainkan Dia sendiri.Dan jika Dia mendatangkan kebaikan kepadamu, maka Dia Maha Kuasa atas tiap tiap sesuatu"

We are special.We have Allah and we can make doa each seconds.=))

***

My flight to Malaysia is less than 24 hours. And important thing to note when travelling is : make doa a lot.Doa orang bermusafir (dengan tujuan baik) sangat special and dont forget to do solat as well.

No place like home.Trust me!

See you Malaysia!!

Tuesday, November 25, 2008

of school and prefect

I miss school.I miss to see teachers and prefects.My teachers back at school have a special place in heart.They taught me at critical levels of life, both primary and secondary school.I like meeting teachers after school and I know some students are just not and this really2 make me feeling a bit upset.What is wrong going to see our teachers and say hi and tanya khabar?Of course cikgu most of the times do not remember or sometimes do not even recognise us but I dont see any concrete reason to say no.Of course we have our own favourite teacher kan.Jangan lupa ada sesetengah cikgu memang sangat ingat students walaupun dia tak mengajar kita.

And I miss my circle friends in BPS (Badan Pengawas Sekolah) too.Being a prefect means many students hated me.Sampai sekarang pun bila jumpa diorang kat mana mana, I think they still hate me.he he.Anyhow,I was not a good prefect pun,I broke rules and I came late to school.Prefect kena sampai sebelum pukul 7.20 pagi setiap hari tapi I just not.And I dont think other prefects especially boys like me.I have a few things that I didnt really agree with them and I used to come out with hot issue like "how come pengawas sekolah boleh meniru masa periksa?".Apapun,saya bangga menjadi ahli BPS di bawah pucuk pimpinan 2004,I respect(still) both my KPs(Ketua pengawas), they were great KPs during my 4 years under BPS.

I write this because I will go back soon and cant wait to go to school and meeting friends back in hometown.

Monday, November 24, 2008

why?

why privatise blog?

1)I do welcome acquaintances but not strangers.I dont want strangers read craps I write.I dont want strangers judge me because they dont know me.

2)I am straightforward person.I have dozens of entries that I didnt publish because I want to jaga hati orang lalu lalang.So,private aje senang!=))

3)Sometimes I want to share things happen surrounds me and of course la watak utamanya adalah saya.Tak best jugak kalau semua baca kisah picisan saya yang kadang kadang takde manfaatnya pun.

4)Sebenarnya,sesiapa sahaja yang nak baca myblog saya approve je.Tak pilihpun.Sudi sokmo.

okies.
=))

Sunday, November 23, 2008

adik adik

ikmal(adik bongsu) dan imam(adik no 5) dekat TER

adik yang ketiga,adin yang kurus dengan unta

adik bongsu,ikmal hakim(xde kaitan dengan entry ni pun)

Adik aku yang kedua namanya Syafiyyah,sedang menduduki SPM.Kami sempat pergi sekolah sama sama.Masa tu aku form 5 dia form 1.Dia ni sangatlah lain dengan aku.Seorang yang sensitif,pemalu dan tak pandai masak (ha ha).Kelebihan yang paling ketara ialah suara dia memang sangatlah best bila mengaji.Kat rumah kitaorang kongsi bilik.Kalau time dia mengaji aku memang suka dengar,memang best la dengar dia mengaji.Tapi pura pura tak dengar lah,mana macho cakap aku suka dengar dia mengaji.he he.Dulu lepas dia PMR,aku pernah cakap kat dia baik awak masuk maahad tahfiz pastu pergi sambung belajar agama tapi mungkin kena duk asrama mak macam tak setuju sikit.Takpe2,lepas spm ni nak pujuk dia masuk Darul Quran.Satu gi kelebihan Syafiyyah dia punya bahasa arab mantap.Tiap tiap bulan kot dapat 90++.

Baru baru ni tanya dia nak sambung belajar kat mana lepas spm,dia kata nak datang melbourne dan nak buat biotech jugak.hu hu.Tak berkembang la cik kak.Aku selaku kakak sulung memang mengharap sangat dia sambung belajar agama lagi lagi bidang al quran.Tadi sms dia duk mengeluh SPM susah.

"Semua soalan keluar topik yang tak baca.Tak boleh jawablah.Kesian kat mak abah mengharap kat saya"

"Eh,awak ni belajar sebab mak abah ke?kita belajar sebab Allah lah.Bila belajar sebab Allah awak dapat result teruk ke,result ok ke,awak tetap istimewa di sisi Allah.Awak kena kuat.Nama awak Syafiyyah tau tak.Syafiyyah tu nama isteri nabi tau tak"

"baik sis..love u"

***

Dia juga istimewa sebab dia ada masalah kesihatan sikit.Semoga Allah mengumpulkan kami adik beradik di syurga nanti.Aminn..


