Sunday, November 23, 2008

adik adik

ikmal(adik bongsu) dan imam(adik no 5) dekat TER

adik yang ketiga,adin yang kurus dengan unta

adik bongsu,ikmal hakim(xde kaitan dengan entry ni pun)

Adik aku yang kedua namanya Syafiyyah,sedang menduduki SPM.Kami sempat pergi sekolah sama sama.Masa tu aku form 5 dia form 1.Dia ni sangatlah lain dengan aku.Seorang yang sensitif,pemalu dan tak pandai masak (ha ha).Kelebihan yang paling ketara ialah suara dia memang sangatlah best bila mengaji.Kat rumah kitaorang kongsi bilik.Kalau time dia mengaji aku memang suka dengar,memang best la dengar dia mengaji.Tapi pura pura tak dengar lah,mana macho cakap aku suka dengar dia mengaji.he he.Dulu lepas dia PMR,aku pernah cakap kat dia baik awak masuk maahad tahfiz pastu pergi sambung belajar agama tapi mungkin kena duk asrama mak macam tak setuju sikit.Takpe2,lepas spm ni nak pujuk dia masuk Darul Quran.Satu gi kelebihan Syafiyyah dia punya bahasa arab mantap.Tiap tiap bulan kot dapat 90++.

Baru baru ni tanya dia nak sambung belajar kat mana lepas spm,dia kata nak datang melbourne dan nak buat biotech jugak.hu hu.Tak berkembang la cik kak.Aku selaku kakak sulung memang mengharap sangat dia sambung belajar agama lagi lagi bidang al quran.Tadi sms dia duk mengeluh SPM susah.

"Semua soalan keluar topik yang tak baca.Tak boleh jawablah.Kesian kat mak abah mengharap kat saya"

"Eh,awak ni belajar sebab mak abah ke?kita belajar sebab Allah lah.Bila belajar sebab Allah awak dapat result teruk ke,result ok ke,awak tetap istimewa di sisi Allah.Awak kena kuat.Nama awak Syafiyyah tau tak.Syafiyyah tu nama isteri nabi tau tak"

"baik sis..love u"

***

Dia juga istimewa sebab dia ada masalah kesihatan sikit.Semoga Allah mengumpulkan kami adik beradik di syurga nanti.Aminn..


(esok lusa saya nk privatekan blog ni,sudi lah ye kasi email.=))

5 comments:

victoire said...

err.. kak dia x tau malu ke? =p
hehehe. gurau je.
hebat ngat BAT 90 lebih.
tapi xleyh lawan ambe.
ambe paling terer. hehehehe.
7th heaven.. ade brani??

About Me said...

7th heaven tu mde?hehe

she-who-musnot-be-named said...

kak mar.
nizi_pooh@yahoo.com
it's up to u then.
tq.

Hilmi said...

tersentuh plop bace hok last2 tu..blajar kerana Allah...btul3..

Hilmi said...

pesan ke adik tu,masuk la DQ..

rugi sgt kalo xmasuk..

sy sndiri nyesal..

da dpt tp tolak..

skrg bru nk nyesal..