Thursday, December 10, 2009
big day is on the way
Alhamdulillah.He made it.
I am done.See you soon graduation team :)
Tuesday, December 8, 2009
tuesday,wednesday,thursday,result.
Nothing much really..is now waiting for the result to release..takut?tak tau la..tapi result ni bakal menentukan aku akan pakai gown(regalia i mean) dan ambik scroll dekat wilson hall atau tidak..seandainya gagal extend satu sem lagi..takde repeat paper,kita repeat sem terus.
Bersedia dengan apa sahaja kemungkinan.Percaya kini bahawa apa sahaja Allah hidangkan di hadapanku adalah yang terbaik.Di sini bukan tempat menuai hasil,di sini tempat berusaha,bermujahadah.Akhirat nanti kita sama2 tuai hasilnya dan rehatlah sepuas puasnya.
Summer di Melbourne?
Not that bad.Tidak sepanas yang kusangkakan or mungkin tak panas lagi.Melbourne macam panas lembap dengan hujan pada hari tertentu.One thing to learn, masa lapang adalah ujian dan dugaan.Aktiviti di Melbourne, alhamdulillah masih ada program program untuk makanan hati.Satu point yang sangat terkesan summer kali ialah soal akhlak.Kagum dengan akhlak nabi Muhammad.Kagum is one thing,faham is another thing.Lagi,beramal dengan akhlak Rasulullah is a big thing.Kita sebenarnya tidak serious untuk benar benar ikut akhlak baginda.Alasan dan mainan emosi terlalu banyak.Kita suka main main.
oh satu lagi,i have something to announce you guys,stay tune.
:)
Friday, November 27, 2009
Monday, November 23, 2009
baca dengan hati yang bersih tolong
(sudah mengantuk sebenarnya..)
Maaf ini bukan post yang cool.Well,define sendiri cool pada erti kata yang sebenar.
Benar kata seorang teman "macam macam masalah dalam dunia ni"(mk,2009)
Menarik kan.Di sebalik macam macam masalah itu asasnya tetap sama.Malah, kisah kita mungkin berbeza tapi formula dan ramuannya tetap sama.Semoga tidak larut dengan kisah hidup ini sehingga banyak hak hak yang terabai.Kita (aku) kalah sebenarnya kalau begini.
Lompat jap.
Zulhijjah di sini dan gambaran haji di blog blog mula penuh (juga gambar kawen he he cuti sekolah katakan).Mahu ke sana jua (kawen pun termasuk sekali, ini serious),kalau boleh pada usia yang muda tapi rancangan Allah melebihi segala galanya.Tarbiyah(didikan) haji dan umrah terlalu besar.Semoga jutaan yang terpilih ke sana pulang dengan fitrah.
Juga,tarbiyah hidup fana ini...semoga kita(aku) pulang ke dunia abadi dengan fitrah...
Saturday, November 21, 2009
congrats ading
Friday, November 20, 2009
friday blues
i knew.
wanna go back.
to stay up late at night.
talking to puan yakma and cik kiki and mek nor (but i have to go to london la to see nor).
oh how i miss those stupid jokes we made.all those thick terengganu vocabs we used to exaggerate situations and feelings.
Wednesday, November 18, 2009
semalam yang kosong
Sebab itu manusia memerlukan peringatan yang berterusan,sebab itu kita perlu solat 5 waktu itu,sebab itu kita perlu pada rakan rakan yang membimbing ke arah yang baik,sebab itu kita perlu ayat ayat Allah sebagai petunjuk untuk melayari bahtera ini.
Untuk menggapai syurga yang amat mahal itu,ibadah kita bukan ukuran.Seandainya kita mampu hidup beribu ribu tahun dan beribadah beribu ribu tahun,ibadah itu tidak cukup pun untuk membeli tiket ke syurga.Yang melayakkan kita untuk ke syurga ialah redha dan rahmat Allah.
Sebab itu hidup ini begini.Ada hari Allah cukupkan rezeki kita,ada hari Allah sampaikan apa yang kita hajati,ada hari kita rasa happy.Mahu melihat siapa hambanya yang bersyukur,yang makin tunduk kepadaNYA.Hari lain pula kita rasa sakit,rasa tak best,rasa takut,ujian terasa berat tersangat berat.Mahu melihat siapa hambanya yang sabar,ikhlas,tidak mengeluh,tidak mengharap pada yang lain.
Syurga itu digapai bukan dengan solat yang rutin itu,tapi keikhlasan di sebalik itu.Syurga bukan digapai dengan puasa yang wajib itu,tapi kesabaran yang terbina di sebaliknya.Syurga digapai bukan dengan aku dapat dean list semester ini(aku memang tak pernah dapat),tapi pada mujahadah,tawakal yang terbina di sebalik itu.Syurga bukan digapai dengan ribuan duit yang disedekahkan,tapi kebenaran niat di sebaliknya.
Sebab itu hidup ini adil,semua manusia mampu menggapai sabar,ikhlas,tawakal dan lain lain.Tidak kira miskin kaya cerdik tak pandai.
Aku tidak menulis ini untuk orang lain tapi untuk diri sendiri yang sering jatuh.Hidup ini perjalanan hati.Hati yang ikhlas,yang sabar,yang tawakal mampu menggapai syurga.Hidup ini tidak perlu palsu kerana hati tidak boleh menipu.
Bukankah Rasulullah diutuskan untuk memperbaiki akhlak ini?
p/s:Ada buku Amr Khaled bertajuk menggapai syurga dengan hati tapi saya tak baca lagi.he he.
Friday, November 13, 2009
maxwell dan screw driver.
usah ditanya 2 yang semalam sebab saya manusia tiada keyakinan yang tinggi.
2 subjek satu hari terasa kepala sudah penat berfikir,bangun pagi tadi baru terfikir jawapan jawapan yang sepatutnya ditulis.oh jawab exam perlukan brain yang segar bugar.
satu yang pasti,sudah tidak mahu buruk sangka pada Allah seperti semester semester lepas.
isnin ni 50%,rabu satu lagi 30%.
waduh,terasa macam sudah merdeka.
macam sajalah.
mari belajar.
plant and pathogen.
uhuk uhuk (terbatuk mungkin).
eh satu lagi,siapa yang kata bioteknologi senang?
mungkin tidak mudah.
(post ini semacam bahasanya pening pening gitu,maafin)
Monday, November 9, 2009
ni sudah lebih
mardhiyyah mpauzi: biochem ng sob ke?
mardhiyyah mpauzi: hahhaha
mardhiyyah mpauzi: lawok weh
Ara Abzak: hehe
sj je main2
mardhiyyah mpauzi: eh
mardhiyyah mpauzi: biochem lok
mardhiyyah mpauzi: webcam
hahha
mardhiyyah mpauzi: mde aku ni
mardhiyyah mpauzi: adeh
Ara Abzak: x abis2 ng biochem mu
mardhiyyah mpauzi: tu r
mardhiyyah mpauzi: adoi
*Ara Abzak tu yapma
*sob tu suami yapma
kita apa yang kita fikirkan
aku menutup hari hari ini dengan cukup penat.
dan aku bangun lagi esok hari dengan cerita yang sama.
terasa hidup ini sungguh sempit dengan hal hal ini.
dan diulang lagi,ulang dan ulang.
cerita sama setiap kali dan aku juga sama seiring setiap kali.
hati dan fikiran ini hanya duniawi kan.bila lagi nak akhirat oriented ni.
sikit2 doa semoga aku lulus exam nanti,semoga lecturer murah hati,semoga aku bleh grad 17 hb ni,semoga aku dapat stadi dengan jayanya.
betul,ini juga perlu.
tapi doa orang2 mukmin bagaimana?
oh Allah,jauhkan aku dari azab neraka jahimMu,
oh Allah,tempatkan aku di syurga janji Mu bersama para syuhada
oh Allah,pilihlah aku ya Allah untuk berjumpa denganMu
oh Allah,kumpulkan ibu bapaku,adik beradikku dan keluargaku di syurga nanti
oh Allah,aku mahu meniti titian mustaqimMu dengan sebaiknya
oh Allah,mudahkanlah urusan hisabku nanti
and list goes on...
aku masih dunia-oriented.betul.
astaghfirullah..
belajar sajalah wahai diri,niatnya kerana Allah yang Esa,semoga ibadah belajar ini memberatkan amalanku tika dihitung.
semoga semuanya di sini hanya untuk di sana yang kekal abadi.
kerana kita apa yang kita fikirkan.
kita fikir dunia,kita dapat dunia dan masalahnya.
kita fikir akhirat,kita dapat akhirat dan dunia dan seisinya.
