Bak kata kata favourite kak hanim "hidup adalah menikmati kelazatan susah".
Kalau dulu dulu belajar sastera BM dengan cikgu Aminah,kata kata ni boleh kita kategori kan sebagai paradoks.Yelakan dahlah susah,pastu lazat?pastu menikmati?hmm...contradict sungguh.
Tapi itulah hidup.Hidup ialah satu perjalanan.Dan amatlah mustahil hidup kita ini hanya gelak ketawa dan indah belaka.Cubaan dan dugaan itu pasti untuk menguji kesabaran dan ketabahan diri.Ujian dan dugaan akan berterusan melanda.Percayalah lepas satu ujian selesai,akan banyak lagi ujian ujian yang hadir mewarnai perjalanan hidup ini.
Tapi Allah itu Maha Penyayang.Dia memberi ujian kepada hamba hambaNYA yang pada fitrah hambaNya itu mampu memikul ujian tersebut.Dia menciptakan aku,meniupkan rohku,mengetahui rasa hatiku,menganugerahi aku akal fikiran,mana mungkin Dia tidak tahu setiap kekuatan dan kelemahan aku.Kalaupun aku lemah,mudah sahaja Dia mencampakkan kekuatan itu.Dia berhak segalanya!Dia juga berhak merentap nyawaku di saat aku menaip kata kata ini.Oh Allah oh Tuhanku,ampunilah daku...
Bohonglah jika setiap yang hidup tidak mahukan ketenangan dan kebahagiaan.Percayalah pada setiap ujian ujian yang mewarnai ini sebenarnya ketenangan dan kebahagiaan dari Ilahi.Ketenangan itu hadir bila sahaja diri dan hati ini menyandarkan segalanya kepada yang Maha Berkuasa.Rasa susah itu sebenarnya ketenangan yang besar bagi orang orang yang bertakwa.Bila kesusahan datang bertemu,orang orang bertakwa menyandarkan seratus peratus kepada Allah untuk menghilangkan kesusahan.Adakah dengan keluh resah,menangis,meminta simpati orang boleh menghilangkan rasa susah itu?tidak sama sekali.Mintalah pada yang menghadirkan rasa susah itu.Tidak sekali kali Allah menghadirkan rasa susah itu untuk suka suka,untuk mempermainkan manusia tapi dengan hanya satu tujuan:DIA mahu melihat manakah di antara hambaNYA mengadu dan merayu rayu kepadaNYA.Bukankah dengan mengingati Allah hati akan merasa tenang?
Makanya,betullah hidup ini menikmati kelazatan susah.Bagi orang orang yang bertakwa,susah itu lazat,susah itu dinikmati.Makin tinggi level susah,makan tinggi rasa tawakal kepada Allah,makin tinggi rasa percaya pada Allah,makin TENANG!!!
Yakinlah,ketenangan dan kebahagiaan itu bukan terletak pada rumah besar,kereta besar,duit berjuta,result best,pangkat,wanita,orang orang yang kita sayang dan apa apa sahaja yang indah di mata ini.Ketenangan itu dapat dinikmati ketika hati ini merayu rayu pada Allah,kebahagiaan itu dapat dirasai bila air mata tak berhenti henti menangis kerana dosa dosa silam dan ketakutan itu hilang bila setiap saat yang meniti hanya Allah hadir di hati,tiada sandaran yang lain.
Hadirlah susah,hadirlah derita,hadirlah ujian jika itu dapat mendatangkan ketenangan untuk diri ini.
No comments:
Post a Comment