(esok lusa saya nk privatekan blog ni,sudi lah ye kasi email.=))

ignorant sungguh

Yoga is haram.
this

Dan macam biasa ramai orang yang tak puas hati.
read this

Rasa sedih bila orang yang bukan ahli komen pasal pengharaman ni.Nampak sangatlah how ignorant diorang ni.Buat malu je lah.

Islam kena ikut cara hidup kita ke kita yang kena ikut islam sebenarnya?

Saturday, November 22, 2008

macam dah habis exam.macam!

Musim imtihan untuk semester 4 hampir berakhir.Ada satu lagi paper, bahasa arab pada 27 november ni.Macam biasa,saya ialah orang terakhir habis exam di kalangan ahli ahli rumah.Alhamdulillah I am enjoying bahasa arab!jadinya agak ringan la sikit.Boleh kata ulangkaji untuk saya sebab semua dah belajar masa PMR dulu.( betapa saya bukanlah seorang yang suka mencabar diri,ambil subjek yang dah belajar pulak tu).

Saya bukanlah peminat bahasa.I have my hard time with languages, both arabic and english as well.English memang la tiada pilihan sebab subjek wajib tapi bahasa arab kita boleh pilih.Tapi satu semester belajar bahasa arab di university dengan orang orang putih memang banyak memberi makna yang tersendiri.Secara jujurnya, diri ini rasa sangat kagum dengan semangat locals yang berkobar kobar bila belajar arabic.Diorang bermula macam kita kecik kecik dulu.Bermula dengan hafal alif ba ta,pastu belajar baca baris dan belajar tulis tulisan arab yang amat unik itu.Belajar grammar bahasa arab bukanlah mudah kerana it is totally different with english.Macam saya sendiri,agak sukar sebenarnya nak tukar english ke arabic sebab dalam kepala asyik bahasa melayu aje.Struktur ayat english sangatlah lain dengan arabic berbanding dengan struktur bahasa melayu yang agak sama.Kalau tengok buku nota memang semua translation saya into bahasa melayu,takde english pun.he he.

Our lecturer is muslim,perempuan lagi.Susah sebenarnya nak jumpa muslimah yang confident dengan orang putih ni.My lecturer,Mira memanglah sangat best.She is a translator actually tapi sangat kagum walaupun dah lama duduk kat OZ ni,she speaks english yang betul,takde accent.No yeahhhh tapi yes.Mungkin orang orang bahasa ni memang strict kot.Kita yang baru 2 tahun duk oz pun dah terikut ikut oz's accent.=)

Yang bagus jugak belajar bahasa arab dengan native speaker ni kita boleh cek kita punya sebutan bila baca quran.Student melayu selalu kena tegur bila sebut huruf za'(za' kecik tu),ha'(ha' kecik) dan tha'(bukan sa').Sebutan huruf amat penting kerana salah sebut makna lain lagi lagi baca quran.

Tak sabar nak nak balik malaysia!( ehem ehem)29 november comes faster!

=))

Friday, November 21, 2008

hmm...

Biochem's paper at 9.30 am today.

A lot of things to memorise.still.(now 7.08 am)

never mind.

"Dan bukan kamu yang melempar ketika kamu melempar tetapi Allah yang melempar"
(al anfal:17)


membawa kaki,tangan,brain,hati,jiwa,nyawa yang semuanya ALLAH punya.

Ya ALLAh,make it easy for us...

Tuesday, November 18, 2008

in 2 weeks time

salam semua,I am going to privatise myblog.

you can send your email to log in at mardzi87@yahoo.com.

jangan malu malu tau!


****

takpun,bagi email thru komen je.

okies.

salam imtihan.
=))

we choose

Semalam jumpa sepupu saya,my second cousin actually.She's doing masters in genetics counselling at melbourne uni.We never been close before because masa kecik kecik dulu kitaorang sepupu2 dia malu kalau nak jumpa dia kena speaking english.She is half malay and half australian.She grew up in KL and when she was 17 she went to OZ furthering on her studies( now she is 23).I think she is more like an asian.Dia selalu pelik kenapa orang putih berjemur tengah panas.Dia panggil locals orang putih.he he.Her favourite food are durian, nasi ayam,laksam,ketupat sotong,nasi lemak dan banyak lagi.She is lucky because her dad is malay and been exposed with malay's cuisine is the most thing she's appreciated.OZ mana ade cuisine,harap labanese,italian cusine adalah.Dia faham orang cakap bahasa melayu tapi tak reti sangat nak reply in bahasa and this really2 make her feeling bad everytime balik kampung in terengganu.Dia nak get around with people susah bila nak cakap melayu,lagi2 terengganu accent dia tak faham langsung!See, sometimes language can be a barrier.