(aku ni memang manusia tak reti berayat2.direct aje ayatnya.tengok blog orang lain ayat2 fuhh sastera! oh dunia lagi.astaghfirullah)
Wednesday, November 4, 2009
on a vacation
Third day of Swot Vac (study week).Not studying that much.My stress level seems so-so.Suam suam kuku.The fact still I have too many things to read,apprehend and memorise(oh,to print out my lecture notes!) and what not 2 subjects in one day.Oh well, am I taking this easy?
No,no.
I am losing focus at the moment I reckon.
so,renew your niat mar!
"mane bleh hilang fokus dlm berjuang" (mak said this yesterday,implicitly)
hmm,what distract me then?
no idea.
Monday, November 2, 2009
sebelum menutup mata
salah satu jalan mencapai ketakwaan ialah muhasabah.
muhasabah.
menilai diri sendiri,menghisab diri sendiri,merenungi kelemahan diri.
amat2 sukar untuk menjadikan muhasabah diri ini suatu amalam harian.
apatah lagi untuk memperbaiki setiap yang kurang itu kepada yang lebih baik.tahu dan sedar semata tanpa perubahan selamanya takkan berubah.berteori dan berfalsafahlah semahunya tanpa perubahan buat apa?ianya takkan merubah apa apa.
aku amat terkesan bila ditanya soal kemahuan yang tinggi.mengapa masih di sini?mengikut arus sahaja?kalau tiada,makanya tiada?begitu?
aku sejujurnya tiada jawapan bila di tanya tentang kemahuan yang tinggi itu.syurga itu amat mahal,tersangat mahal tiada perumpamaan.kata mahu beriman,kata mahu syurga,kata mahu sabar,kata mahu ikhlas,kata mahu yang indah indah,kata mahu syahid!kata daie!
aku di mana?aku masih sama.masih berkata kata.
wassabbit aqdamana...(2:250)
takut pada bayang bayang sendiri.
umar lagi :)
nak tau satu tips kalo rasa macamni?
cari inspirasi dengan cepat.
taktau kenapa aku sangat suka dengan Umar al khattab.ulang mende sama kan aku ni.
di kalangan sahabat2 Rasulullah aku suka Umar al khattab dan Khalid al Walid.Pada aku Umar dan Khalid ada banyak persamaan.Salah satunya bab tegas dan degil tu.Degil yang bertempat maksud aku,mungkin tegas lagi sesuai perkataan yang perlu diguna.Tegas dengan setiap perkara,berani cakap apa yang hak.Mungkin kena dengan jiwa aku yang degil ni,tapi degil aku banyak yang negatif.
2 sahabat ini bukanlah dikalangan yang awal masuk islam tapi itu bukan ukuran.suka lah dengan umar dan khalid ni!big fan!! (is dreaming to have two sons with these names he he,mesti garang anak2 aku nanti he he)
sebenarnya aku sangat suka bila insan setegas,segarang dan sedegil macam umar dan khalid tapi bila disapa hidayah mereka sangat tawaduk,sangat rendah diri,sangat taat.Kagum ah dengan sifat macam ni,sekeras2 jiwa mereka tapi sangat lembut bila disapa hidayah.
Degil2 mereka tapi bila dengan agama ini,mereka taat,tunduk,tawaduk,zuhud.Takdelah nak ikut perasaan sendiri dan ikut suka hati je nak cakap pape,asal dia je yang betul.
aku sebenarnya sangat suka dengan kata kata Umar.kata kata Umar pada aku sangat smart,kena pada tempat,dan sangat direct dan sangat santai,kena dengan hari hari hidup ini.
"Siapa yang meninggalkan cakap berlebihan, dianugerahkan kepadanya kebijaksanaan
Siapa yang meninggalkan pandangan berlebihan , dianugerahkan kepadanya kekhusyukan hati
Siapa yang meninggalkan makan berlebihan, dianugerahkan kepadanya kelazatan beribadah
Siapa yang meninggalkan ketawa berlebihan, dianugerahkan kepadanya kehebatan (di dalam dirinya)
Siapa yang meninggalkan gurauan, dianugerahkan kepadanya keinsafan (budi bahasanya)
Siapa yang meniggalkan cinta kepada dunia, dianugerahkan kepadanya rasa cinta kepada akhirat
Siapa yang meninggalkan kesibukan mencari aib orang lain, dianugerahi kepadanya keselamatan memperbaiki aib dirinya sendiri
Siapa yang meninggalkan perbuatan menyelidik keadaan Allah SWT, dianugerahi kepadanya keselamatan dari iktikad orang munafik."
— Saidina Umar Al-Khattab
stay tune, more to come with umar's saying. :)
Friday, October 30, 2009
is this for real?
For now I am okay but not too good.Swot Vac (study week) starts next week and then examinations period and like any previous semesters, it is never easy for me to pass the subjects.
Praying hard people,let us together.
Tuesday, October 27, 2009
Monday, October 26, 2009
i want a diary now
(jika panjang umur dan masih lagi bernafas)
29/10 : poster presentation (orang lain la present,malas i pls pls)
30/10: plant lab report
2/11 : biochem lab report
exams:
12/11: neurochem, developmental biology (2 in a row dik,akak dah penin pk nih)
16/11: plant molecular biology and biotechnology
25/11: advances techniques in molecular science
11/12: result out! and abah & adin datang!!!
kalau result semua lulus (doakan ye rakan rakan):
17/12: convocation ceremony (depends on result tho)
24/12: pulang ke malaysia,selamat tinggal melbourne
19/1 : umur bertambah lagi
oh banyaknya tarikh!so,what date is missing now? *wink2*
Saturday, October 24, 2009
ianya tidak pernah lewat
Mahu stay up malam ni kerana esok subuh berseorangan,teman berjemaah tiada.Aku kebiasaannya ambil peluang untuk stay up bila mana tidak solat ataupun tiada teman berjemaah solat subuh.Bukan apa,kalau by pukul 4 pagi masih tak tidur,aku akan tunggu subuh terus.Masuk aje subuh terus solat dan terus tidur.Kalau ada teman berjemaah,masa untuk subuh agak lambat sedikit.Pukul 6 gitu baru boleh tidur.Ape2 la mar,asal gembira. He he.
Hari ini terasa panjang buatku,mungkin summer makin mendekat jadinya siang makin panjang.Hari ini aku sedikit lapang despite of kerja yang masih menimbun.Mungkin aku boleh mengagak sebenarnya kerja itu mampu dibuat dalam masa yang sekejap,yang penting fokus.Hari ini aku habiskan masa aku dengan membaca blog2 rakan2,yang kenal,tak kenal langsung,blog2 tokoh.Juga singgah tengok kawan2 lama di facebook,kawan2 satu kelas,lain kelas masa di SHAMS.
Pertamanya,aku bukanlah manusia yang layak untuk bercakap soal ini,tapi iman yang lemah ini masih lagi terkesan bila melihat kawan2 satu sekolah mula tidak bertudung ataupun sekejap pakai sekejap hilang.Aku mengakui terlalu banyak kesilapan lalu yang menghantui diri tapi hati ini masih lagi mampu sedih dan kecewa dengan kawan kawan yang mula entahlah taktau nak describe apa.
Aku juga muda,nak masuk 23 bulan january ni (ingat ni besday ni) aku amat dan sangat2 faham dengan selera dan rasa orang muda (ces budget ah mar).Aku juga pernah (atau selalu)tewas dengan hawa nafsu dan dunia.Dan aku amat yakin disebalik kesilapan kesilapan lalu dan juga masih banyak berbaki sekarang,Allah selalu ada di sisi untuk mengampuni dan menghapuskan segala dosa dosa itu.Dan aku sangat sangat yakin dengan sifat Allah yang Maha Pengampun.Sebab itu aku amat kecewa apabila melihat rakan seperjuangan yang seakan tahu kesilapan diri tapi terus terusan berada dalam belenggu itu.
Contohnya tentang isu tudung tadi,aku paham aje kenapa mereka kadang2 bukak kadang2 tutup.Dalam hal ini,perkara yang amat penting ialah iman dan ketegasan dengan diri sendiri.Memang benar iman mudah turun dan naik,iman amat mudah digoda oleh hasutan2 dunia tapi paling tidakpun,kita tahu limit sendiri.Kena degil dalam hal ni,kena jadi tegas,kena ada stand sendiri.Jangan impulsive.Dan sesungguhnya tiada siapapun boleh jamin kita tak buat hari ini bermaksud kita tak buat juga esok hari kerana syaitan akan tanpa penat dan jemu untuk memperdayakan kita.
Ya Allah,kuatkanlah iman kami.
Friday, October 23, 2009
they say melbourne model
Stay tune sampai akhir ayat,ini bukan post nak bangga diri :)
Teringat masa buat preparation di Intec selama setahun setengah.Dari awal sehinggalah akhir semester aku obsess dengan Melbourne uni.Memang awal2 lagi dah target nak masuk Melbourne uni dan tengok requirement untuk masuk sana.Kenapa Melbourne?sebab pada tahun tu iaitu 2005 Melbourne uni ranking no 1 di Australia dan no 19 in the world.Pendek cerita,aku pilih Melbourne uni sebab it is one prestigious uni.
Alhamdulillah,mimpi aku menjadi kenyataan.Tapi sekarang ranking dah jatuh dah,tak silap 35 ke 36 in the world.
Kalau balik Malaysia, macik2 tanya belajar kat masa ataupun budak2 sekolah tanya akak belajar kat mana,bila jawab melbourne mungkin diorang tak tau pun kat mana,maksudnya tau la luar negara,tapi taktau specifically negara mana.Tapi bila jawab akak belajar kat Australia...adik2 sekolah pun...waaa...bijok ngak (bijaknya).
Kalau kat Melbourne pulak,bila pacik2 dekat victoria market,atau driver taxi tanya awak belajar kat mana,bila jawab Melbourne uni,semua macam fuhhh..you must be a smart girl.hmm..taktau la betol ke tak tapi bagi locals ni Melbourne Uni bukan calang2 orang bleh masuk.Analoginya,macam budak spm straight A aje yang macam layak masuk ni.Kalau ada B pun,EST aje. Yang lain kena score.
eh,ni bukan post nak bangga diri,baca sampai habis.
Tapi kan seriously aku mengaku Melbourne uni ni ada aura tersendiri.Tak reti nak cakap aura amende tapi aura la.Lagi2 jalan2 tepi swaston st tu..wah..hebat bangat uni aku ni.Dan aku mengaku aje aku lebih menumpang nama kehebatan uni ni,nanti balik interview kerja mesti interviewer tak caya aku ni belajar melb uni,macam taktau pape je.Buat malu aje.
Semalam aku ada lab plant.Before mula eksperiment,lecturer pergi depan nak explain pasal size of DNA.
"so,when 1129 minus 114 kb equals to?"
senyap
"how big is that?"
senyap
"guys!!!come on! 1129 minus 114 kb.so,this is third year student?of melbourne uni?come on guys"
students: sengeh2 sesama sendiri termasuk la aku.
hebat beno student melb uni ni. :)
Wednesday, October 21, 2009
mencari semut hitam
"wtpe?tadi gi surau,ada tabligh"
reply:
"stadi ler.tabligh?diorang buat apa?wah hebat nya networking diorang eh"
reply:
"ada program dkt surau,diorang ajak gi prog diorang..ada qiam"
reply:
"oh ye ke?qiam tu pergila.tabligh ke?
reply:
"la..bkpe?xleh ke?"
reply:
"pergila qiam tu..takut gok tabligh ni eh..he he"
reply:
"nape?tak kesoh la selagi kita buat ikut agama,no hal lah"
reply:
"aah ek.yang penting ikhlas.apa2pun sebab Allah,kalau sebab perkara lain,buat la amal canne2 pun,kalau sebab perkara lain,Allah x terima"
****
Tidak mahu sentuh soal tabligh kerana aku taktau pasal fikrah diorg tapi yang aku pernah tau Hassan al Banna pernah kata mereka sebahagian daripada kami (kami merujuk kepada ikhwanul muslimin, sebenarnya aku lagi suka dengan pendekatan Hassan al Banna yang berhikmah bila ditanya tentang tabligh)
aku terkesan dengan soal ikhlas..
ikhlas itu seperti semut hitam di atas kayu hitam di tengah pekat malam..
teringat kisah korban pada hari raya aidiladha..
kerana yang sampai kepada Allah bukanlah daging korban itu tetapi taqwa.keikhlasan itu.
mencapai qolbun salim..hati yang benar2 suci,benar2 mulia,benar2 ikhlas...
jauh.fullstop.
Monday, October 19, 2009
doa
Sebenarnya dengan kemahuan yang tinggi atas setiap sesuatu itu,insyaallah Dia akan bagi.Sungguh sungguh itu bukan bermaksud berhempas pulas,usaha bagai nak rak baru dapat.Bersungguh sungguh itu cukup sekadar berdoa.Jangan lupa,doa itu senjata terkuat orang islam.
Bila tengok balik apa yang Allah dah bagi dalam hidup ini,setiap impian yang seringkali menjadi realiti,aku terfikir di mana sebenarnya usaha aku.Beberapa hari lepas,aku sedikit tertekan dengan kerja kerja belajar.Sudah usaha setakat yang mampu,sudah fikir macamana nak siapkan tapi masih lagi stuck.Terlupa seketika aku mempunyai senjata untuk berdoa.Ya Allah permudahkanlah apa yang susah,berilah aku kekuatan akal fikiran untuk menyelesaikan apa yang aku tidak tahu, apa yang tidak terfikir oleh akalku.Aku panjangkan lagi doa itu dengan menyuruh mak turut sekali berdoa,semoga tiada hijab doa ibuku.
Bila aku sebut sekadar doa,ianya bukan bermaksud hanya berdoa untuk keputusan akhir.Ianya lebih kepada usaha dan kekuatan di pertengahan itu.Bukan sekadar berdoa untuk syurga,tetapi berdoa supaya kita berusaha ke arah itu.Aku tak tahu orang lain,tapi kalau aku sendiri bila sahaja aku berdoa untuk satu satu keinginan,usaha dan kesungguhan itu datang seiring dengan doa.Masakan tidak sekurang kurangnya 5 kali sehari (lepas solat) kita berdoa,kita ulang ulang apa yang kita inginkan,kesungguhan dan usaha itu datang tanpa kita sedarpun.
Jadinya,bukan soal kita mampu atau tidak,bukan soal kita layak atau tidak.