She admits she is muslim but not really practicing.I have no idea with this but I reckon her mother (revert) has a big influence on her.Deep inside, I knew she wants to know more about islam apalagi she can read quran masa kecik2 dulu.Back in Terengganu, we as a family never isolated them apatah lagi melabel2 her family.She said to me she feels a bit malu because everyone wears hijab dan bila raya ke ada wedding ke dia akan jadi perhatian sebab she is not wearing tudung and her face yang sikit macam orang putih walaupun rambut hitam (her mother is perfectly blond).

This is the fact.Islam is not inhereted apatah lagi iman.No,we need to find ourselves why,why and why we choose islam as our way of life.We dont wear hijab because our mother told us so.No,we dont do solat because our housemates do so.We dont do puasa because kalau tak puasa malu la.We dont do for people.We dont change because of people.We do everything to please ALLAH.Bila Allah jadi matlamat kita,campaklah ke mana2 we still wear hijab,we still solat,we still puasa.This statement is not a point: "my parents both muslim,so saya muslim la".No,its not that simple,you need to find yourself,kena belajar pasal islam,kena tahu hukum,kena tahu,bukan ikut je semata mata.

So,reflect diri sendiri and find our turning point.As my ownself, I inhereted Islam from both my parents (like most of us here), but sometime somewhere I have found the reason why I chose Islam as my way of life and alhamdulilllah I have be chosen to be born in muslim family and make everthing easy for me to practice Islam.When we found the reason,we strong.Jual lah tudung bienda ke,tudung siti nurhaliza ke,we dont mind because we wear hijab bukan sebab trend,sebab Allah (contoh kelakar skit but practical).

And when we found where are we in this beautiful religion,we dont label people.We dont underestimate others.We dont say "awak ni tak baiklah mana boleh join kitaorang ni".We dont categorise people "orang baik" ,"orang biasa", "budak2 usrah","saya tak kawan dengan orang orang camni".Our life is a journey.How many people yang kafir,yang tak tahu apa2 pasal islam turn out to be seorang yang sangat taat pada islam when he or she embraced Islam?Berapa ramai orang yang dulu dia tak pakai tudung tapi when she discovered dia sepatutnye pakai tudung and now perfectly covers her aurat?No one can guarantee what future brings but insyaallah selagi kita tetap di jalan Allah dengan niat yang ikhlas Allah akan membenarkan niat kita.

My friend said this is the biggest issue in muslims today.We dont unite and we like to label others.We weak because we dont unite.Kita terlalu sibuk dengan percanggahan yang kecik2,percanggahan mazhab lain2,percanggahan jemaah,dan macam macam lagi yang sangatlah kecik.We always point yang zionis tu jahat yes they bloody are, tapi kalau kita kuat zionis akan lemah.Its either one.

okay,back to my cousin.Hopefully, she finds her way in islam.I dont want her to admit she is muslim just because she is a daughter of muslim's father.I want her to know how beauty islam is.Saya mahu dia rasa betapa bahagia dan indahnya memilih islam sebagai way of life.Saya mahu dia rasa betapa nikmat dan bestnya when she wears hijab.Saya mahu dia rasa betapa tenangnya bila setiap kali dahi ini sujud mengadap Ilahi.Saya mahu dia rasa betapa indahnya bercinta dengan Allah.

oh Allah,permudahkan jalan pencarian untuk sepupuku dan campakkanlah hidayah islam di dalam hatinya..

oh Allah,make it easy for her..make it easy..please,make it easy for her.

Sunday, November 16, 2008

akukah..

Bak kata kata favourite kak hanim "hidup adalah menikmati kelazatan susah".

Kalau dulu dulu belajar sastera BM dengan cikgu Aminah,kata kata ni boleh kita kategori kan sebagai paradoks.Yelakan dahlah susah,pastu lazat?pastu menikmati?hmm...contradict sungguh.

Tapi itulah hidup.Hidup ialah satu perjalanan.Dan amatlah mustahil hidup kita ini hanya gelak ketawa dan indah belaka.Cubaan dan dugaan itu pasti untuk menguji kesabaran dan ketabahan diri.Ujian dan dugaan akan berterusan melanda.Percayalah lepas satu ujian selesai,akan banyak lagi ujian ujian yang hadir mewarnai perjalanan hidup ini.

Tapi Allah itu Maha Penyayang.Dia memberi ujian kepada hamba hambaNYA yang pada fitrah hambaNya itu mampu memikul ujian tersebut.Dia menciptakan aku,meniupkan rohku,mengetahui rasa hatiku,menganugerahi aku akal fikiran,mana mungkin Dia tidak tahu setiap kekuatan dan kelemahan aku.Kalaupun aku lemah,mudah sahaja Dia mencampakkan kekuatan itu.Dia berhak segalanya!Dia juga berhak merentap nyawaku di saat aku menaip kata kata ini.Oh Allah oh Tuhanku,ampunilah daku...