Tetapi soal mahu atau tidak.
Sungguh sungguh atau tidak.
Doa atau tidak.
erm..boleh la kan aku sambung masters pasni,mampu tak mampu bukan soalnya. :)
Sunday, October 18, 2009
kata Umar
Aku suka kata kata Umar.
Inspirasi Umar:
"Aku mengamati semua sahabat, dan tidak menemukan sahabat yang lebih baik daripada menjaga lidah. Aku memikirkan tentang semua pakaian, tapi tidak menemukan pakaian yang lebih baik dari pada takwa. Aku merenungkan segala jenis amal baik, namun tidak dapat yang lebih baik dari pada memberi nasihat yang baik. Aku mencari segala bentuk rezki, tapi tidak menemukan rezki yang lebih baik daripada sabar "
(Khalifah umar)
sahabat terbaik yang menjaga lidah,pakaian terbaik ialah taqwa,amal terbaik ialah berpesan2 ke arah kebaikan dan rezeki terbaik adalah sabar.
"rezeki terbaik itu adalah sabar"
enough said.
Saturday, July 25, 2009
Wednesday, July 22, 2009
so here i am
It has been quite some time I left writing,I mean real post deep down from my heart to really share what I am really want to share.I have so many things in my mind to speak out to people, to express my feelings and opinions but lately I choose to keep my mouth shut.
Many times I want to share whats significant in my plain daily life and what matters for me.Sometimes what matters for me are not for you and vice versa.
Well,well,well.
Winter break is reaching to its end and a hectic, freaky final semester will officially start on monday next week.I dont have any idea about semester 6 except lab work, lab, lab and more lab.I have 5 hours lab on monday, 4 hours lab on wednesday and 3 hours lab on thursday.
oh, oh, oh.
I dont know what to blog.
tipu, ada je nak cakap tapi malas kot.eh, bukan malas nanti ada orang menyampah--->>selalu sangka buruk dulu kan.
nanti2 cerita pasal new zealand yang sgtlah lawa,lawa dan lawa that your slr, ( if you have one,trend orang sekarang sangkut2 slr dekat leher biase la tu ),camera and video cannot capture but your eyes can.See, ciptaan Allah selalu yang paling atas.not even close.
okies dokies.
bye,bye,bye.
Thursday, July 16, 2009
Sunday, July 12, 2009
off to nz
susah.
honestly, i failed with this.many times.
Friday, July 10, 2009
updates
minggu pertama dan kedua cuti musim dingin:
-sepupu datang berjalan2 di melbourne dan dah balik malaysia semalam
-pergi tgk kangaroo dekat Philip Island,jalan2 sekitar melbourne,pergi main snow,pergi sydney.
-semoga tetamu yang datang membawa barakah dan penghapus dosa dosa ini
-sempat pergi program bersama sisters pada 8 and 9 hb walaupun i missed JMD and mukhayyam
alhamdulillah, takde satu hari pun cuti setakat ini di sia siakan.walaupun sometimes penat sgt kena kejar masa tapi sangat bersyukur.
minggu ketiga dan keempat cuti (akan datang):
-i'm going to new zealand for a week with housemates
-and now focusing on "Malam Bersamamu Palestine" (walaupun tak dapat hadir).
****
today result is out.
alhamdulillah.
sangat malu dengan Allah.disebalik semua sangka buruk, fikiran negatif, keluhan yang tak habis habis Allah tetap bagi yang the best!
I'm not the one that made it but ALLAH.
sangat malu dan sekarang pun sangat tak suka pada diri sendiri sebab bila dah tgk result still rasa tak puas hati!huhu...hamba jenis apakah aku ni..sebelum result kuar,nak pass semua subjek..bila dah pass semua nak mde laen pulak...T_____T
kena belajar mendalami erti syukur yang sebenar..
syukur alhamdulillah..ampuni aku..
so,final semester,see you soon!
Wednesday, July 8, 2009
manners
copy and paste from email
an introduction to manners by Amr Khaled
1. Unfortunately, some Muslims make a great separation between manners and Ibadat (acts of worship), and between religion and life. Inside the mosque, one is straight, women are wearing the appropriate Hijab, you are praying full-heartedly. However, outside the mosque, you are different. Where are manners then? You will reply, “as long as Ibadat are regularly performed, manners have no importance!”
2.You think that life is an issue, and religion and performing Ibadat are another. Brothers and sisters, this is an incorrect concept. This separation has nothing to do with Islam. Islam is one unit. Islam is an integral whole. Hence, this grave separation results in two kinds of people:
- The first is an ‘ill-mannered but good worshipper’ kind of person.
- The second is a ‘good-mannered but bad worshipper’ kind of person (Pick one??!! Of course we don't one to be in one of it kann?)
Both Haia’ and faith are united.
Therefore, if you want to measure the strength of your faith, tell me about the level of your manners. Hence, I will tell you whether you are close to Allah or not. (tertusuk)
4.A delegation came to see the Prophet (PBUH) and asked him, “Who are the dearest to Allah?” and he said, “Those with the best manners.” Do you see how important it is to have good manners? If you fail to see this then you are heading in the wrong direction.
5.When the Prophet looked at himself in the mirror he used to say, “O Allah as you have perfected my face make my manners as perfect”.(18) He was that persistent.
6.The Prophet (PBUH) taught us that, “Knowledge means taking it upon one’s self to learn, meekness means taking it upon one’s self to be meek and patience means taking it upon one’s self be patient”.(21) The Prophet wants to teach us that it is possible to change one’s manners. We should never think that we are not capable of change. Many people have changed tremendously after becoming more religious. People often wonder how a person became so calm after being unbearable in the past. (don't you think sooooo?)
statement "aku memang cenggini " tidak lagi praktikal ;) we can change!
holiday mode
Saturday, June 27, 2009
Thursday, June 25, 2009
ha ah
went through all the homework sheets.We have to do atleast 8 from 12 homework sheets from textbook.I did only 8..yeahh..pelajar yang dengar kata.yang atleast tu jugak aku berminat.he he
I made a conclusion:
how to grab examiner's attention aka my lecturer: write nicely and neatly.
baru perasan kalau tulisan comot2 markah selalu rendah,kalau tulis lawa2 markah tinggi skit pastu lecturer tanda pun x strict sgt.siap tulis satu perenggan puji pujian sebab tulis lawo2.
yeahh..nice and neat ok mar.
cm xde input sgt kan post lately..layannnkan aje..
Wednesday, June 24, 2009
hoyyeh2
done with all biochem's papers
take home message: dont trust past year questions.dont trust.ever.
Tuesday, June 23, 2009
H1N1
aku kat melbourne tak rasa apa apa.
orang luar melbourne pulak:
"mar,ok ke dilah nak datang melbourne ni?selamat ke?"
"mar,kau nak datang sydney kan,make sure ko sehat tau nak tido umah aku ni" ( dalam hati : plak dah)
"kak mar,kak cik nok gi melbourne ni ok ke dop?" (sepupu nak dtg jalan2 1 july ni)
aku kat melbourne ni memang tak rasa apa apa.orang kat melbourne cool je,buat dunno je,atau mungkin aku dah lama tak keluar rumah,destinasi aku hanya ke dewan peperiksaan atau ke library.tapi kalau gi dewan exam takde pulak orang pakai mask ke ape.
dengar2 cerita ( sebab aku memang tak baca newspaper kat sini) H1N1 memang banyak kat melbourne ni, macam dah jadi case biasa2 je, tak sampai fatal.mungkin satu sebab, kat melbourne ni health system dia mantap kot.
dalam hal ni satu pendapat aku, kalau nak travel naik flight from melbourne sila la pakai mask.memang senang jangkit2 virus time dalam flight.bayangkan 8 jam dalam flight dengan macam2 orang,macam2 penyakit dan bernafas dengan udara yang sama,memang senang nak dapat flu.
kedua,tak salah kalau pergi amik vaccine anti influenza for those who nak balik malaysia.walaupun bukan specifically untuk swine flu.20 dolar je kan. ;)
satu gi,kalu time summer balik mesia memang minggu pertama aku akan demam dlu..perubahan cuaca la katakan..
hmmm....baru nak balik raya ni..