Bohonglah jika setiap yang hidup tidak mahukan ketenangan dan kebahagiaan.Percayalah pada setiap ujian ujian yang mewarnai ini sebenarnya ketenangan dan kebahagiaan dari Ilahi.Ketenangan itu hadir bila sahaja diri dan hati ini menyandarkan segalanya kepada yang Maha Berkuasa.Rasa susah itu sebenarnya ketenangan yang besar bagi orang orang yang bertakwa.Bila kesusahan datang bertemu,orang orang bertakwa menyandarkan seratus peratus kepada Allah untuk menghilangkan kesusahan.Adakah dengan keluh resah,menangis,meminta simpati orang boleh menghilangkan rasa susah itu?tidak sama sekali.Mintalah pada yang menghadirkan rasa susah itu.Tidak sekali kali Allah menghadirkan rasa susah itu untuk suka suka,untuk mempermainkan manusia tapi dengan hanya satu tujuan:DIA mahu melihat manakah di antara hambaNYA mengadu dan merayu rayu kepadaNYA.Bukankah dengan mengingati Allah hati akan merasa tenang?

Makanya,betullah hidup ini menikmati kelazatan susah.Bagi orang orang yang bertakwa,susah itu lazat,susah itu dinikmati.Makin tinggi level susah,makan tinggi rasa tawakal kepada Allah,makin tinggi rasa percaya pada Allah,makin TENANG!!!

Yakinlah,ketenangan dan kebahagiaan itu bukan terletak pada rumah besar,kereta besar,duit berjuta,result best,pangkat,wanita,orang orang yang kita sayang dan apa apa sahaja yang indah di mata ini.Ketenangan itu dapat dinikmati ketika hati ini merayu rayu pada Allah,kebahagiaan itu dapat dirasai bila air mata tak berhenti henti menangis kerana dosa dosa silam dan ketakutan itu hilang bila setiap saat yang meniti hanya Allah hadir di hati,tiada sandaran yang lain.

Hadirlah susah,hadirlah derita,hadirlah ujian jika itu dapat mendatangkan ketenangan untuk diri ini.

syukur from cardiff

anis,nak buat jugak list bersyukur tu tapi mar kena belajar esok lusa exam.

satu je ok:

1.saya bersyukur dapat baca semua list yang anis tulis dan memberi kesedaran kepada saya betapa banyak dan tidak terkiranya nikmat yang Allah bagi tapi saya selalu mengeluh dan selalu tak reti bersyukur atas setiap nikmat itu.

Sayang Allah.Sayang Allah.Sayang Allah!!!

Dan saya tahu Allah membalas kasih sayang saya.

sayangnye...!

~hugs to anis from here =))

Saturday, November 15, 2008

24/7

masa lapang adalah nikmat

orang orang yang beriman itu bersyukur

bersyukur dengan nikmat Ilahi

menghargai masa lapang yang ada dengan perkara kebaikan

tiga hari berlalu dengan sia sia

takde masa lagi main main

its now or never!

bismillah..

Friday, November 14, 2008

once in a blue moon

Not really studying today.Just reading.Too lazy to digest all those metabolic pathways.And nothing to digest with management, all I need is reading those theories but heck LAZY ok!Rasa nak keluar jalan2 tapi sakit perut last last tidur aje.Telan 6 biji paracetamol for today.My dosage of drug per month.Sebab tu kalau pening2 sikit tu,demam ke saya try avoid telan ubat untuk preserve time sakit perut ni.

Rumah senyap je,budak2 pun tak main kat atas (budak2 ialah kucing).Budak2 tu dah busuk esok lusa kena mandikan diaorang.Muna dekat B,Ina dekat P,Intan dekat X kot.So, berdua dengan Diey.Tak sure lagi g ke tak BBQ esok sebab sakit ni dan maybe ada date dengan Belinda.

Telefon mak tapi kat hospital tengok Tok Cik jadi cakap dalam 2 minit je.Miss u mak and abah.Abah suruh beli belt before balik ni,adin suh beli jersi bola oz.Soccer oz ke soccer btol2 tak tau la.Siapa tahu kat mane nak beli jersi2 nih? Mak suh beli corelle tapi dia kate tak yah la berat je bawa balik.YES!hehe...memang berat pun bawa pinggan mangkuk ni.My flight 29 nov naik virgin blue ke brisbane pastu naik MAS ke klia.Transit2 ni malas nk heret beg berat2 dah ler sorang2.

hmm..macam kena belajar je...