Monday, June 22, 2009
biar terus
lusa ada paper.
aku perlu ulangkaji untuk second round,untuk hafal point2 penting,untuk fahamkan balik mana2 subtopik yang aku tangguhkan.
inilah sebab utama aku tidak suka exam,exam memaksa aku mengingat fakta2 walhal aku dah faham konsep dan isi isi pentingnya.
exam pada aku tiada guna faham semata mata tanpa mengingat.tahu tapi lupa.meletihkan dan menyakitkan apabila membaca soalan yang kita tahu jawapannya tapi lupa,lupa..BLANK.
minggu terakhir peperiksaan meletihkan aku.
apa apa pun, aku kena habiskan period ini, i have to do it, dengan apa cara sekali pun.aku tidak mahu mengulang subjek dan semester ini lagi.terlalu banyak cita citaku yang perlu aku selesaikan pada masa hadapan.cukuplah semester ini hanya sekali.
aku tahu kamu semua juga melalui exams period yang meletihkan tapi ini hanya sekadar perkongsian dariku.
malam ini aku dapat hadiah yang begitu bermakna dari housemates tersayang,
"mar,ada hadiah untuk awak, tengoklah 42:36"
asy-Syura(42): 36
"Apa pun kenikmatan yang diberikan kepadamu maka itu adalah kesenangan hidup di dunia.Sedangkan apa kenikmatan yang ada di sisi Allah lebih baik dan lebih kekal bagi orang orang yang beriman, dan hanya kepada Tuhan mereka bertawakal"
terima kasih saudariku,
aku mungkin gagal subjek ini,aku mungkin gagal semester ini, tapi aku tidak mahu sesekali gagal di sana.
Allah, beri aku kekuatan....
Sunday, June 21, 2009
sesempit ini dan seluas itu
stadi rasa tak masuk
nak tido baring2 takleh tido
makan dah makan dah
kadang2 10 jam kat meja stadi tak dapat pape pun
kadang2 sejam duk stadi dapat macam2
itulah
di mana aku letakkan priority kepada Allah dalam hari hari aku?
time rasa best x hengat
time rase tak best pun x hengat gak
di mana Allah dalam setiap kekuatanku?
di mana Allah dalam setiap ketakutanku?
Ya Allah,cukuplah Engkau tempat kubergantung, hilangkan keresahanku, berkatilah masaku,berkatilah..berkatilah.
lapangkanlah hatiku,luaskanlah penglihatanku,berikanlah kefahaman..
mohon dengan sangat T_T
Friday, June 19, 2009
tak pernah aku
sungguh tak pernah ku memahami
ternyata kini kau bukan bayangan lagi
di saat ini kau berdiri di depanku
menanti aku
dan tak usah kau ceritakan kisahmu
kerna ku tahu dan aku memahamimu
lerai sahaja resah gundah yang terbuku
engkau dan aku
bersama kita jalinkan kasih
Tuhan tunjukkanlah kami
sinar penyuluh bahgia nan abadi
ku berdoa ikatan suci
kau redhai dan kau rahmati
kau kasih teman
kau penyeri
oh tak pernah aku
sungguh tak pernah ku memahami
ternyata kini
andai hati merasa bimbang
akan ku pasti kau tenteram
kerana itu tanda sayang
jika diriku lihat resah
lemparkanlah senyum dan madah
mommy
selamat hari jadi kepada emak tersayang.my superwoman.kalau diberi kesempatan menjalani masa depan, emak adalah role model aku,dalam semua segi: sebagai ibu,sebagai isteri,sebagai menantu, sebagai kakak ipar (abah anak sulung),layanan kepada anak2 buah.mak pada aku anugerah Allah,ibu terbaik untuk kami.pada aku, mak telah graduate menjadi ibu cemerlang buat kami,amanah Allah memang mak pegang sejujur2nya.tiada satu apa pun pada aku kekurangan tentang emak.
mampukah aku menjadi isteri dan ibu sehebat emak?
apa2pun,mahu jadi anak solehah untuk emak dan abah.nak balas segala jasa2 mereka.
ok la, aku nak sambung belajar.
Wednesday, June 17, 2009
coba
asik sakit kepala,kenapa eh?
-tensi exam?post exam je mesti headache
-over dosage of caffein ( 3 cups of coffee per day, sikit ke banyak?)
-terlalu sejuk,dehydrated?
-erm..jangkit dengan roomate?(haha)
-tak cukup nutrients dan vitamins?
-x cukup makan?
-swine flu?(moga dijauhkan)
2 down and 2 more to come
Tuesday, June 16, 2009
malus law
yang memberiku ruang,kesempatan untuk merasai nikmat sujud kepada Mu.
sujudku bebas,hanya kepadaMu.
bilasaja solat itu menyentuh hati dan jiwamu...
p/s: sape yang xleh solat jangan jeles.he he.
Monday, June 15, 2009
my yesterday
dan bila tiada lagi teman bermain
maafkan aku kerna tak pernah..
dulu dulu ( masih ada lagi sekarang,sikit2) saya minat harry potter dan faizal tahir.I dont really into music but faizal for me is music.he is one talented and smart singer.
cuba..cuba..cuba..cuba untuk buang perkara2 yang tak elok begini..
cuba...........by FT.
Sunday, June 14, 2009
dhuha selalu indah,sentiasa
"Ya Allah, jika rezekiku di langit turunkanlah ia, jika rezekiku di bumi keluarkan ia, jika di laut maka timbulkan ia, jika sukar maka permudahkanlah, jika sedikit perbanyakkanlah, jika banyak maka berkatilah, jika haram maka sucikanlah, dengan berkat waktu dhuha-Mu, keindahan, kecantikan, kekuatan, kekuasaan dan pemeliharaan-Mu. Kurniakanlah daku apa yang Engkau anugerahkan kepada hamba-Mu yang salih dan beriman."
jom solat duha,tinggal kejap dunia kita.
ketenangan yang tak reti nk bagitau canne..
nak balik,serius nak balik
aku mahu pulang
aku tahu jalan itu
ramai yang tahu
tidak semua yang mahu
bila sahaja perasaan rabbaniah itu hilang..hilang segalanya..
aku mahu pulang..
Saturday, June 13, 2009
Friday, June 12, 2009
jom tutup
ada yang bertudung 60 inci, ada yang bertudung 45 inci.
saya?selalunya saya akan pakai tudung 48 inci atau 50 inci.
pakai lah apa2 pun, canne2 pun asal kita sempurna menutup aurat.tak kesah besar atau kecil asal sempurna : tidak jarang,menutup dada dan tidak berlebihan.
kenapa saya pakai tudung 48 atau 50 inci:
-ianya sesuai dengan proportion ketinggian saya.saya takde la tinggi sgt (160 cm) tapi tudung 50 inci memang sesuai untuk menutup aurat saya dengan sempurna.saya pernah cuba yang 45 inci tapi tak labuh menutup bahagian depan, asik kena lipat besar kat luar dan kecik kan kat dalam.tudung 60 inci pun layan je(tapi malas nak iron ).
pada saya senang je nak rate kita dah complete menutup aurat ke belum iaitu bilamana kita boleh solat dengan pakaian kita tu.kiranya,cara pemakaian kita tu menutup aurat dengan sempurna sehingga sahnya syarat solat.
kalau agak2 kemeja yang kita pakai boleh nampak bahagian belakang badan kita bila kita rukuk dan sujud,maknanya ada lagi yang tak kena, kemeja tu masih lagi singkat.begitu jugak tudung kalau kita rasa tudung kita kecik sangat dan jarang sampai kita sendiripun rasa malu nak buat solat,mungkin kena besarkan lagi.selain tu, kalau bila angkat takbir, lengan baju kita jatuh sampai nampak lengan kita mungkin dah kena start pakai "hand sock".dan yang paling penting,kaki kena pakailah stoking, takde cara lain dah kot nak tutup kaki. :-)
jom,mujahadah menutup aurat dengan sempurna.bukan untuk perempuan je,lelaki sekali.nanti dah ada isteri dan anak, jangan malu2 nak tegur isteri dan anak2 perempuan kita menutup aurat.kuasa veto tau nanti dah jadi suami atau ayah. ;-)
untuk si suami pulak,pastikan isteri kita menutup aurat sesempurnanya.aurat isteri eksklusif untuk suaminya sahaja.
tutup dengan sempurna ok!
satu rindu
tak perlu orang lain,Allah cukup bagiku.