20.11 :management (open book yeay!)
21.11:biochemistry (gulp)

(ini adalah post yang ditulis bila malas menguasai diri,bila taktau apa nak buat dan moga2 lepas ni ada mood untuk belajar,sorry for the rojak languages)

sekali sebulan

PERIOD PAIN

It is common for women to suffer pain associated with their normal menstrual cycle. One type of pain that you may experience is congestive pain. This occurs a few days before your period and usually improves when bleeding begins. Women describe this pain as a deep, dull ache.

Pain during your period is known as dysmenorrhoea. Dysmenorrhoea is usually classified into primary or secondary dysmenorrhoea.

Primary dysmenorrhoea
Primary dysmenorrhoea usually begins within a year or 2 of your first period. The pain is spasmodic and colic-like or cramping. This type of pain occurs when your period begins and lasts about 2 to 3 days. It is thought to be due to forceful contractions of your womb (uterus) brought about by prostaglandins.

Prostaglandins are normal hormones that are produced by the body. They stimulate contractions of your uterus during your period and are responsible for contractions in childbirth, during labour. The contractions are painful because they compress the blood vessels to the uterus, cutting off the blood supply and depriving the tissues of blood.

Secondary dysmenorrhoea
Secondary dysmenorrhoea is period pain caused by an underlying disorder. It usually begins later in life. Causes include endometriosis (when tissue from the lining of the womb grows elsewhere in the body and bleeds every month when you have your period), pelvic inflammatory disease, a benign tumour of the uterus called a submucous myoma, IUDs, a rare congenital condition called a blind uterine horn, and narrowing of the cervical canal (the entrance to the uterus), which restricts the flow of blood.

Women who have heavy periods (menorrhagia) have trouble with period pain more often than women who do not. Their pain may be caused by the uterus trying to expel blood clots that have not fully dissolved.

How do you treat period pain?

Visit your doctor
Visit your family doctor if the pain has started after a history of trouble-free periods or is getting worse. It is important to make sure that there is no underlying disorder causing the pain.

Your doctor may suggest an internal examination. For some women, in conjunction with a medical and symptom history, this will be sufficient for the doctor to make a diagnosis.

For other women with severe pain, a range of investigations may be offered. These may include a laparoscopy (examination of your pelvic organs with a telescopic instrument inserted into a small hole below your navel, carried out under anaesthetic) or a pelvic ultrasound (in which sound waves aimed through your pelvis or vagina bounce back and give a picture of your internal organs).

Self care
A warm pack, such as a hot water bottle or wheat bag, applied to the abdomen can give relief.

Keep a diary of your symptoms for a couple of months. It will force you to look closely at when the pain is at its worst and enable you to plan ahead. You will also be able to give your doctor accurate information about the nature of the pain, if required.

Exercise regularly between periods. When you have a period, resist the urge to walk hunched over (you may need to take some mild painkillers to do this). Some women find that doing gentle stretching exercises or going for a walk relieves their pain.

Some women find that a hot drink can help them feel better, especially ginger tea, which can help with cramps and nausea. Mint tea is useful to ease abdominal discomfort if caused by wind.

Various herbal and mineral remedies have been claimed to help with period pain. These include black cohosh, evening primrose oil, magnesium, dong quai and Vitex agnus castus. Acupuncture and TENS (transcutaneous electrical nerve stimulation) have also been used.

Medications
Mild painkillers, such as paracetamol or aspirin, can help relieve the pain for some women. However, because some period pain can be caused by an excess of prostaglandins in the uterus, medications which can stop the production of prostaglandins are often very effective in relieving period pain.

These types of medications include non-steroidal anti-inflammatory drugs (NSAIDs). Examples of NSAIDs used for period pain that are available from pharmacists are diclofenac (such as Voltaren), ibuprofen (e.g. Nurofen), mefenamic acid (Ponstan) and naproxen (e.g. Naprogesic). Although you can buy these products without a prescription, it's advisable to discuss with your doctor or pharmacist which medication would suit you best. Stronger painkillers are also available on prescription from your doctor.

One successful treatment is the contraceptive pill, which suppresses ovulation and so causes bleeding to be less painful in some women. This works because the pain of dysmenorrhoea only occurs in menstrual cycles in which ovulation (release of an egg) occurs.

For secondary dysmenorrhoea, treatments will vary depending on the nature of the underlying problem.

"orang orang tua cakap nanti dah kahwin hilang la period pain ni"

"oh,gane gitu?"

"nanti kahwin tahu la"

"lambat lagi la kalau gitu gok nok ilang sakit ye......."

Thursday, November 13, 2008

please dont

Trying not to give up.

Wednesday, November 12, 2008

oh Lord

what I do every day

And them...
Oh Allah,You are Oft-Pardoning,Oft-Forgiving,so forgive me..

Tuesday, November 11, 2008

begin with the end in mind

Semalam ada oral test bahasa arab.5 minit dialog,5 minit monolog dan 5 minit baca petikan dan jawab soalan.

Aku tahu format oral ni sehari sebelum exam,silap sendiri tak pergi tutorial minggu akhir semester.Ingat pergi macam tu je tak payah prepare apa2.Rupanya kena cari partner dulu,kena sedia dialog dulu,kena pilih topik untuk dialog lagi.Semuanya tahu sehari sebelum exam.

Malam sebelum exam dah cuak sikit sebab takde partner.Takkan nak dialog sorang2 depan examiner.Aku takde pilihan lain selain buat je skrip dialog tu dan baca jela sorang2.Semoga esok Allah memudahkan segala2nya.Ketenangan itu pengubat segala2nya.Tawakal.

Paginya, aku bangun awal nak pergi tengok senarai nama siapa lagi takde partner dekat bilik Dr Kamal.Masa naik lift untuk ke level 2,aku stuck dalam lift.Adui.Rupanya lift ni kena swipe card pulak.Dalam 5 minit camtu baru lift bergerak.Sampai dekat bilik Dr Kamal,tengok senarai nama ada seorang lagi yang takde partner.Alhamdulillah.Tulis nama dan tengok oral test pukul 4.15 petang.

Dah ada partner tapi tak kenal pulak siapa dia ni.Aku pun tanya la siapa2 yang kenal dia ni dan subhanallah junior ada contact number dia.Ya Allah,pertolongan Engkau sangat dekat.Dipendekkan cerita aku practise berdialog dengan encik partner ni dalam pukul 1 tengahari.Alhamdulillah sempat jugak prepare.Dia sangat helpful,takde la malas2 je nak belatih dialog tu.He done with double degree in law and commerce last year.Dan sekarang tengah belajar his third degree in islamic studies.Fuhh..banyak ilmu encik ni ye.Ada beberapa isu muslim kitaorang cakap and his reckons are brilliant.

Jadinya,take home message:

1)Tawakal dan doa seratus peratus pada Allah.Pertolongan datang dalam keadaan tak disangka sangka.subhanallah.

2)Kena jadi helpful dalam sekecik kecik hal hinggalah yang besar.Dakwah itu seni.Kita tak tahu part mana yang orang lain boleh terkesan dengan cara kita.Terkesan dengan partner ni yang sangat helpful walaupun dia ada assignment due.Subhanallah.Sangat mudah jadinya.Please be helpful to others,tolong menyenangkan orang lain mardhiyyah.Tak perlu big thing untuk menyentuh hati orang.Maafkan segala percanggahan.

Sebelum test tu boleh pulak partner ni cakap,"I never study this hard for exam.."

dalam hati : "errr..oh man,you are doing your third degree tau tak!!!!!!

=))

Monday, November 10, 2008

refreshed

sesungguhnya pertolongan Allah sangat dekat jika kamu mengetahui.

mencari ketenangan meniti tawakal.

got oral exam this afternoon.

doakan.

-law library-

Friday, November 7, 2008

he he

tulis shout kat ym macam ni : study tu nikmat

pastu ramai pulak yang gelak2 kata nikmat lah sangat

pastu malam ni mood serius sket,malas nak bergurau senda

reply balik: yela,orang lain ada yang tak dapat belajar macam kita belajar,ada yang sempat sampai darjah 6 je,ada yang sampai spm je,kita dapat peluang belajar ni nikmat yang amat amat berharga tau.

he he.

hmm

read this

takde beza kot.

Thursday, November 6, 2008

mek yang (ganu accent)

"(remember) When the wife of 'Imran said :" O my Lord!I have vowed to You what(the child that) is in my womb to be dedicated for Your services (free from all worldly work to serve Your place of worship), so accept this from me.Verily, You are the All-Hearer, the All Knowing"

"Then when she gave birth to her (child Maryam), she said :"O my Lord, I have given birth to a female child"-and Allah knew better what she brought forth-"And the male is not like the female, and I have named her Maryam, and I seek refuge with You (Allah) for her and for her offspring from syaitan, the outcast"

(ali imran:35-36)

I came across with these beautiful ayaah and pondering how beautiful Allah's plan is.He knows what is the best for us.Subhanallah.

***

Everytime reciting surah Ali Imran or Maryam or whenever I come across with the name of Maryam, I always remember my second younger sister back at home.She is special in every ways.She was named Maryam because during 9 months of mother's pregnancy, everyone kept telling my mother that the baby was a boy (this include mak bidan hehe).At that moment, we only have one and only hero in the house so mother was looking forward to have another son this time.As a preparation, mom had a few names for the baby and all were boy's names( my mother never waste her money to do ultra sound to know baby's gender anyway) .