Robbi yassir....
sayang Allah,sayang!!
istisyhad tonight!!rindu!
Thursday, June 11, 2009
hi there
It happens during exams.
1 down and 3 more to come.
Thank god,I am so into biochemistry.I just love biochemistry.
:-)
Wednesday, June 10, 2009
blog a: kakak kawen
blog b:abang kawen
blog c: sepupu kawen
blog d:bestfriend kawen
blog saiful nang: blog jurugambar kawen
sambil sambil tengok gmbo tu,tgk tangan pengantin perempuan pakai inai siap dengan ukiran inai yang pelbagai corak..
takleh pandang remeh hukum lukis2 inai kat tangan..kitaorang dah check pendapat imam2 so far takde lagi yang approve lukis2 inai kat tangan..
rasa nak tulis pasal ni bila terkejut tengok pengantin yang bakal jadi ustazah lukis jugak inai kat tangan..
wallahua'lam
Monday, June 8, 2009
ianya realiti bukan fantasi bukan juga imaginasi
siang berganti malam,malam berganti siang..kadang kadang sehari rasa lama,kadang kadang 24 jam rasa sekejap..hidup memang begini..kadang kadang begitu..hidup itu perjalanan..ianya tidak selalu begitu..ada ok ada tak ok..
hidup ini realiti..semakin aku tua semakin aku rasa hidup ini real..semakin jauh perjalanan semakin aku sesak dada dengan realiti kehidupan dunia..lepas satu masalah satu masalah..masalah dengan diri sendiri satu hal..masalah dengan orang lain beribu2 hal..hidup kena makan,kena ada duit,kena kerja untuk cari duit and yadaa yadaa
asal aku cakap pasal duit ni time nak exam ni..sebab realiti manusia sekeliling memang begitu..ramai orang suka melihat yang nampak di mata..oh,anak puan z tu dah habis belajo,dah kerja,dah ada kereta..senang hati tengok..itu realiti masyarakat..manusia memang begitu,suka melihat yang nampak..aku juga manusia,sama aje..sama aje..tipu aku tak terfikir pasal membina apa2 yang nampak best di mata..
tapi satu hakikat yang selalu manusia lupa termasuk aku( aku manusia tau) ialah ada satu lagi kehidupan yang sangat real dari kehidupan sekarang.di sana hidup yang sebenar2nya hidup kerana ianya kekal abadi.ianya benar,realistik dan kekal.di sana ada 2 pengakhiran,antara syurga dan neraka.yakinlah bahawa keindahan syurga itu sangat real dan kepanasan neraka jahim juga real.perlu ke ulang banyak kali untuk yakinkan diri ini bahawa alam akhirat itu real?
realiti kehidupan kini selalu mengaburi aku tentang realiti kehidupan di sana.
Sunday, June 7, 2009
section D
plan saya :
-habis spm memang target nak jadi lecturer.so memang tak fikir course lain kecuali biotechnology je yang sesuai.sebab laluannya agak mudah.takkan nak ambik medic pulak sebab nak jadi lecturer.tapi tabik ah sesiapa nak jadi lecturer tapi ambik medic.yela,nok ngajor medicine.tabik jugak pada sesiapa ambil engineering and ending up jadi lecturer.susah tuh.
-habis graduation nak balik malaysia,kalau boleh nak mintak jadi tutor kontrak dekat uia kuantan.kenapa uia kuantan?sebab situ biochemistry department.satu lagi sebab dekat dengan terengganu,boleh balik sokmo dumoh (baca:di rumah).
-kalau tak dapat kerja dengan uia,nak mintak UMT ataupun UDIM,most probably tak ajar biochem,biotech pun ok jeh.
-planning to further on doing masters (dah target dari sekolah lagi paling kurang kena jugak ambik masters).nak jadi lecturer,canne2 pun kena ada masters.
-lepas buat master xnak buat phd lagi.rilek2 lu..nanti ada anak 2 orang baru nak sambung belajo.kalau rajin la,kalau tak rilek2 je.saje je nak anak2 masuk sekolah dekat overseas.kesian r kat diorang kena stadi kuat2 untuk dapat 5a upsr.kena gi tuisyen lagi..hehe
(plan ni bukan priority la,sebab malas nok belajo je..hehe)
-nak pergi haji sebelum umur 35..hmmm..sangat2 nak pergi masa muda..taknak ada rumah besar,kereta besar baru nak pergi haji.harap sangat boleh settle kan rukun islam tu dulu sebelum rukun2 yang duniawi ni.doa sangat ada rezeki pergi awal.oh,kena daftar tabung haji la,sekarang dah through online.daftar tabung haji bukan bermaksud ada akaun tabung haji tapi daftar giliran nak pergi haji.mak kata kalau daftar 2009, tahun 2019 baru nama kita dalam list boleh pergi haji.2019 umur saya 32 tahun.nak pergi sangat!!!!!!!!
-setakat ni je dulu.ada je lagi ni.
Saturday, June 6, 2009
tak tau nak stadi ape hari ni..haha
lapar,gi la masak
nak kebab,gi la kedai kebab
sejuk,pasang lah heater
xde heater?pergila coles beli heater
kalo ngantok gi la tidur
nak lulus exam,sila belajar
sebab ianya takkan datang bergolek
kisah maryam,Allah kata goncang pokok kurma,dah goncang then buah kurma jatuh.tak larat canne2 pun,usaha itu penting.result akan ada.
kena buat asbab kepada sesuatu itu,Allah boleh je jatuhkan kebab dari langit tapi Allah nak tengok usaha.
teringin nak makan lamb kebab flemington.tahun depan kalau panjang umur dan balik malaysia dah,kebab adalah salah satu perkara yang akan dirindui.
mar memang camni,tajuk post lain,start lain,akhirnya lain.
maaf la, cant help.