Well,everyone was wrong.On 8th of March 2000, we got a baby girl.And a problem arised when we were not prepare any names for girl.She was two weeks old when my mother finally told us her name is Maryam( sebab teringat sejarah mak Maryam yang nak sangat anak lelaki tapi Allah bagi anak perempuan, refer to the ayaah).Anyway, her full name is Maryam Nadhirah (Nadhirah was my idea because at that moment I thought Maryam aje sounded like an old fashion name hehe).

Maryam is 8 years old now (we call her nana) and she is so different from her two other sisters (me and syafiyyah f5).She is "tomboy",doesnt like wearing baju kurung, tak mainla masak masak ni and a bit degil(ke banyak?).She doesnt like doing her school homework but she is a fast learner one.She memorises things very fast especially phone numbers.Oh, I miss home.


Maryam and I at secret recipe in July last year.

Wednesday, November 5, 2008

istiqamah

During matriculation at INTEC,we had an English subject (ESLS) which was compulsory to all students regardless what course we were doing.One of the internal assessment component was a research essay in one year period.We were free to choose any topics to argue in the essay and guess what my topic was "pros and cons of Atkins Diet".I was sort of overdosed with this low carb diet and throughout the year I kept telling everyone about this "crazy and clever" diet.The idea to force our body to use 100% fat instead of using glucose seems clever but it just totally out of our body's mind.

After doing my one year research essay,my conclusion was "The advantages of Atkins diet outweigh its drawbacks".Hu hu.I still remember, during presentation I got one question from floor asking like this "So,do you mean that Atkins diet doesnt bring any harms at all?"I replied,"Yes, if you do diet and you are supervised by doctor".

Now, after a few lectures of carbohydrates and fat I knew I was dead wrong.Mr Atkins( forgot his full name),the inventor of this diet died due to diabetes (or obese I cant remember).Ironic.

Conclusion: Anyone who wants to start any types of diet, please do not avoid carbohydrates.Our body just need glucose(from carbo).Some of my friends refuse to eat nasi sebab nak diet.Sekali sebulan makan nasi sangatlah bahaya.

Somemore information, if we are on diet, we need to constantly maintain with dieting atleast 2 years to get a healthy body(kalau berkesanlah).Kalau tak istiqamah 2 tahun,pastu tukar cara makan pulak,kita hanya menambah masalah pada badan dan kita mula gain weight balik dalam masa yang singkat.

In short, to have a healthy body it takes two things.Satu,makan makanan yang sihat dan berhenti sebelum kenyang.Dua, istiqamah dengan senaman.

(2 perkara saya susah nak buat)

Kesimpulannya yang paling susah ialah istiqamah la.he he.

Tuesday, November 4, 2008

period

Subjek semester kali ini banyak baca.Direct tapi kena banyak baca dan hafal kecuali biochem yang berbelit belit.Sungguh bosan baca buku text management.Tetapi saya ada tips (asik tips je sekarang),bila bosan baca buku,buka lah alquran dan baca.Jangan salah faham,baca alquran bukan untuk hilangkan bosan tetapi kita akan terfikir betapa tidak langsung kita bosan dengan ayat ayat Allah.Subhanallah dan alhamdulillah atas mukjizat ini.You just cant stop,lepas baca satu ayat,nak baca lagi,nak baca lagi,nak baca lagi..........taknak berhenti!

lain sungguh bila baca buku text..hmm..


***

Semalam macam terlebih tengok gambar baby.Mulalah terasa ish bila nak ada baby sendiri ni.Bila tengok baby mesti berangan kalau aku ada anak nanti,nak jaga anak betul2,nak suh anak jadi soleh solehah,berguna untuk agama dan macam2 lagi.Tapi lupa bahawa aku juga seorang anak,adakah aku menjadi yang terbaik untuk emak dan abah sepertimana aku nak anak aku jadi terbaik untuk aku?suka sungguh meminta tanpa memberi....

***

hmm..just a rambling from me.

Sunday, November 2, 2008

tips

Salah satu perkara yang biasanya sangat ketara pada musim peperiksaan ialah ketidakseimbangan pengambilan makanan.Antara dua sebab iaitu malas untuk memasak dan yang kedua ialah masa yang ada lebih baik digunakan untuk belajar( kalau masak sekurang2nya mengambil masa 2 jam sekali dengan penat kemas dapur lagi).

Mengikut semester2 yang lalu,antara menu yang biasa menjadi santapan untuk menahan lapar ialah nasi telur kicap, nasi goreng b*d**(letak nasi,letak kicap,telur dan sweet chilies pastu goreng) dan megi.

Pada semester kali ini,saya ingin mencadangkan menu yang lebih sihat dan jimat masa untuk mengisi perut di kala musim peperiksaan.Remember, our brain is the most greedy organ,it needs glucose to function.