***
melburnians,
read this
melbourne the swine flu capital of the world
Friday, June 5, 2009
genetic variants
kenapa mak cakap bulan safar biarlah jadi rahsia.
aku ni yang agak jahil bab2 bulan islam kecuali bulan syawal pun pergi la cari info sikit2 pasal bulan safar ni.
copy and paste ni:
BULAN Safar adalah bulan kedua mengikut perkiraan kalendar Islam yang berdasarkan tahun Qamariah (perkiraan bulan mengelilingi bumi). Safar ertinya kosong. Dinamakan Safar kerana dalam bulan ini orang-orang Arab sering meninggalkan rumah mereka menjadi kosong kerana melakukan serangan dan menuntut pembalasan ke atas musuh-musuh mereka. Antara peristiwa-peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam pada bulan ini ialah Peperangan Al-Abwa pada tahun kedua Hijrah, Peperangan Zi-Amin, tahun ketiga Hijrah dan Peperangan Ar-Raji (Bi'ru Ma'unah) pada tahun keempat Hijrah.
dipendekkan cerita bulan safar ni macam tak best sangat berbanding bulan bulan islam yang lain tapi baca ni,sambungannya:
Di dalam bulan ini juga ada di kalangan umat Islam mengambil kesempatan melakukan perkara-perkara bidaah dan khurafat yang bertentangan dengan syariat Islam. Ini kerana menurut kepercayaan turun-temurun sesetengah orang Islam yang jahil, bulan Safar ini merupakan bulan turunnya bala bencana dan mala- petaka khususnya pada hari Rabu minggu terakhir. Oleh sebab itu setiap tahun mereka akan melakukan amalan-amalan karut sebagai cara untuk menolak bala yang dipercayai mereka itu.
Antara amalan khurafat yang pernah muncul di alam Melayu ialah upacara Pesta Mandi Safar. Amalan ini menjadi popular suatu waktu dahulu. Apabila tiba bulan Safar, umat Islam terutamanya yang tinggal berhampiran dengan pantai atau sungai akan mengadakan upacara mandi beramai-ramai dengan kepercayaan perbuatan berkenaan boleh menghapuskan dosa dan menolak bala. Pada biasanya amalan mandi Safar ini dilakukan pada hari Rabu minggu terakhir dalam bulan Safar.
Selain daripada amalan tersebut, kebanyakan umat Islam pada masa ini, khususnya orang-orang tua di negara ini tidak mahu mengadakan majlis perkahwinan dalam bulan Safar kerana mereka berpendapat dan mempercayai bahawa kedua-dua pengantin nanti tidak akan mendapat zuriat. Amalan dan kepercayaan seperti itu jelas bercanggah dengan syariat Islam serta boleh menyebabkan rosaknya akidah.
nampak tulisan purple tu : big problem nih
nampak tulisan tebal tu: he he
nampak tulisan colour brown tu : amaran tu, boleh rosak akidah.hu husebelum bulan safar bulan muharram,so kita tengok pulak cerita bulan muharram:
copy and paste:
MUHARAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.
Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.
bulan muharram amat significant,time ni la kita baca doa awal tahun,doa akhir tahun,time ni la kita nak start azam baru,time ni kalo kat ganu bleh makang bubur assyura pree pree ( maaf: free free),puasa assyura dan macam macam lagi.
wah,menariknyeeeee bulan muharram ni.
ok la,pendekkan cerita: menarik kalau tahu sejarah bulan bulan islam ni ye.
in case kalau kita lupa sekarang jamadil akhir,pastu rejab, syaaban, ramadhan,syawal,zulkaedah,zulhijjah,muharam,safar,rabiul awal,rabiul akhir,jamadil awal.
wah,dah lama aku x update post yang berilmu sket,asik2 whining je ;)
Thursday, June 4, 2009
oh,aku homo sapiens rupenye
They said humans are big mice.
-same genetics
-same biochemistry
-different physiology
mice.aah tikus tu.
I say : whatever.
" Kamu adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia...." (3:110)
kamu, kamu dan kamu.aah kamu dan saya jugak.kita bukan tikus.not even close.
Aku dan kamu yang berasal dari Adam yang diciptakan di syurga.Malaikat memberi penghormatan dan tunduk sujud kepada Adam atas arahan Allah kecuali iblis yang sombong itu.
so,
1.jangan ikut iblis dan konco konconya sebab diorang amatlah menyampah dengan kita ni.diorang tahu nanti diorang akan masuk neraka,so diorang tak puas hati la tu nak goda dan ajak kita sekali masuk neraka sekali dengan diorang.
2.jangan jadi sombong macam iblis.siapapun kita.walaupun kita seorang raja kita tetap seorang hamba.
waallahua'alam.
Tuesday, June 2, 2009
DNA Damage Response (DDR)
kesimpulan: semakin tinggi mood untuk study,semakin tinggi mood untuk berblogging dan berfacebooking
apa2 la,asal study,no problem owk.
nota kaki: sesiapa yang anti bahasa rojak (saya sgt anti sebenarnya lagi2 campur imbuhan kat english word haha),maafkan saya.
***
updates : malam
internet sangat sangat lembap sekarang..geramnya..tak boleh nak santai santai baca blog.saya sangat penat sekarang,my brain is tired, semua anggota lain ikut rasa penat sekali.otak ni dah jadi macam spontan, tadi saya ulang tanya soalan sama tanpa sedar kepada ahli rumah.saya tak digest langsung jawapan mereka,ingatkan belum tanya lagi.he he
bila exam nak berakhir dalam hidup?
kalau la aku ni orangnya sangat determine udah lama aku berhenti belajo ni!
ianya terlalu idealistik..
you know.. quitting from college life when you just have one more semester left to get your scroll..
how cool is it?
cannot,cannot
sikit gi!
oh Allah............................................
maaf ler saya sukeeee mengeluh pasal belajo..ngeh ngeh..habit
Monday, June 1, 2009
memang begini
Tentang satu rindu
Dimasa yang lalu
Saat mimpi masih indah bersamamu
Terbayang satu wajah
Penuh cinta penuh kasih
Terbayang satu wajah
Penuh dengan kehangatan
Allah izinkanlah aku
Bahagiakan dia
Meski dia telah jauh
Biarkanlah aku
Berarti untuk dirinya
Sunday, May 31, 2009
welcome board
ini cousin saya yang paling best!!second cousin actually
sangat rapat dgn dia
semua rahsia dia saya tahu
semua rahsia saya dia tak tahu hehe
kak aini macam kakak saya sendiri( sama tak muka kami?hehe)
bertunang semalam selepas bertahun tahun tunggu prince charming turun dari kayangan.
cumilnyeeeeeeeee
Saturday, May 30, 2009
yang kat dalam
study sudah..
pernah tak rasa geram kat seseorang sebab dia asyik buat silap yang sama tapi dia tak sedar2 dia tu salah
and one time bila kita rasa dah sesak dada sebab tahan marah selama ni
dan this time rasa nak jerit depan dia sebab dah tak tahan simpan
dan bila dia buat lawak,buat dunno je
dan bila dia tanya soalan buat blurr2 je
oh,sikit lagi suara tinggi aku ni nak keluar tapi takpelah
kerana tarbiyah tu mengubah
tapi satu perkara walaupun sangat pahit nak tulis tapi biarlah nak tulis jugak
"kau tak pernah gagal buat aku sakit hati.never fail.dah cuba taknak sakit hati tapi advance la kau ni kan"
no,not you my beloved readers.(bukan org bukit bayas dan bukit depu ye,jgn merajuk pulok)
:-)
selamat malam.
saya mengaku sabar ini sgt tipis.jarang.kotor lagi.banyak lohong2.
Friday, May 29, 2009
week 12
minggu depan, i'll be on a vacation
swot vac
study without teaching vacation
what a cool vacation huh.
and yesterday,we sent our KR aka my roomate off to the airport.she will be spending her swot vac at home(JB ok).he he.
Thursday, May 28, 2009
entah apa apa
aku yg tak tau pape pasal bola pun tau match ni
semua shout kat ym "MU vs barca"
MU aku tau la amende, barca tu amende r?
barcelona kot..teka je
kat aussie ni,locals tak layan sangat bola MU,liverpool, dan seangkatan dengannya
diorang memang setia,sokong habis habisan footy team diorang
kalau gi city,kalau diorang tanya :where do you stay at melbourne?"
"carlton"
dia reply balik :"very bad football team"
"oooo"
sangat jarang kot jumpe diorang pakai jersi MU ke,chelsea ke...mostly pakai jersi team locals diorang..muroh sket kot harga jersi tu..ha ha
saje je tulis nak update blog.
:)
Tuesday, May 26, 2009
Sunday, May 24, 2009
va va voom
Takleh belajar, cell biology berbelit belit.
Saya bukan seorang yang optimis, bermaksud saya bukanlah seorang yang bercita cita tinggi dan berfikiran positif dalam memastikan impian menjadi satu realiti.Saya lebih suka membuat sesuatu tanpa mengharapkan result va va voom.Kalau ada exams, saya akan belajar dengan tenangnya (kdg2 kalut gak) tanpa meletakkan H1 sebagai target saya.Hanya satu sebab, saya tidak mahu stress.Memang begini cara saya mengatasi tekanan : taknak target tinggi2.Sebab yang kedua, apabila saya tertekan, saya tidak boleh belajar, satu apa pun tidak boleh digest.Sebab tu saya tak suka belajar last minute (stress ).Saya juga tidak suka menyenaraikan list-to-do dalam diari..hari ini wajib habiskan berapa bab, esok wajib siapkan itu dan lusa kena prepare itu dan ini.
Pendekkan cerita:
Setiap mukmin semestinya mempunyai kemahuan yang kuat dan bercita cita tinggi.Setiap yang beriman mengimpikan syurga yang paling tinggi, bukan level syurga bawah2 tapi nak yang tertinggi.Lagi best, dapat bersama sama dengan Rasulullah dan para sahabat.Dan ultimate nya, apabila dapat melihat Pencipta yang Maha Agung, Allah swt.
Dulu dulu, apa yang saya fikir hanya satu: taknak masuk neraka, takut!Kecik kecik dulu selalu saya fikir : semua orang islam end up masuk syurga kan, ok kot...last2 masuk syurga gak..huhu.
Sesungguhnya, orang mukmin itu bercita cita tinggi...aim kena tinggi..nak masuk syurga..syurga banyak level..nak yang paling atas..bila syurga paling atas..nak duduk sebelah Rasulullah, para sahabat dan syuhada'..yang paling tinggi, bila dapat melihat Allah swt..subhanallah.
pendekkan lagi cerita:
Saya kena ubah paradigma saya kepada seorang yang biasa biasa (tak bercita cita tinggi) kepada yang sepatutnya.Apabila yang paling tinggi itu ialah syurga abadi, semua impian saya dah jadi all in one.Dapat syurga yang tinggi, kita dapat semuanya.Tidak dinafikan terlalu banyak halangan dan tekanan yang akan dihadapi dalam mengejar syurga ini, tapi halangan dan tekanan itu merupakan bonus untuk lagi dekat ke sana seandainya kita berjaya mengatasinya.Ala, kalau harapan sangat tinggi, faham dan semangat berkobar kobar, kita takkan mudah mengalah.
I envy them.Mereka yang bercita cita tinggi.Yang tak teragak agak dan sangat yakin untuk syahid.
(dulu2 saya selalu pikir orang berimpian tinggi tinggi ni poyo dan tak realistik..jahilnya aku)
cemburu.
****
have lots to study, tomorrow ada test.
:) >>I am smiling to you, not just : and )
jap2!
nak share nih,sgt touching!(dapat dari anis from cardiff)
sgt suke quote ni : Cinta wanita sebelum dan selepas kahwin itu tidak sama. Sebab cinta wanita akan menjadi terlalu besar hanya selepas perkahwinan.
well said !
seriously
Saturday, May 23, 2009
early winter
so much to tell
ukht 'izzah : kekuatan bukan untuk ditunggu, tapi untuk dibina.
katibah : sifat rabbaniyyah yang tinggi itu segala galanya
istisyhad: surah al mulk itu perlu selalu dekat di hati,di baca,di hafal dan di amal
aku : Allah, aku selalu jatuh,jatuh dan jatuh di jalan ini, tetapi aku masih bersama mereka yang terpilih...
so much to tell, so much to share...
untuk diri,bercinta la dengan Allah,berperasaan lah dengan Dia..kalau kita bercinta bagai nak rak sesama kita, kenapa tidak kita all out bercinta dengan Pencipta rasa cinta itu..bukankah segala galanya dariNya...bercinta lah dengan Allah, bercintalah dengan Allah..cinta Allah tidak mengenal masa, tiada batasan,tiada resah gelisah,bebas dan semuanya.Kalau nak dating,anytime, anywhere.
mar,bercintalah dengan Allah.
bercintalah dengan Dia.
I love Allah,I love Allah,I love Allah.
143 Allah!!!
(Dia sangat dekat, takyah sms,takyah email,takyah call pun)
Friday, May 22, 2009
friday, people
malam ni katibah dan qiam..yes,I need that...I am too occupied with all the notes,assignments,tests and quizzes..i want a break..a real break..
esok pagi bersama istisyhad..tidak sabar mentadabbur surah almulk dan hadis 21..
I have to get back in track with hafazan..susah sungguh nak istiqomah.
apa2 pun, alhamdulillah,alhamdulillah wa summa alhamdulillah ala kulli hal.
you people back in malaysia, missing you too much!
abah will go to egypt and umrah this sunday,semoga selamat semuanya.
Thursday, May 21, 2009
sampai bila mahu begini
dunia juga fana'
dunia itu persinggahan
seumpama R&R di lebuh raya
singgah sebentar sebelum ke destinasi yang pasti
antara firdaus,illiyina atau pun neraka jahim
di situ selama lamanya
masanya infiniti
wahai diri apalagi yang kau cari
keseronokan ini hanya palsu
Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim
Engkau Tuhanku
ampunilah daku
ampunilah daku
ampunilah daku
cik epi
selamat hari jadi
semoga dirahmati
jua diberkati
jangan bercinta di matrikulasi
perjalanan masih jauh berbaki
nanti nak pergi oversea
jaga diri jaga peribadi
sekian dari kakakmu ini
sannah helwa ya ukhti habibati
Wednesday, May 20, 2009
goodbye
serabut weh tengok blog ni.
seserabut hidupku kini.
saya cuba tukar2 template untuk blog ni supaya nampak simple,fresh (hoho) dan tersusun sikit.guna yang blogspot je, malas la habis masa cari kat lain.ok la kot,tersusun sikit nampak.
sekarang a bit upset sebab mood ataupun momentum untuk belajar agak kureng.penat duk hadap lecture notes tapi satu apa pun tak masuk.tabik ah pada sesiapa yang boleh study tanpa memerlukan mood ni.asal baca,terus lekat kat otak.
next week minggu akhir semester tapi still ada 2 tests! ingatkan akhir akhir semester ni bleh la tenang2 skit dan fokus untuk final exams tapi ada test lagi.hmm..layann..
minggu ni emosi kurang stabil sikit ke memang sokmo emosiku x stabil?huhu..kadang2 masalahnya kecik je tapi mesti ade je pelakon tambahan yang suka membolak balikkan emosi ni.sape lagi kalau bukan syaitan laknatullah.at the first place boleh je control emosi tu tetapi tetiba jek rasa sesak dada ni..pastu mula la rasa tensi2..
semoga malam ni lebih produktif dari malam malam yang berlalu..
period ini memang sukar, semoga diberi kekuatan.
nok senyum skit :)
i miss home, i miss friends ..*sigh*
Tuesday, May 19, 2009
Monday, May 18, 2009
apa apa pun keadaan
kerja semakin banyak
situasi semakin tegang
exam oh exam
hanya takwa membezakan
"ketenangan itu hembusan dari langit..."
Dalam apa apa pun situasi dan mehnah,semoga cinta dan percaya ini takkan pernah berubah.Teguhkan aku ya Allah.
Yakin dengan Mu
Yakin dengan Mu
yakin,iman,percaya
:)
"ketenangan itu hembusan dari langit..."