(pastikan bekalan sayur sayuran sentiasa banyak dalam peti sejuk)

1)nasi goreng sayur.
-tumis bawang putih,letak bilis,garam gula,lada hitam,telur sebiji,kicap,nasi dan pelbagai jenis sayur dengan banyak.

(jimat masa sebab takyah nak potong ayam ke,daging ke,ape2 la)

2)mee suwa (tak tau nak eja macam mane)
-didih air dalam periuk,letak bawang putih,garam gula,telur sebijik,lada hitam,sayur sayuran,mee suwa.

(sangat senang buat!10 minit kot,kalo tak kenal mee suwa boleh tanya nanti)

3)nasi dan sardin ataupun smiling fish
-walaupun segera tapi ikan sardin banyak khasiat

4)french toast manis
-sebijik telur,3 sudu gula,susu segar sket,celup roti dan goreng

(macam tak sihat skit tapi ok la jugak)

Satu lagi,sila hadkan minum coffee.Boleh minum tapi jangan sampai 3 cawan sehari.Satu lagi info, coffee atau tea mempunyai antioxidant yang bagus untuk badan tapi selalunya antioxidant ni hilang bila kita letak susu.So,boleh la try2 tak letak susu. he he.

selamat mencuba!

imtihan

12 weeks of lectures finished,a week of SWOT Vac(study without teaching vacation) will officially start tomorrow and then examination.

11.11. : biotechnology in practice
20.11 : managing people and organisation
21.11 : biochemistry B and molecular biology
27.11 : arabic 1B

29.11: flying back home!!

to my beloved sister,good luck in this coming SPM.I knew you can do it,insyaallah.She studies hard and sleeps hard too.=))

Sabar dan tawakal sokmo.Insyaallah.

Saya mendoakan kejayaan anda semua juga.Semoga Allah permudahkan.amin.

Saturday, November 1, 2008

RnR

berehat dan merefleksi diri sendiri:

Tanda tanda ujub dan besar kepala
:

1.Banyak membicarakan diri sendiri
-suka cakap keistimewaan diri sendiri
-seorang ayah bangga dengan kejayaan anak anaknya
-seorang pelajar bangga dengan kedisiplinan dirinya
-seorang dai' bangga dengan ilmunya,kelebihannya dalam menarik orang lain

2.Antusias meminta pekerjaan
-rasa dia ahli dalam membuat sesuatu pekerjaan contoh: dia lah yang pandai masak jadi dia rasa dia sahaja layak untuk masak,dia pandai mengajar so dia rasa dia seorang sahaja layak mengajar.

3.Sulit menerima nasihat orang lain
-dia rasa dia punya kelebihan dan tak layak ditegur,contoh seorang guru bahasa arab tak boleh terima pandangan dari orang yang bukan ahlinya dalam bidang arab
-taknak terima pandangan orang lain
-menahan diri dari tanya orang kalau dia tak tahu lagi lagi kepada orang yang lagi rendah taraf daripadanya.

4.Meremehkan orang lain
-taknak bergaul dengan orang yang lebih rendah dari martabatnya
-rasa sulit nak bergaul dengan orang miskin

5.membicarakan pemberian
-bagi sesuatu kepada orang lain lepas tu ungkit2
-malah siap tunggu kesempatan untuk membicarakan pemberiannya
-harap orang lain ucap terima kasih dekat dia lepas tu marah pulak kalau tak ucap

6.Angan angan untuk terkenal
-nak terkenal dari orang lain dalam setiap bidang dia ceburi
-nak buat sesuatu yang luar biasa supaya orang kagum terhadapnya
-rasa diri mulia di sisi Allah dengan perbuatan baik yang dia buat
-rasa aman dan lebih khuatirkan orang lain dari khuatir diri sendiri
-rasa dia baik dan orang lain tak baik
-rasa orang lain bodoh dia yang pandai
-rasa orang lain tak rasional dia yang rasional
-rasa dialah yang menuntut akhirat orang lain menuntut dunia

7.Tinggi hati kepada orang lain
-tak nak terima nasihat
-suka orang layan dia tapi benci layan orang lain
-taknak dengar orang lain cakap tapi asyik dia je nak cakap pasal diri sendiri
-takleh dengar orang lain dapat pujian,rasa sakit je dada
-gembira dengar keburukan orang lain
-kalau tanya dia akan jawab apa2 sahaja supaya boleh menyembunyikan kebodohan dia
-jika jawabannya dibantah dia akan marah


dari buku "hancurkan ego diri" ,oleh Dr Majdi al-Hilali.

"sombong itu tidak menerima kebenaran dan menghina orang lain" (HR Muslim)